Kita sering kali mendengar konsep 4C dalam Pembelajaran Abad ke-21. Namun, adakah anda pernah mendengar penekanan 6C dalam Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21). 6C merujuk kepada enam kemahiran yang perlu diterapkan dalam diri murid oleh guru-guru melalui proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah.
Sehubungan dengan itu, kemahiran 6C yang dimaksudkan ialah Critical Thinking (1), Creative Thinking (2), Collaboration (3), Communication (4), Character (5) dan Country (6). Berikut merupakan penerangan lebih lanjut berkaitan enam kemahiran ini yang perlu diterapkan dalam diri murid hasil daripada PdPc :
1. CRITICAL THINKING (PEMIKIRAN KRITIS)
Pemikiran kritis adalah sebahagian daripada kemahiran berfikir yang dapat membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.
2. CREATIVE THINKING (PEMIKIRAN KREATIF)
Pemikiran kreatif adalah kecekapan menggunakan minda untuk menghasilkan idea yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai.
3. COLLABORATION (KOLABORASI)
Kolaborasi adalah satu proses yang melibatkan kerjasama oleh beberapa individu dalam satu kumpulan atau pasukan untuk mencapai hasil yang diinginkan dan sekaligus melahirkan kepercayaan antara ahli-ahli yang terlibat.
4. COMMUNICATION (KOMUNIKASI)
Kemahiran komunikasi adalah penting dalam proses penyampaian maklumat, perkongsian pendapat dan interaksi antara dua pihak.
5. CHARACTER (PERWATAKAN)
Watak adalah satu corak tingkah laku, fikiran dan perasaan berdasarkan prinsip-prinsip kekuatan moral dan integriti.
6. COUNTRY (KENEGARAAN)
Merujuk kepada sikap patriotisme dalam diri iaitu cinta akan negara dan mempunyai identiti nasional.
SUMBER :
1BestariNet
PERKONGSIAN YANG BAIK... TERIMA KASIH
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian
BalasPadamtuan, macam mana buat slide tu cantik
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian...
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian
BalasPadamNota yang cantik, cikgu. Tapi saya rasa elemen yang keenam tu adalah Citizenship.
BalasPadambetul tu
PadamTerbaik atas perkongsian yang amat perlu dihadamkan oleh semua warga pendidik khsusunya
BalasPadamCatat Ulasan