Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT, atas izin-Nya diiringi doa insan hebat yang sentiasa mengiringiku iaitu ibuku dan adik-beradikku serta doa daripada insan-insan yang mengenali diri ini menjadikan aku penerima Anugerah Pingat PLATINUM dalam Pertandingan Inovasi STEM dan TVET Kategori Guru sempena Karnival Pendidikan, Kerjaya, STEM dan TVET (KAPEJAS) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024.

Karnival ini telah dianjurkan oleh SMK Terusan Lahad Datu yang mana telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Yusof bin Haji Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.

Ini kali pertama menceburi bidang pertandingan inovasi dan segala cadangan penambahbaikan daripada barisan juri dan rakan2 yang lain akan dilaksanakan. Insya-Allah 🤲🏼 

Terima kasih, terima kasih dan TERIMA KASIH atas segala sokongan dan bimbingan daripada semua pihak yang memberikan tunjuk ajar, mendorong dan menggalakkan aku untuk CUBA, CUBA dan TERUS MENCUBA 🙏🏻

Bersama Barisan Juri

Terima kasih juga sifu Muhamad Abdul Sarid bin Said, Penolong Pengarah Unit TMK JPN Kelantan 🙏🏻 yang sentiasa membuat perkongsian berkaitan digital melalui Group Telegram Akademi CikguApp. Banyak yang dapat saya belajar daripada group tersebut. Semoga tuan sentiasa sihat di samping keluarga tercinta dan terus cemerlang dalam perkhidmatan.

Akhir kata, terima kasih warga Sekolah Kebangsaan Sri Pantai, Lahad Datu, Sabah, iaitu sekolah saya berkhidmat, warga sekolah yang sangat “supportive” 🫂

“KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI”

MOHD SUHAIMIN BIN ISNEN

Guru Akademik

Sekolah Kebangsaan Sri Pantai, Lahad Datu, Sabah

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA