23 Perkara Baharu dalam Sistem Pendidikan Malaysia ini aku kongsikan untuk pengetahuan kita bersama berkaitan pembaharuan yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan di negara kita.

Ya la. Tak lama lagi, kita akan berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (bagi graduan IPG PISMP Ambilan Jun 2015 termasuk aku sendiri), perlulah tahu dan faham berkaitan pembaharuan yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan di negara kita. Barulah jadi cikgu yang up-to-date gitewww. Hahahaha.

"Baharu" yang aku maksudkan di sini adalah sejak sistem pendidikan negara kita di bawah tampuk kepimpinan YB. Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia yang ke-19 iaitu sejak 21 Mei 2018 tapi ada jugak dasar yang aku nyatakan di sini yang dilaksanakan sebelum YB Dr. Maszlee jadi Menteri Pendidikan kita. Contohnya KSSR (Semakan 2017), KSSM, KSSM MPEI, KSKP dan PPSR sebab sangat penting untuk kita tahu dan faham ni.
Baiklah. terdapat 23 perkara yang baru dilaksanakan dan setiap daripadanya, aku terangkan secara "kasar" dahulu ya, sekiranya ingin mendapatkan penerangan yang lebih lanjut, bolehlah rujuk di portal rasmi KPM, BPK, JPN dan Google.

 23 Perkara Baharu dalam Sistem Pendidikan di Malaysia

1👉🏻Stoking dan Kasut Hitam Wajib Dipakai Mulai 2021


Ini sudah dilaksanakan mulai tahun ini secara berperingkat namun pemakaian wajib adalah pada tahun 2021.



Sumber: Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 10 Tahun 2018

2👉🏻Pakaian Prasekolah

Ini dilaksanakan bermula dari tahun lalu (2018) lagi yang mana pakaian murid prasekolah adalah seperti berikut:
  1. Kemeja-T Putih Berkolar
  2. Tudung Putih (bagi murid yang bertudung)
  3. Lencana Sekolah sama ada Bertampal atau Berjahit
  4. Track Bottom Biru Gelap
  5. Kasut Kanvas Putih
  6. Stoking Putih
Murid Prasekolah Lelaki


Murid Prasekolah Perempuan (Bertudung)


Murid Prasekolah Perempuan (Tidak Bertudung)

Sumber: Surat Penambahan Bilangan Murid bagi Setiap Kelas dan Penetapan Pakaian Murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 

3👉🏻Penetapan Bilangan Murid Prasekolah dalam Kelas

Penetapan ini adalah seperti berikut:
  1. Bilangan murid prasekolah setiap kelas tidak melebihi 25 orang untuk kelas aliran perdana
  2. Tujuh orang untuk kelas prasekolah pendidikan khas atau integrasi.
Sumber: Surat Penambahan Bilangan Murid bagi Setiap Kelas dan Penetapan Pakaian Murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 

4👉🏻Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR)

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah atau akronimnya PPSR ialah suatu pelaporan pentaksiran baharu rentetan daripada Pentaksiran Berasaskan Sekolah Rendah (PBS) yang digunakan sejak tahun 2018 lagi.



PPSR ini dilaksanakan untuk mentaksir pencapaian semua murid SECARA HOLISTIK pada peringkat pendidikan rendah (sekolah rendah) menggantikan istilah pentaksiran Tahun 6 yang sedia ada - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Untuk pengetahuan bersama, mulai Tahun 2018, UPSR masih dilaksanakan seperti biasa dan tidak dimansuhkan, sebaliknya ia menjadi komponen bagi Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) bersama 3 komponen pentaksiran yang lain. 



Berikut merupakan 4 komponen Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah:






  1. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  2. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
  3. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  4. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid nomal dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi MBK.

Sehubungan dengan itu, murid akan menerima laporan pencapaian mereka dalam pelaporan yang merangkumi 4 komponen pentaksiran seperti yang telah dinyatakan pada akhir persekolahan mereka pada Tahun 6 - BUKAN HANYA KEPUTUSAN UPSR SAHAJA



Ini menunjukkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu alternatif baharu dalam mentaksir dan menyediakan pelaporan pencapaian murid pada peringkat pendidikan rendah SECARA HOLISTIK dan bukan daripada gred A semata-mata, tetapi mengambil kira 3 komponen pentaksiran PPSR yang lain.



Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR).


5👉🏻Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR)

Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) ini adalah bagi MBK. PASR terbahagi kepada dua (2) instrumen bersepadu iaitu sepeti berikut:


6👉🏻KSSR (Semakan 2017)

Sedih, mulai tahun depan (2020), mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) sudah dimansuhkan pada peringkat sekolah rendah Tahun 4 dan ditukarkan menjadi sebahagian daripada Elemen Merentas Kurikulum (EMK, dulu istilahnya Pengisian Kurikulum). 

KSSR (Semakan 2017) ni memang sudah lama diperkenalkan sejak akhir tahun 2016, namun aku nyatakan kat sini sebab masih ramai dalam kalangan kita tidak memahami KSSR (Semakan 2017) ini. Kita kan guru sekolah rendah, kena kuasai kurikulum kita ni. Hihi. 

Bermula tahun 2017, KSSR (Semakan 2017) ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula pada murid yang berada pada :

💗Tahun 1 👉(Tahun 2017)
💗Tahun 2 👉(Tahun 2018)
💗Tahun 3 👉(Tahun 2019)
💗Tahun 4 👉(Tahun 2020)
💗Tahun 5 👉(Tahun 2021)
💗Tahun 6 👉(Tahun 2022)


Sehubungan dengan itu, berikut merupakan perbandingan yang merangkumi persamaan dan perbezaan antara Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 :

Perbezaan dari Aspek Reka Bentuk Kurikulum
Perbezaan dari Aspek Dokumen Kurikulum

Perbezaan dari Aspek Peruntukan Masa

Perbezaan dari Aspek Organisasi Kurikulum

Perbezaan dari Aspek Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

Persamaan dari Aspek Fokus Kurikulum

Perbezaan dari Aspek Penekanan Pedagogi

Perbezaan dari Aspek Pentaksiran

Penjenamaan Semula Mata Pelajaran KSSR kepada KSSR (Semakan 2017)

Berdasarkan jadual di atas, terdapat 1 PERSAMAAN dan 8 PERBEZAAN antara KSSR dengan KSSR (Semakan 2017). Persamaannya adalah dari aspek fokus kurikulum iaitu masih mengekalkan 4M iaitu kemahiran Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul. 

Perbezaannya pula dapat dilihat dari aspek reka bentuk kurikulum, dokumen kurikulum, peruntukan masa, organisasi kurikulum, elemen merentas kurikulum, penekanan pedagogi, pentaksiran dan penjenamaan semula mata pelajaran.




Sumber: Surat Pekeliling Iktisas KPM Bil. 8 Tahun 2016 

7👉🏻KSSM

KSSM ni akronim daripada Kurikulum Standard Sekolah Menengah yang menggantikan KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah).

KSSM ni dilaksanakan di sekolah menengah dan pelaksanaannya juga secara berperingkat bermula tahun 2017 seperti berikut :



💗Tingkatan 1 👉(Tahun 2017)
💗Tingkatan 2 👉(Tahun 2018)
💗Tingkatan 3 👉(Tahun 2019)
💗Tingkatan 4 👉(Tahun 2020)
💗Tingkatan 5 👉(Tahun 2021)

Sumber: Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 9 Tahun 2016

8👉🏻KSSM MPEI

MPEI adalah merujuk kepada Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas. MPEI ini adalah bagi menggantikan Mata Pelajaran Tambahan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), masa kita dulu, kita ikut format KBSM. 

Ada 10 mata pelajaran MPEI ni dan mula dilaksanakan secara berperingkat pada tahun 2017. Pelaksanaannya lebih awal daripada KSSM bagi mata pelajaran yang biasa pada peringkat menengah atas (Tingkatan 4 dan 5). 

Dalam KSSM MPEI ni, ada 7 nama mata pelajaran yang dijenamakan semula manakala 3 nama mata pelajaran masih dikekalkan iaitu Prinsip Perakaunan, Sains Sukan dan Reka Cipta. 

7 nama mata pelajaran yang dijenamakan semula adalah seperti berikut:
  1. Ekonomi Rumah Tangga kepada Sains Rumah Tangga
  2. Ekonomi Asas kepada Ekonomi
  3. Perdagangan kepada Perniagaan
  4. Teknologi Kejuruteraan kepada Asas Kelestarian
  5. Sains Pertanian kepada Pertanian
  6. Teknologi Maklumat dan Komunikasi kepada Sains Komputer
  7. Lukisan Kejuruteraan kepada Grafik Komunikasi Teknikal
Sumber: Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 9 Tahun 2016

9👉🏻Naratif Baharu Amalan Pendidikan


Ini diperkenalkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) kita, Dr. Amin Senin yang mana ia menekankan kepada dua fokus utama iaitu kualiti sekolah dan kemenjadian murid.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

10👉🏻Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP)

M10MP ialah himpunan aktiviti unpack curriculum yang komprehensif dan berstruktur yang dilaksanakan dalam tempoh 10 minit sewaktu perhimpunan sekolah.



Aktiviti M10MP diperkenalkan oleh IPGK Ilmu Khas (tahniah warga IPGKIK) yang mana menerapkan nilai secara hands on, KBAT, PAK21, Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK), pentaksiran berasaskan sekolah dan didik hibur. Semua elemen ini diadun dalam panduan pelaksanaan lengkap supaya aktiviti yang dibuat bermakna kepada murid.

Maksudnya, 10 minit diambil daripada peruntukan waktu perhimpunan sebenar. Tatacara lain masih diteruskan. 

Sumber: Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. (2019). Modul 10 Minit Perhimpunan.

11👉🏻Sarapan Percuma bagi Murid Sekolah Rendah Mulai 2020


Hahh. Mulai tahun depan (2020), Program Sarapan Percuma (PSP) akan dilaksanakan di semua sekolah rendah seluruh Malaysia. Alhamdulillah.

Sumber: Facebook Rasmi YB. Dr. Maszlee Malik

12👉🏻PdP Tulisan Khat dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu bagi Murid Tahun 4 Sekolah Rendah (SK dan SJK) Mulai 2020

Sebenarnya, dah lama pun perkara ini dirancang sebab kalau rujuk DSKP Bahasa Melayu KSSR (Semakan 2017) Tahun 4 yang akan digunakan mulai tahun depan, tak kiralah SK atau SJK, memang dah tulis dalam Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang mana sapa yang ajar BM Tahun 4 tu akan ajar murid untuk menghasilkan tulisan khat.

SK dan SP dalam DSKP KSSR (Semakan 2017) Bahasa Melayu Tahun 4  bagi SK dan SJK
Sumber: 
  1. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran KSSR (Semakan 2017) Bahasa Melayu Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran KSSR (Semakan 2017) Bahasa Melayu Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia

13👉🏻Pelaksanaan Pendidikan Sivik Sejak Jun 2019

Pendidikan Sivik ini adalah wajib dilaksanakan secara menyeluruh di semua peringkat sekolah yang merangkumi prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. 




Ia dilaksanakan semasa perhimpunan, dalam kurikulum dan juga kokurikulum. 

Sumber: Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 7 Tahun 2019

14👉🏻Pemerkasaan PT3 Mulai 2020

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)  akan diperkasakan mulai tahun depan. "Perkasa" yang dimaksudkan adalah pihak Lembaga Peperiksaan hanya akan menyediakan soalan PT3 bagi 5 mata pelajaran sahaja, selebihnya iaitu 18 mata pelajaran lain akan disediakan oleh pihak sekolah sendiri.

5 mata pelajaran yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan:
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Hifz Al-Qur'an
  4. Pendidikan Kesenian bagi Sekolah Seni Malaysia
  5. Al- Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah (Kurikulum Bersepadu Dini bagi Ujian Mendengar)

Manakala, 18 mata pelajaran yang disediakan oleh pihak sekolah adalah seperti berikut:
  1. Sains
  2. Matematik
  3. Reka Bentuk dan Teknologi
  4. Asas Sains Komputer
  5. Sejarah
  6. Geografi
  7. Pendidikan Islam
  8. Bahasa Cina
  9. Bahasa Tamil
  10. Bahasa Arab
  11. Bahasa Iban
  12. Bahasa Kadazandusun
  13. Bahasa Punjabi
  14. Bahasa Semai
  15. Maharat al-Quran
  16. Usul ad-Din
  17. Al-Syariah
  18. Al-Lughah al-Arabiah Al-Mu’asirah
    1. Ujian Lisan: Bertutur
    2. Ujian Bertulis

15👉🏻Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSKP) bagi Sekolah Menengah

KSKP ini dilaksanakan mulai tahun ini (2019) yang mana kurikulum ini digunakan di sekolah menengah. 

Kelas Peralihan ini adalah kelas untuk murid-murid dari SJK sama ada dari SJKC atau SJKT belajar menguasai bahasa Melayu kerana mereka kan menggunakan bahasa Ibunda mereka semasa berada di sekolah rendah yang mana merupakan proses peralihan bahasa pengantar sebagai persediaan untuk meneruskan pembelajaran mereka di Tingkatan Satu.

Sumber: Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2019

16👉🏻Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) Tidak Lagi Digunakan

Tahukah anda bahawa Buku Jadual Kedatangan Murid tidak lagi digunakan di semua sekolah berkuat kuasa mulai 14 Januari tahun ini (2019). 

Kini, urusan perekodan kehadiran murid ke sekolah direkodkan secara atas talian menerusi portal rasmi eKehadiran. Siap ada apps lagi. Boleh muat turun kat Google Play bagi pengguna Android atau iTunes bagi pengguna iOS.



Tapi, kepada sekolah yang tidak ada capaian Internet boleh menggunakan Jadual Kedatangan Murid ini dengan syarat perlu memohon kelulusan daripada PPD atau Pengarah Pendidikan Negeri (bagi sekolah yang tiada PPD).

Jika sekolah alami gangguan capaian Internet, kehadiran murid ni akan dicatat menggunakan Borang Kehadiran Sementara. Rujuk gambar di bawah:

Borang Kehadiran Sementara


Sumber: Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2019

17👉🏻JPN dan PPD Dilarang Menetapkan Bilangan Fail Panitia Mata Pelajaran Sekolah


Mulai 11 Januari tahun ini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) adalah dilarang oleh KPM dalam menetapkan bilangan fail panitia dan sebaliknya, pihak sekolah bertanggungjawab menyediakannya mengikut keperluan dan kesesuaian.

Sumber: Surat Pengurusan Fail Panitia Mata Pelajaran

18👉🏻Sains dan Matematik Menggunakan Bahasa Inggeris di Sarawak Mulai 2020

Negeri Sarawak ialah negeri pertama yang menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya dalam PdPc bagi mata pelajaran Sains dan Matematik mulai tahun depan (2020) di peringkat sekolah rendah dan menengah. Ini adalah di bawah Dual Language Programme (DLP).

Datuk Sri Michael Manyin Jawong, Menteri Pendidikan Sains dan Penyelidikan Teknologi Negeri Sarawak


Sumber: Utusan Borneo

19👉🏻Program Pendidikan Inklusif (PPI) Model Holistik Mulai 2020

Program ni adalah dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun depan untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK). Sekolah yang melaksanakan PPI ni mempunyai autonomi dalam menggunakan Model Holistik  mengikut keperluan MBK dan kemudahan sedia ada.

