Tema dan Unit Bahasa Melayu SK Tahun 1 KSSR Semakan adalah berdasarkan kandungan yang terdapat dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 1 KSSR (Semakan) Sekolah Kebangsaan (SK) yang telah mula digunakan sejak tahun 2017 sehingga kini.
Senarai Tema dan Unit
TEMA 1: KELUARGA PENYAYANG
|
|
Unit 1
|
Keluargaku Sayang
|
Unit 2
|
Bergembira dengan Keluarga
|
Unit 3
|
Bercuti di Kampung
|
TEMA 2: MASYARAKAT MUHIBAH
|
|
Unit 4
|
Rakan Sekelas
|
Unit 5
|
Tolong-menolong
|
Unit 6
|
Buku Segalanya
|
TEMA 3: PENTINGKAN KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
|
|
Unit 7
|
Telitinya Rizal
|
Unit 8
|
Menu Sihat
|
Unit 9
|
Kita Cergas
|
TEMA 4: KESELAMATAN
|
|
Unit 10
|
Pastikan Selamat
|
Unit 11
|
Kita Selamat di Sini
|
Unit 12
|
Selamat di
Jalan Raya
|
TEMA 5: NEGARAKU TERCINTA
|
|
Unit 13
|
Budaya Kita
|
Unit 14
|
Milik Kita
|
Unit 15
|
Sikap yang Baik
|
TEMA 6: SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
|
|
Unit 16
|
Sains dan Kita
|
Unit 17
|
Teknologi dan Kita
|
Unit 18
|
Hebatnya Inovasi
|
TEMA 7: LINDUNGI ALAM
|
|
Unit 19
|
Sayangi Alam
|
Unit 20
|
Flora dan Fauna
|
Unit 21
|
Bersihkan Alam
|
TEMA 8: EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN
KEWANGAN
|
|
Unit 22
|
Wang dalam Kehidupan
|
Unit 23
|
Peniaga
Berjaya
|
Unit 24
|
Mengurus Belanja
|
Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 1 Sekolah Kebangsaan (SK)
Pakej Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 1 Sekolah Kebangsaan (SK) kegunaan mulai tahun 2017 bersandarkan transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula.
Kurikulum ini diistilahkan sebagai KSSR (Semakan). KSSR (Semakan) Bahasa Melayu Tahun 1 ini lebih menekankan penyataan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang perlu diketahui dan mampu dilaksanakan oleh murid.
Bahan dalam pakej buku teks ini dipersembahkan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran bahasa, tatabahasa, nilai murni, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan strategi pengajaran dan pembelajaran.
Elemen tersebut mesti dikuasai oleh murid Tahun 1 sekolah kebangsaan bagi meningkatkan dan memantapkan penguasaan kemahiran bahasa mereka. Selain itu, mereka juga diharapkan mampu untuk menggunakan bahasa Melayu yang betul dan berkesan dalam urusan harian.
Elemen tersebut mesti dikuasai oleh murid Tahun 1 sekolah kebangsaan bagi meningkatkan dan memantapkan penguasaan kemahiran bahasa mereka. Selain itu, mereka juga diharapkan mampu untuk menggunakan bahasa Melayu yang betul dan berkesan dalam urusan harian.
Pakej Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 1 SK mengandungi dua komponen, iaitu Buku Teks
(BT) dan Buku Aktiviti (BA). Buku Aktiviti pula terdapat dalam dua jilid, iaitu BA Jilid 1 dan BA Jilid 2.
Kandungan bahan dalam kedua-dua komponen ini dibina berdasarkan lapan tema. Setiap tema mengandungi tiga unit yang menjadikan jumlahnya sebanyak 24 unit. Tema dan unit yang dinyatakan dapat dilihat pada halaman kandungan. Tema tersebut diambil dan diubah suai daripada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR (Semakan) Bahasa Melayu Tahun 1 Sekolah Kebangsaan.
DSKP yang diguna pakai dalam KSSR (Semakan) ini amat menekankan penggabungjalinan
kemahiran bahasa, penyerapan ilmu dan penerapan nilai murni. Kemahiran bahasa seperti Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Aspek Tatabahasa dan Aspek Seni Bahasa digabungjalinkan bagi memantapkan penguasaan bahasa murid.
Sumber:
Abdul Rahman Che Ngah, Amir Hazlin Lin, Siti Sarah Abdul Malek dan Nurfarah Lo Abdullah. (2016). Buku Teks Bahasa Melayu (SK) Tahun 1 KSSR (Semakan). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Di mana boleh beli buku teks ini?
BalasPadamCatat Ulasan