Syarat Kelayakan dan Ujian Saringan untuk Mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM ini adalah berdasarkan pernyataan daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia.

SYARAT DAN KRITERIA PENGAMBILAN SERTA UJIAN SARINGAN TERHADAP CALON GURU KE IPGM BAGI MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) MULAI AMBILAN 2014

LATAR BELAKANG PROGRAM

  • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan ljazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
  • Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
  • PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendattaran.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
  5. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian (B) dalam mata pelajaran yang berikut iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
  6. Memenuhi syarat bidang pengkhususan.
  7. Aktit dalam kegiatan kokurikulum.

UJIAN SARINGAN

Terbahagi kepada dua proses iaitu Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan Temu duga

Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

  1. Ujian Bertulis
    • Bahagian A-lnventori Sahsiah Keguruan (INSAK) (30 minit)
    • Bahagian B-Indeks Pengesanan Kendiri (IPK) (15 minit)
  2. Ujian Kecergasan Fizikal (30 minit)

Amali dan Temu Duga

AMALI
  • Dilaksanakan bagi bidang Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Pendidikan Muzik
  • Tempoh pelaksanaan:
    • Pendidikan Islam dan Bahasa Arab (20 minit)
    • Pendidikan Muzik (15 minit)

TEMU DUGA
  • Dilaksanakan secara individu dan kumpulan
  • Tempoh pelaksanaan 1 jam 30 minit
  • 4 komponen yang dinilai dalam proses temu duga iaitu seperti berikut:
    1. Personaliti Guru
    2. Kemahiran Sosial
    3. Kreativiti
    4. Bidang Isu Pendidikan

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA