Kalendar Akademik IPG 2020 ini adalah berdasarkan Surat Edaran Institut Pendidikan Guru Malaysia bertarikh 11 Oktober 2019 yang bertajuk Edaran Kalendar Akademik Program Pendidikan Guru Sesi 2020/2021 Institut Pendidikan Guru.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kecemerlangan Akademik, Institut Pendidikan Guru Malaysia telah menyediakan Kalendar Akademik Program Pendidikan Guru Sesi 2020/2021.



Kalendar Akademik Program Pendidikan Guru Sesi 2020/2021 disediakan berdasarkan pelaksanaan dasar cuti rehat tahunan pensyarah yang akan bermula pada Januari 2020 (Ruj: KPM.100-1796 (6) bertarikh 19 Julai 2019) dan PERUBAHAN PENGAJIAN TIGA SEMESTER DALAM SETAHUN.



Untuk maklumat bersama, Kalendar Akademik Program Pendidikan Guru Sesi 2020/2021 tersebut telah dibentang dan diluluskan dalam Mesyuarat Senat Institut-institut Pendidikan Guru KPM Kali Ke- 49 Tahun 2019 pada 25 hingga 26 September 2019. Kalendar akademik ini diguna pakai untuk semua program pendidikan guru bagi sesi 2020/2021.

Interaksi bersemuka akan bermula pada 05 Januari 2020 bagi Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu), manakala pada 06 Januari 2020 bagi negeri-negeri lain.

Ini bermaksud, mulai tahun depan (2020), 1 tahun pengajian di IPG dipecahkan kepada tiga semester iaitu seperti berikut;
  1. Semester Januari - Mei
  2. Semester Jun - Oktober
  3. Semester November - Disember
Baiklah, berikut dikongsikan Kalendar Akademik / Takwim IPG bagi tahun depan (2020);

SEMESTER JANUARI - MEI


SEMESTER JUN - OKTOBER


SEMESTER NOVEMBER - DISEMBER


Mohon Perhatian

  1. Praktikum dan Internship ke sekolah adalah tertakluk kepada cuti persekolahan KPM, bukan cuti IPG KPM.
  2. PBS dikira sebagai minggu kuliah
  3. Bagi program yang dilaksanakan dalam mod KDC, tarikh BIG ditetapkan mengikut kesesuaian IPGK.
  4. Pelajar Program Pendidikan Guru Mod KDC akan mula interaksi pada cuti pertengahan tahun persekolahan KPM

PERINCIAN AKTIVITI AKADEMIK IPG 2020

Sekiranya anda melihat imej/gambar di bawah menggunakan smartphone, sila muat turun imej tersebut terlebih dahulu untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas dengan menekan pada gambar selama 2 saat dan pilih option muat turun (download) gambar/imej.







Sumber: Surat Edaran Kalendar Akademik Program Pendidikan Guru Sesi 2020/2021 Institut Pendidikan Guru (11 Oktober 2019)

Sekian. Semoga perkongsian ini iaitu Kalendar Akademik IPG 2020 memberikan informasi terkini berkaitan IPG kepada anda semua.

5 Ulasan

  1. So adakah tempoh pengajian masih lagi kekal 5 tahun atau berkurangan disebabkan sistem 3 semester?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perkara ini belum dapat saya pastikan. Saya telah pun mengemukakan pertanyaan sebegini kepada pihak IPGM. Insya-Allah, akan mendapat maklum balas daripada pihak mereka dalam masa terdekat ini.

      Insya-Allah, saya akan maklumkan juga dari semasa ke semasa ☺️😊

      Padam
  2. Salam, terima kasih atas info ini. Soalan yang ramai pelajar tidak faham setakat ini, mengapakah perubahan 3 semester ini berlaku? Hanya sekadar persoalan yang berbual-bual di minda para pelajar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam. Perubahan ini berlaku kerana dasar cuti rehat tahunan bagi pensyarah telah berubah yang mula dikuat kuasakan pada Januari tahun depan (2020). Maka, perubahan 1 tahun 3 semester mesti dibuat agar selaras dengan perkara ini. Sekian, harap dapat menjawab pertanyaan anda.

      Padam
  3. boleh saya tahu berapa jumlah hari cuti rehat tahunan pensyarah?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA