Kronologi Pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 ini aku kongsikan berdasarkan pengalamanku sendiri khusus untuk adik-adik junior yang akan menjawat jawatan ini pada tahun depan (2020) dan seterusnya sebagai panduan untuk kamu sekiranya kamu telah sah menjadi alumni Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Sebelum tu, aku minta maaf sebab ndak guna bahasa Melayu standard sepenuhnya pada perkongsian kali ini.

Aku kongsikan pasal ni jugak sebagai catatanku untuk 'tatapan' pada masa akan datang. Ya la, senang aku mau rujuk pasal tarikh-tarikh penting ni. Banyak jugak memori suka dukaku ( πŸ€£πŸ˜‚) sepanjang mengurus urusan mau jadi cikgu ni.

Ringkasnya, berikut merupakan kronologi mau jadi cikgu:


1. Tamat Pengajian PISMP
Rasa BERSUKUR SANGAT, ndak sangka dapat tamatkan pengajian PISMP di IPG Kampus Tawau dengan jayanya. Alhamdulillah.

Gambar Pra Konvokesyenku bersama rakan sekelas di IPG Kampus Tawau


Pada masa ni jugak, aku sudah dapat Surat Tamat Pengajian dan Layak Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan.


2. Jemputan ke Majlis Konvokesyen IPG KPM Kali ke-10
Jangan tunggu surat jemputan ni sampai kat alamat surat menyurat kamu πŸ˜‚Kan era digital sekarang, semua surat-menyurat dilakukan secara online



Konvokesyenku bertempat di Panggung Percubaan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahudin Abd Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Cara mau dapatkan surat jemputan ni is pergi ke portal rasmi Konvokesyen IPG, daftar dan sahkan kehadiran anda.

3. Panggilan Temu Duga daripada SPP
Perkara yang langsung aku ndak jangka, iaitu panggilan temu duga kami pada bulan Jun dan temu duga berlangsung pada Julai 2019.



Kenapa ndak jangka? Sebab ni kali pertama SPP jalankan temu duga (setahu aku la) sebelum kami bergraduat (konvokesyen). Senior kami tahun lalu (2018), panggilan temu duga dorang pada bulan November 2018. Kami awal kan?



SPP atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran membuka semakan panggilan temu duga pada 24 Julai 2019 di portal rasminya.

Di situlah aku mendapat butiran temu duga iaitu bertempat di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu.

4. Temu Duga SPP
Aku menduduki temu duga SPP ni pada 4hb Julai 2019.

Aku gerak ke KK sehari sebelum tu (lupa mau intoduce myself, πŸ€£πŸ˜‚aku orang Lahad Datu). Aku stay di Tune Hotel. Okay la jugak, kosnya berpatutan dan dekat dengan lokasi temu dugaku, estimate 10 minit sudah sampai ke Kompleks Pentadbiran tu.

Kalau mau tips menduduki temu duga ni, bolehlah rujuk post aku di sini.

5. Daftar Pengguna Baharu di eGraduan.
eGraduan ni merupakan portal rasmi Penempatan Guru Baharu KPM. Graduan IPG memang akan guna ni untuk urusan penempatan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

WAJIB daftar pengguna di sistem ni. Kalau ndak, mereput la kamu menanti posting πŸ€£πŸ˜‚

Macam mana mau tau boleh ka suda mendaftar di eGraduan ni? Don't worry, KPM akan buat hebahan melalui portal rasminya dan di situlah dia akan nyatakan tempoh isi maklumat dalam eGraduan tu.


Kes kami, tempoh asalnya pada 08 Julai sehingga 26 Ogos tetapi disebabkan eGraduan tu minta kami upload Ijazah Sarjana Muda, maka dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2019. Ya la, macam mana kami mau upload degree tu, kitorang konvo pun belum uolls πŸ€£πŸ˜‚.

6. Majlis Konvokesyen IPG KPM Kali ke-10
Serabut aku tempah tiket, penginapan my bestfriend yang urus. Hhahahhaa, maklumlah, aku ndak pernah pergi Selangor. Kalau Terengganu, Johor dan Kelantan pernah la.

Ijazah disampaikan oleh YB Dr Gazali Abbas, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia



Aku bersyukur jugak semua kos perbelanjaanku dari pembelian tiket flight sampailah makan apa semua menggunakan my own money tanpa melibatkan duit from my family.

Pasal penginapan, aku kongsi dengan bestfriend aku, Nadsri.

7. Pengemaskinian Maklumat Diri di eGraduan


Kan sudah dapat ijazah (alhamdulillah), aku terus upload degree tu ke dalam sistem eGraduan. Barulah hati ini tenang, Hhahaha, tinggal tunggu result penempatan.

8. Pengumuman Keputusan Temu Duga SPP



5 September 2019, keputusan temu duga SPP diumumkan dan AKU LULUS. Alhamdulillah. 


 


9. Pengumuman Keputusan Penempatan Negeri / Wilayah Persekutuan.



14 Oktober 2019, keputusan penempatan negeri diumumkan di Sistem eGraduan dan aku ditempatkan di negeriku sendiri (Sabah). Again, alhamdulillah.

10. Panggilan ke Taklimat Penempatan PPP DG41 dari JPN


17 Oktober 2019, panggilan ke taklimat penempatan dihebahkan melalui SMS dan surat panggilan tu kami dapatkan dengan memuat turun pada Google Drive yang disediakan oleh kakitangan JPN melalui Gmail.



Taklimat ini diadakan pada 31 Oktober sehingga 1 November ini (2 hari) di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu (bagi graduan yang ditempatkan di Sabah).

Alhamdulillah, dah book tiket flight dan penginapan awal-awal. Kalau book last minute nanti, MAHALLL. πŸ€£πŸ˜‚

11. Taklimat Penempatan PPP DG41


Alhamdulillah, untuk penempatan kali ini (Penempatan PPP DG41 Sekolah Rendah Bilangan 3/2019), Taklimat dan Majlis Penyerahan Surat Penempatan bagi graduan PISMP Ambilan Jun 2015 yang mendapat penempatan di negeri Sabah berlangsung di KK High School, Kota Kinabalu selama 2 hari iaitu bermula pada 31 Oktober sehingga 1 November yang lalu.

Bersama rakan sekelas, PISMP Bahasa Melayu Jun 2015 IPG Kampus Tawau yang ditempatkan di negeri Sabah.

Seramai 269 graduan PISMP Jun 2015 ditempatkan di sekolah-sekolah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sekolah di bawah Bahagian Pendidikan Khas dan Bahagian Pendidikan Islam.


Setelah mendapat surat penempatan, aku tidak membukanya serta merta. Aku membuka surat ini apabila aku telah berada di Lahad Datu, lebih spesifiknya lagi aku meminta ibu bapa aku yang membuka surat penempatan ini, 

Sebelum tu, ramai juga yang bertanya di mana aku ditempatkan, hahahahha, ada yang geram jugak (aku tau tu, hahahahahha), ya la, aku tak buka lagi surat penempatan tu kan,

Pada 2 November 2019, lebih kurang pukul 0530pm, iaitu tibanya aku di rumah (cehh, hahahhaha), aku terus memberikan surat penempatan ini untuk dibuka oleh insan yang paling kucinta di dunia ini, ibu bapaku.

Barulah secara rasmi, aku buat makluman lokasi perkhidmatanku sebagai pendidik di laman sosialku.


12. Lapor Diri di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)



04 November 2019. Alhamdulillah, selesai melapor diri di Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu yang mana guru-guru yang ditempatkan di daerah Lahad Datu mendengar taklimat dan ucapan alu-aluan daripada En. Zamri bin Pahakan bersama Pegawai Pendidikan Daerah yang lain.


Tak sangka juga dapat bertemu dengan En. Amir Kassan, bekas pensyarahku dari IPG Kampus Tawau yang kini bertugas sebagai Pegawai Pendidikan di PPD Lahad Datu. 

13. Lapor Diri di Sekolah.

Juga pada hari yang sama melapor diri di PPD, aku berjaya melapor diri di Sekolah Kebangsaan Sri Pantai, Lahad Datu.

Gambar SEHARI SEBELUM melapor diri di sekolah, survey sekolah terlebih dahulu la katakan πŸ€£πŸ€£πŸ€£

Sekian, itu sahaja daripada aku. Mohon doakan aku dan keluarga serta rakan sejawat yang baru saja ditempatkan dalam berkhidmat dengan ikhlas, penuh komitmen dan dipermudahkan urusan dalam menempuh realiti sebenar dunia pendidikan.

Doakan jugak semoga aku mengekalkan momentum ini, iaitu berkongsi berkaitan dunia pendidikan ini dengan anda semua melalui blog dan laman sosialku yang lain.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

"BELAJAR UNTUK MENGAJAR"
Mohd Suhaimin bin Isnen

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post

BACA JUGA