Sumber: Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun 2019

20👉🏻Buku Teks Digital Asas (BTDA)

BTDA ini diperkenalkan mulai Januari 2019 atas inisiatif KPM dalam menangani beg sekolah berat dan juga selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang mana pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) menyediakan buku teks bagi sekolah rendah dan menengah secara digital iaitu berformatkan PDF dan guru-guru serta murid boleh memuat turun semua buku teks ini. Senang nak faham, softcopy buku teks ini disediakan secara rasmi dan boleh digunakan dalam PdPc.

Walau bagaimanapun, BTDA ini masih belum lengkap sepenuhnya yang mana terdapat beberapa buku teks yang belum tersedia setakat ini dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.


Sumber: Surat KPM - Pemakluman Kemudahan Buku Teks Digital Asas Kegunaan Murid Sekolah Menengah

21👉🏻SOP Penggunaan Kenderaan Sendiri Bawa Murid atas Urusan Rasmi

Fahamilah SOP ini. Penting sangat-sangat khususnya when kita nanti jadi Guru Pengiring.. SOP ini berkuat kuasa mulai 6 Ogos 2019. 



Sumber: Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2019

22👉🏻Templat Pelaporan PBD Dikemas kini

Pelaporan PBD ni apa? PBD ni akronim daripada Pentaksiran Bilik Darjah dan Bahagian Pembangunan Kurikulum yang bertanggungjawab dalam menyediakan templat pelaporan PBD ini. Templat ini digunakan untuk merekodkan Tahap Penguasaan *TP) murid (yang Band 1 hingga 6 tu) berdasarkan DSKP mata pelajaran yang kita ajar untuk tunjukkan kepada pihak sekolah dan ibu bapa berkaitan pencapaian murid.

Templat pelaporan PBD ini diguna pakai untuk murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) dan sekolah menengah rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3).

Tahukah anda, templat PBD ini sentiasa dikemas kini oleh BPK sehingga mempunyai banyak versi. Kalau dulu, templat pelaporan PBD ini disediakan mengikut SETIAP mata pelajaran dan diasingkan bagi guru mata pelajaran biasa dan Guru Kelas (dipanggil Templat Pelaporan PBD Gabungan) but now, semua dimasukkan sekali dalam SATU templat sahaja. 

Templat Pelaporan PBD Versi 3.1


INGAT, versi yang terkini bagi sekolah rendah (mulai 25 Jun 2019) adalah versi 3.1 iaitu dipanggil sebagai Versi Terjemahan. Apa pulak yang dimaksudkan dengan Versi Terjemahan ni? Versi Terjemahan ni merujuk kepada Templat Pelaporan PBD yang mempunyai option selain bahasa Melayu, iaitu bagi Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

Sumber: Surat Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (9 Julai 2019)

23👉🏻Pemerkasaan STEM dan TVET ke arah IR 4.0

Dah lama diperkenalkan. Cuma, pemerkasaannya secara drastik adalah mulai tahun lalu (2018). STEM ni merupakan akronim daripada Science, Technology, Engineering and Mathematic, dalam bahasa Melayunya, sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik manakala TVET pula merupakan akronim daripada Technical and Vocational Education and Training. Dalam bahasa Melayunya, Pendidikan teknikal dan vokasional dan latihan.

Dalam konteks Malaysia, STEM merujuk kepada dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah untuk meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada pelajar.

Ini termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) yang menekankan pendidikan STEM di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum dengan sokongan menerusi pelbagai pihak berkepentingan.

