Kata Kunci Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ini adalah berdasarkan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.


Tahap pemikiran yang digambarkan dalam Taksonomi Bloom semakan Anderson seperti dalam Jadual 1 menunjukkan tahap pemikiran meningkat dari aras mengingat, memahami,
mengaplikasi, menganalisis, menilai hingga mencipta.

Tahap Pemikiran

Mencipta

Menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif

Menilai

Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan nilai serta memberi justifikasi

Menganalisis

Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan

Mengaplikasi

Menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara

Memahami

Mengingat semula maklumat dan boleh menjelaskan idea dan konsep

Mengingat

Mengingat semula maklumat, fakta atau konsep





Kemahiran Berfikir


Aras Mengingat


Aras Memahami


Aras Mengaplikasi


Aras Menganalisis


Aras Menilai


Aras Mencipta




Teknik Penyoalan Berkonsepkan KBAT



Kemahiran berfikir aras tinggi diterapkan kepada murid melalui soalan aras tinggi. Guru hendaklah memperbanyakkan soalan aras tinggi dalam aktiviti PdP.

Menurut Art Costa dan Bena Kallick (Arthur L.Costa and Bena Kallick, 2000), soalan yang berkesan perlu mempunyai ciri yang berikut:
  1. Bermatlamat
    ditanya untuk mencapai tujuan tertentu
  2. Dinyatakan dengan jelas
    murid memahami apa yang dimaksudkan
  3. Ringkas
    dinyatakan dengan seberapa sedikit perkataan yang mungkin
  4. Memprovokasi pemikiran
    merangsang pemikiran dan tindak balas
  5. Menyoal siasat
    melibatkan soalan yang membawa kepada penyoalan yang berikutnya dan mencungkil secara mendalam
  6. Skop terhad
    soalan yang mempunyai banyak bahagian boleh mengelirukan
  7. Disesuaikan dengan tahap murid
    sesuai dan berbeza-beza
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

1 Ulasan

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA