TEMA 1: KEKELUARGAAN
|
|
Unit 1
|
Hari Minggu dengan Keluarga
|
Unit 2
|
Cerita Keluarga
|
Unit 3
|
Keluarga Berhemah
|
TEMA 2: PERPADUAN
|
|
Unit 4
|
Sahabat Karib
|
Unit 5
|
Hidup Berjiran
|
Unit 6
|
Sepakat Membawa Berkat
|
TEMA 3: KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
|
|
Unit 7
|
Kebersihan Bermula dari Rumah
|
Unit 8
|
Jadikan Amalan
|
Unit 9
|
Aktifkan Diri
|
TEMA 4: KEBUDAYAAN KITA
|
|
Unit 10
|
Uniknya Budaya Kita
|
Unit 11
|
Kesenian Dihargai
|
Unit 12
|
Amalan Baik
|
TEMA 5: JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
|
|
Unit 13
|
Bersikap Mulia
|
Unit 14
|
Hidup Berbakti
|
Unit 15
|
Oh, Malaysiaku!
|
TEMA 6: ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU
|
|
Unit 16
|
Alamku Sayang
|
Unit 17
|
Kebersihan Alam Tanggungjawab Bersama
|
Unit 18
|
Mesrai Alam
|
TEMA 7: PERTANIAN DAN PENTERNAKAN
|
|
Unit 19
|
Hargailah Pokok
|
Unit 20
|
Ternakan yang Berfaedah
|
Unit 21
|
Rajin dan Usaha Tangga Kejayaan
|
TEMA 8: INTEGRITI
|
|
Unit 22
|
Anak yang Baik
|
Unit 23
|
Amalan Baik
di Sekolah
|
Unit 24
|
Berbuat Baik Selalu
|
Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 Sekolah Kebangsaan (SK)
Pakej Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 Sekolah Kebangsaan (SK) kegunaan mulai tahun 2018 berdasarkan transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula.
Kurikulum ini diistilahkan sebagai KSSR (Semakan). KSSR (Semakan) Bahasa Melayu Tahun 2 SK ini lebih menekankan penyataan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang perlu diketahui dan mampu dilaksanakan oleh murid.
Bahan dalam pakej buku teks ini dipersembahkan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran bahasa, tatabahasa, nilai murni, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Elemen tersebut mesti dikuasai oleh murid tahun dua sekolah kebangsaan bagi meningkatkan dan memantapkan penguasaan kemahiran berbahasa.
Selain itu, mereka juga diharapkan mampu untuk menggunakan bahasa Melayu yang betul dan berkesan dalam urusan harian.
Pakej Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 SK mengandungi dua komponen, iaitu Buku Teks (BT) dan Buku Aktiviti (BA). BT dan BA mengandungi dua jilid, iaitu BT Jilid 1, BT Jilid 2, BA Jilid 1 dan BA Jilid 2. Kandungan bahan dalam kedua-dua komponen ini dibina berdasarkan lapan tema.
Setiap tema mengandungi tiga unit yang menjadikan jumlahnya sebanyak 24 unit. Tema dan unit yang dinyatakan dapat dilihat pada halaman kandungan. Tema tersebut diambil dan diubah suai daripada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR (Semakan) Bahasa Melayu Tahun 2 Sekolah Kebangsaan.
DSKP yang diterima pakai dalam KSSR (Semakan) ini amat menekankan penggabungjalinan kemahiran bahasa, penyerapan ilmu dan penerapan nilai murni. Kemahiran bahasa seperti Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Aspek Tatabahasa dan Aspek Seni Bahasa digabungjalinkan bagi memantapkan penguasaan bahasa murid.
Sumber:
Mat Ariffin Ismail dan Nurfarah Lo Abdullah. (2017). Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 Sekolah Kebangsaan (SK). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Catat Ulasan