Pendidikan STEM juga menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal seperti yang terkandung di dalam pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) serta kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Apa pulak IR 4.0 ni? Revolusi Perindustrian yang keempat. Senang nak faham, sistem pendidikan negara kita memfokuskan kepada pembangunan generasi yang produktif dalam menghasilkan atau mencipta sesuatu yang bersifat robotik yang mampu mengurangkan penggunaan tenaga manusia.

Baiklah. Setakat ni sahaja yang dapat aku kongsikan berkaitan 23 Perkara Baharu dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Semoga dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Aamiin. Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang anda ingin tambah atau memerlukan penambahbaikan fakta, jangan segan silu untuk memberikan komen pada ruangan maklum balas di bawah ya. Terima kasih.

17 Comments

  1. In sya allah akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin... 👍👍

    ReplyDelete
  2. terima ksih ats perkongsiaan.. bnyk input

    ReplyDelete
  3. info yang sangat berguna.. terima kasih

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...saya nak bertanya...setakat tahun 2019, murid murid tahun 1 hingga 3 tidak menduduki pentaksiran pertengahan dan akhir tahun, bangaimana pula dengan murid murid di tahun 4 pada sesi persekolahan tahun 2020 nanti, adakah mereka tidak menduduki pentaksiran pertengahan dan akhir tahun juga atau sebaliknya, pentaksiran masih dijslankan...mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Ya,murid Tahap 2 iaitu murid Tahun 4,5 dah 6 sahaja yang terlibat dengan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.

      Manakala,murid Tahap 1, iaitu murid Tahun 1, 2 dan 3 tidak terlibat dengan peperiksaan ini.

      Delete
  5. Maksudnya di sini... murid-murid tahun 4 2020 masih lagi ada peperiksaan seperti tahun 2019 dan tahun tahun sebelum ini...

    ReplyDelete
  6. Boleh terangkan.katanya tahun 2020 pelajar tingkatan 4 di beri pilihan sendiri utk memilih sabjek yg mereka suka/minat/'blh bawa' tiada lagi aliran khas..kurang jelas..mohon penjelasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkaitan perkara ini, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui menterinya, YB Dr. Maszlee Malik telah menyatakan bahawa perkara ini BELUM DIMUKTAMADKAN untuk dilaksanakan khususnya pada tahun hadapan (2020) yang mana beliau juga menyatakan bahawa perkara ini bercanggah dengan pengukuhan mata pelajaran STEM.

      Kesimpulannya, perkara ini BELUM DIMUKTAMADKAN untuk dilaksanakan pada peringkat sekolah menengah (menengah tinggi).

      Semoga dapat menjawab pertanyaan anda.

      Delete
  7. Good Evening....Mr.Suhaimin...next year for Form 4 the clas system how....like normal(KBSM)or new system(KSSM)?Example...next year all students can take every subject...inculde bio,add maths,chemistry and more

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat petang. Mulai tahun depan, murid-murid Tingkatan 4 akan menggunakan kurikulum yang baharu, iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) sepenuhnya dan berkaitan mata pelajaran yang diambil, ia tidak ditetapkan lagi yang mana tidak menyatakan bahawa mereka (murid Tingkatan 4) dibolehkan mengambil semua mata pelajaran yang mereka inginkan.

      Untuk pertanyaan lebih lanjut berkaitan perkara ini, anda boleh mengemukakan pertanyaan terus kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.

      Delete
  8. Salam..izinkan saya bertanya..adakah pada tahun 2020, subjek Pendidikan Seni Visual Tahun 4 juga dikenali sebagai PKS yang menggabungkan seni dan muzik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Nama mata pelajaran tersebut yang menggabungkan pembelajaran pendidikan seni dan muzik bukan PKS. Ia dipanggil atau dinamakan sebagai Pendidikan Kesenian (PS.

      Ia dilaksanakan mulai tahun depan (2020) berdasarkan pelaksanaan KSSR Semakan secara berperingkat yang mana untuk tahun depan, murid-murid Tahun 4 akan menggunakan kurikulum baharu ini.

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post

BACA JUGA