Link Download Semua Buku Teks PDF Sekolah Rendah

Link Download Semua Buku Teks PDF Sekolah Rendah ini merupakan perkongsian saya setelah dapat membangunkan sistem pangkalan data yang ringkas yang mana sistem ini membolehkan rakan-rakan guru/ibu bapa/murid-murid dapat memuat turun softcopy buku-buku teks yang diinginkan secara terus tanpa preview setiap buku teks ini.



Saya berterima kasih kepada Cikgu Airol atas perkongsian beliau yang membolehkan saya membina sistem yang ringkas ini untuk dikongsi kepada semua.

Setakat ini, perkongsian saya terhad kepada softcopy buku-buku teks sekolah rendah (Tahun 1 sehingga Tahun 6) bagi (Sekolah Kebangsaan - SK) sahaja. Insya-Allah, saya akan kemas kini bagi SJKC dan SJKT pada masa akan datang dalam perkongsian ini. 



Sila klik pada pautan muat turun (download) di bawah untuk memuat turun buku-buku teks PDF sekolah rendah.


Untuk makluman, buku teks Tahun 6 yang tersedia dalam link di atas akan dipadam pada Disember tahun ini. Ini kerana, buku teks Tahun 6 yang baharu (versi KSSR Semakan) akan digunakan mulai tahun depan (2022).

Selamat memuat turun buku-buku teks ini. Semoga perkongsian yang bertajuk Link Download Semua Buku Teks PDF Sekolah Rendah ini memberikan manfaat kepada semua. 

Sekiranya terdapat sebarang masalah dalam memuat turun buku-buku teks ini, mohon maklumkan kepada saya di ruangan komen perkongsian ini. Sekian, terima kasih.

Sumber softcopy buku teks PDF:
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia

Sumber pembangunan sistem:
Cikgu Airol

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA