Buku Rujukan Utama Sepanjang Menjalani Praktikum inilah yang diri ini gunakan dalam menyediakan soalan-soalan dan latihan kepada murid-murid sepanjang diri ini menjalani praktikum Fasa I dan II iaitu selama tiga bulan (12 minggu).

Diri ini menjalani Pratikum Fasa I di SK Batu 4, Tawau bermula 3 Julai sehingga 29 September 2017.

SK Batu 4, Tawau, Sabah

Manakala, bagi Praktikum Fasa II, diri ini berkhidmat di SK Ranggu, Tawau bermula 30 Julai sehingga 26 Oktober 2018.

SK Ranggu, Tawau, Sabah

Diri ini sangat suka bab-bab dokumentasi ni untuk tujuan perekodan. Ya la, nampak kemas, sistematik dan cantik (harap-harap dah betul-betul berkhidmat kat sekolah nanti, diri ini masih mengekalkan momentum ini, aamiin). Jadi, diri ini pun mengimbas semua buku rujukan yang diri ini gunakan menggunakan mesin pencetak yang sangat banyak berbakti (Epson L360) untuk tujuan dokumentasi dalam Fail Praktikum.

Memandangkan diri ini mengajar Bahasa Melayu (BM) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Tahun 4 dan Tahun 5, inilah antara buku yang dirujuk.

















































Sekarang, diri ini bersama rakan-rakan graduan IPG PISMP Ambilan Jun 2015 menantikan hebahan untuk urusan penempatan kami di sekolah rendah. Doakan semoga segala urusan kami dipermudahkan olehNya. Aamiin.

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA