"Saya
menghargai usaha Cikgu Suhaimin ini yang berkongsi aktiviti-aktiviti
Pembelajaran Abad ke 21. Terima kasih cikgu" - Datuk Dr Amin
Senin.
Ya. Itulah hantaran yang dinyatakan di laman Facebook beliau. Ini berikutan grafik PAK-21 yang aku kongsikan menjadi tular pada waktu itu sehingga mencecah 357k bacaan dan 25k perkongsian di laman sosial. Alhamdulillah.
Aku tidak tahu akan
perkara ini, tetapi pada waktu itu, Mentorku yang juga pensyarah Jabatan
Pengajian Melayu IPG Kampus Tawau, Dr. Effendy bin Yusuff memberi tahu kepada
aku melalui aplikasi Whatsapp.
Datuk
Dr Amin Senin memberikan aku
suntikan semangat untuk terus berkongsi berkaitan dunia pendidikan.
Kata-kata John F. Kennedy, Presiden Amerika
Syarikat ke-35:
"Jangan
tanya apa sumbangan negara kepada kita, tanya pada diri apa sumbangan kita pada
negara"
Ya.
Selagi mana aku boleh berkongsi, Insya-Allah aku akan kongsi kerana dari Abu
Hurairah ra, Nabi Muhammad SAW, bersabda:
"Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan
melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat.
Barangsiapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan
memudahkannya di dunia dan di akhirat.
Barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya
di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya
itu suka menolong saudaranya”.
(HR. Muslim)
Bagiku,
ucapan terima kasih beliau kepadaku membawa erti yang mendalam. Bukanlah meminta untuk
dihargai dan sama sekali bukan berniat untuk dipuji. Tetapi, aku sebagai guru
biasa (guru pelatih IPG Semester 5 pada waktu itu) sangat terharu dengan
penghargaan yang diberikan oleh beliau yang merupakan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
'SAMA-SAMA
DATUK'.
Semoga apa yang aku kongsikan dalam blog Cikgu Suhaimin ini menjadi amal jariahku dan memberikan manfaat kepada semua orang yang membacanya. Aamiin.
Semoga apa yang aku kongsikan dalam blog Cikgu Suhaimin ini menjadi amal jariahku dan memberikan manfaat kepada semua orang yang membacanya. Aamiin.
Catat Ulasan