Templat PBD Sekolah Rendah Kegunaan Tahun 2021 ini saya kongsikan melalui sumber utama iaitu daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran. Sehubungan dengan itu, PBD harus dilaporkan sekurang-kurangnya dua kali setahun menggunakan templat yang disediakan oleh BPK, KPM.



Templat Pentaksiran Bilik Darkah (PBD) ini khusus untuk kegunaan semua sekolah rendah bagi tahun ini (2021). Ini kerana, tahun ini merupakan tahun terakhir templat PBD bagi murid Tahun 6 yang sedia ada diguna pakai selaras dengan pelaksanaan KSSR Semakan secara menyeluruh pada tahun depan (2022).

Berikut dikongsikan templat PBD ini berformatkan fail XLS:

  1. Templat PBD Tahun 1 (KSSR Semakan) - digunakan mulai tahun 2017
  2. Templat PDB Tahun 2 (KSSR Semakan) - digunakan mulai tahun 2018
  3. Templat PBD Tahun 3 (KSSR Semakan) - digunakan mulai tahun 2019
  4. Templat PBD Tahun 4 (KSSR Semakan) - digunakan mulai tahun 2020
  5. Templat PBD Tahun 5 (KSSR Semakan) - digunakan mulai tahun 2021
  6. Templat PBD Tahun 6 (KSSR) - tidak lagi digunakan mulai tahun 2022
Sekian.

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA