CIKGU SUHAIMIN



Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam Kongsi itu Mesti, Berkat itu Pasti. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, saya dapat membina dan membangunkan blog CIKGU SUHAIMIN ini dengan jayanya pada 02 Januari 2017 iaitu semasa saya berada pada Semester 4 dalam pengajian PISMP saya.


Saya, Mohd Suhaimin bin Isnen, merupakan seorang anak kelahiran Lahad Datu, Sabah yang  lahir pada 14 Disember 1996. Sejarah pendidikan saya bermula di Sekolah Kebangsaan Kampung Silam, Lahad Datu, Sabah yang kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Silam, Lahad Datu, Sabah iaitu bermula tahun 2003 sehingga 2008 (UPSR). Kemudian, saya menyambung persekolahan saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sepagaya, Lahad Datu, Sabah (SMK Sepagaya) bermula pada tahun 2009 sehingga 2013 (PMR dan SPM).

Pada tahun 2014, saya menyambung pengajian PPISMP dan PISMP yang menjadikan saya siswa guru yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian Bahasa Melayu (SK) Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2015 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau dan telah berjaya menamatkan pengajian secara rasmi pada 25 Mei 2019 (alhamdulillah).

Kini, saya berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Sri Pantai, Lahad Datu, Sabah sejak 4 November 2019 yang lalu.

Sedikit berkaitan diri saya, saya seorang yang sangat berminat dengan teknologi (ICT), pendokumentasian, pengendalian dan pengurusan program pendidikan/kepimpinan serta penghasilan grafik-grafik menarik.

Moto saya iaitu KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI ialah slogan bagi blog ini. Moto ini bermaksud, apa sahaja ilmu yang saya dapat, saya akan kongsikan kepada anda semua (Insya-Allah) kerana ilmu itu lebih berkat sekiranya dikongsi bersama.

Segala tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah hasil daripada ilmu dan pengalaman saya sendiri. Sekiranya saya mengambil atau merujuk kepada sesuatu sumber, saya akan nyatakan "credit to" atau "sumber" pada setiap akhir penulisan saya.

Sebarang komen yang positif yang ditulis oleh anda amatlah dialu-alukan. Tegur saya dengan berhemah sekiranya terdapat kesilapan saya sepanjang mengendalikan blog pendidikan ini.

Kemas kini 22 Ogos 2021: Ahad

PENCAPAIAN TERTINGGI PENULIS SETAKAT INI

  1. Anugerah Guru Inovatif Sekolah Rendah Tahun 2021 Kategori Individu Peringkat Daerah Lahad Datu, Sabah
  2. Hakim Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tahun 2021 Peringkat Daerah Lahad Datu dan Kunak
  3. Anugerah Site of The Months Kategori Individu dalam Malaysia Website Awards (MWA) Tahun 2020

Kemas kini 13 Februari 2020

Alhamdulillah. Blog ini (cikgusuhaimin.com) telah memenangi Malaysia Website Awards (MWA) di bawah kategori individu bagi Site of The Months.






Mohon doa daripada kalian agar saya sentiasa sihat untuk terus berkongsi dengan anda semua berkaitan dunia pendidikan dan pengalaman-pengalaman saya.

PEMILIK DAN PENGURUS BLOG CIKGU SUHAIMIN
KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI
CIKGU SUHAIMIN,

34 Ulasan

  1. Tahniah cikgu.....
    Semoga Allah memberkati usaha murni cikgu ini...
    Walaupon dah lama mengajar tapi banyak ilmu yg saya baru belajar dari cikgu. terima kasih....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih cikgu..
      Aamiin..
      Alhamdulillah.. saya pun bljr drpd cikgu2 :)

      Padam
  2. Tahniah cikgu. Semoga sentiasa menjadi guru yang cemerlang di dunia dan akhirat. Aamiin.

    BalasPadam
  3. Tahniah dan terima kasih cikgu suhaimi atas perkongsian.. iAllah dunia pendidikan amat bertuah ada guru yang rajin, kreatif dan berkemahiran tinggi seperti cikgu.. moga usaha cikgu Allah diberkati dan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam study dan kerjaya nnt. Siiru Alaa Barakatillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. *Suhaimin
      Aamiin.. sama-sama dan terima kasih kembali Cikgu..

      Padam
  4. Tahniah! Terima kasih sekalung budi. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam mengejar cita-cita.

    BalasPadam
  5. Tahniah! Good luck dan semoga maju jaya ^_^
    Terima kasih juga atas perkongsian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama dan terima kasih kembali cikgu,,
      Aamiin..

      Padam
    2. ASSALAMUALAIKUM...CIKGU SUHAIMIN...USAHA YANG SUNGGUH MURNI DAN PROAKTIF
      TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN YANG SANGAT MEMBANTU INI
      SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN HIDUP SELALU DAN TERCAPAI CITA-CITA DUNIA DAN AKHIRAT...INYAALLAH..AMIN YA ALLAH.

      Padam
  6. TAHNIAH.....BLOG YANG MENARIK DAN BERINFORMASI....TERUSKAN SEMOGA MAKLUMAT DAN INFORMASI YANG TERKANDUNG DALAM BLOG INI DAPAT MEMBANTU RAKAN RAKAN GURU DILUAR SANA.

    BalasPadam
  7. tahniah...semoga usaha cikgu diberkati...kami orang lama wpun dah lama jadi cikgu dan ada pengalaman ...amat memerlukan idea dan inovasi versi abad 21 dari orang yang hebat macam cikgu

    BalasPadam
  8. tahniah Cikgu Suhaimin walaupun masih belajar tetapisudah banyak berkongsi ilmu. Bangga saya pensyarah IPG

    BalasPadam
  9. Assalam cikgu..nak tanya untuk muat turun bank soalan peperiksaan tidak boleh klik untuk muat turun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam cikgu.. utk tahun berapa? utk Tahun 2 tidak tersedia lagi cikgu sbb versi KSSR (Semakan 2017) belum ada..

      Padam
  10. Cikgu Suhaimi, kami buat ebuku platform kanak kanak juga. Saya
    Ms Jo mewakili company saya berminat untuk mencari Cikgu sebagai rakan "kongsi" untuk platform kami. Ini telefon company : 018-2364428. Kalau cikgu berminat,blh hubungi-kami. Tq

    BalasPadam
  11. Semoga cikgu dapat menyumbangkan sesuatu kepada dunia pendidikan yang memerlukan kemahiran dan minat macam cikgu suhaimin...

    BalasPadam
  12. terima kasih Cikgu Suhaimin.Indah sangat MOTO Cikgu.Teruskan sikap suka berkongsi ilmu ini .Syabas cikgu

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah & tahniah.. Sy mencadangkan agar dalam blog ini ade diselitkan DSKP/RPT/RPH utk kegunaan murid PPKI, utk kegunaan sekolah rendah mahupun menengah.. Moga segala sumbangan bakal cikgu ini mdapat berkat & dijadikan contoh kpd pendidik yg lain. Amiin.

    BalasPadam
  14. alhamdulillah..tahniah n syabas cikgu...sy ada tgk bahan berkaitan pak21 yg cg buat...dlm bemtuk grafik..boleh x.sy atau cg hubungi saya kembali dengan memberikan no tel ke email saya
    abil7575@yahoo.com.my

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum Cg Suhaimin ..saya ustaz Ghani dari kmpp..sayaterjumpa bahan 41 aktiviti pdpc tulisan cikgu dan saya mohon utk copy kerana diberi tugasan untuk sharing tenik pdpc abad 21 kepada guru2 dari selangor..saya adalah lecturer kolej matrikulasi & seorang motivator/perunding motivasi. boleh follow FB saya : syeikh ghani alganuni atau konsultan jana insan.juga boleh follow saya di IG : cfu_ghani ( public ) atau mr AGY ( private )..boleh hubungi saya ditalian 019 4741209..minta dihalalkan perkongsian ilmu ini..semoga Allah memberkati usaha baik ini.insyaAllah,amin.

    BalasPadam
  16. Tahniah Cikgu Suhaimin. Saya pun baru memulakan blog. Masih banyak yang perlu dipelajari. Semoga dapat istiqamah.

    BalasPadam
  17. tahniah dan terima kasih. Semoga Allah merahmati cikgu..

    BalasPadam
  18. Hi & Assalammualaikum!

    Saya Adibah dari Pandai Educational Sdn Bhd. Saya telah mengikuti education blog cikgu and Im really impressed with your method of teaching and the content too! Kami ingin menjemput Cikgu Shuhaimin untuk together contribute in education for the students yang mempunyai masa lapang ketika PKP ini. Basically its about to share an article mengenai Pandai App as one of your postings sebagai untuk menyumbang kepada para pelajar yang berada di rumah pada untuk melayari Pandai Apps dan menonton thousands of education videos on Pandai for free!

    We are looking forward with your response, Thank you!

    I can be contacted at adibah@ardentedu.com

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah tahniah cikgu dan teruskan usaha! Terima kasih atas setipa perkongsian.

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum cg,
    Semoga sihat dlm rahmat Allah. Mohon izin kongsi idea cg kpd guru sy. tkasih

    BalasPadam
  21. Tahniah min. Semoga diberi kesihatan dan terus berbakti kepada guru2 diluar sana. Semoga usaha murni ini juga sentiasa mendapat ganjaran pahala. Syabas atas usaha anda san teeima kasih pwekongaian yg sangat beemanfaat.

    BalasPadam

Catat Ulasan