Pada 2011, KSSR iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Sehubungan dengan itu, bermula Tahun 2017, KSSR juga telah mengalami beberapa perubahan. Antaranya dari aspek Elemen Merentas Kurikulum (EMK).
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses PdPc selain yang ditetapkan dalam Standard Kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. EMK dalam KBSR dan KBSM masih diguna pakai dalam pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) dan KSSM.
Umum sedia maklum, dalam KSSR, terdapat 6 Elemen Merentas Kurikulum (EMK) sahaja iaitu ;
01. Bahasa
02. Sains dan Teknologi
03. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
04. Kelestarian Alam Sekitar
05. Nilai Murni
06. Patriotisme
Namun, dalam KSSR (Semakan 2017), terdapat 10 Elemen Merentas Kurikulum iaitu ;
01. Bahasa
02. Kelestarian Alam Sekitar
03. Nilai Murni
04. Sains dan Teknologi
05. Patriotisme
06. Kreativiti dan Inovasi
07. Keusahawanan
08. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
09. Kelestarian Global
10. Pendidikan Kewangan
BAHASA |
KELESTARIAN ALAM SEKITAR |
NILAI MURNI |
SAINS DAN TEKNOLOGI |
PATRIOTISME |
KREATIVITI DAN INOVASI |
KEUSAHAWANAN |
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI |
KELESTARIAN GLOBAL |
PENDIDIKAN KEWANGAN |
JOM JOIN TELEGRAM CHANNEL DAN GROUP SAYA DI URL BERIKUT 👇
Catat Ulasan