Pengalaman Menerima Suntikan Vaksin Covid-19

Perkongsian Pengalaman Menerima Suntikan Vaksin Covid-19 adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri setelah mendapat suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer pada 9 Jun 2021 yang lalu (dos pertama) dan 30 Jun 2021 (dos kedua) bertempat di Dewan Sri Perdana, Lahad Datu, Sabah 

Baiklah, berikut merupakan informasi ringkas berkaitan vaksin Covid-19 yang dipetik daripada portal rasmi MySejahtera.

Kepentingan vaksin Covid-19

Vaksin COVID-19 diberikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk mengawal penularan penyakit COVID-19. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang lebih teruk. Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi.

Sasaran

Semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun yang layak boleh menerima vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech. Keutamaan diberikan kepada petugas barisan hadapan, mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 seperti warga emas, pesakit dengan masalah perubatan seperti pesakit jantung, kencing manis, darah tinggi, asthma, kanser dan sebagainya.

Hukum Pengambilan Vaksin Covid-19

Daripada aspek agama Islam, Majlis Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember 2020 mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah HARUS dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Pengalaman

Saya telah mendaftarkan diri saya sebagai penerima vaksin Covid-19 pada 6 Mei 2021 yang lalu melalui aplikasi mudah alih MySejahtera yang telah disediakan oleh Kerajaan Malaysia.

Dalam kes saya, saya tidak menerima sebarang pemakluman berkaitan tarikh janji temu saya untuk mendapatkan vaksin ini sama ada melalui panggilan atau e-mel. Saya mengetahui tarikh janji temu saya ini apabila saya menyemak sendiri di aplikasi MySejahtera dua hari sebelum tarikh janji temu saya menerima vaksin dos pertama iaitu seperti gambar di bawah:


Dokumen yang perlu dibawa ke pusat penerimaan vaksin adalah kad pengenalan dan telefon pintar yang mempunyai aplikasi mudah alih MySejahtera (untuk melihat sejarah dan status risiko diri kita).

Secara ringkasnya, proses kerja pemberian vaksin COVID-19 di sesebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) adalah seperti berikut:

  1. Stesen 1: Saringan gejala dan suhu
  2. Stesen 2: Pendaftaran
  3. Stesen 3: Kaunseling dan Persetujuan Imunisasi
  4. Stesen 4 : Suntikan vaksin COVID-19
  5. Stesen 5: Pemerhatian

Berikut dikongsikan pengalaman saya mengikut setiap stesen dalam penerimaan suntikan vaksin Covid-19:

Stesen 1 - Saringan Gegala dan Suhu

Seperti biasa, saringan gegala dan suhu akan diambil sebelum memasuki pust pemberian vaksin ini. Alhamdulillah, saya tidak mengalami gegala atau sebarang simptom dan suhu badan yang normal.

Stesen 2 - Pendaftaran

Stesen kedua yang mana kita perlu  menunjukkan kad pengenalan diri dan aplikasi MySejahtera di kaunter pendaftaran kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertugas di stesen tersebut.

Setelah urusan tersebut selesai, saya bersama penerima vaksin yang lain menunggu untuk dipanggil masuk ke dalam dewan (pusat vaksin).

Stesen 3 - Kaunseling dan Persetujuan Imunisasi

Di stesen ini, kita akan diterangkan berkaitan maklumat vaksin yang akan kita terima termasuklah jenis vaksin (dalam kes saya, saya menerima vaksin jenis Pfizer).

Maklumat atau sejarah kesihatan dan bacaan tekanan darah akan diambil dan dua borang akan diagihkan kepada kita oleh petugas KKM iaitu seperti berikut:

  1. Borang Persetujuan Suntikan Vaksin Covid-19
  2. Borang Saringan Penerima Vaksin Covid-19 di Zon Pemberian Vaksin

Berikut dikongsikan gambar borang tersebut:

Borang Persetujuan Suntikan Vaksin Covid-19

Borang Saringan Penerima Vaksin Covid-19 di Zon Pemberian Vaksin
Borang Saringan Penerima Vaksin Covid-19 di Zon Pemberian Vaksin m/s 1

Borang Saringan Penerima Vaksin Covid-19 di Zon Pemberian Vaksin m/s 2

Borang Saringan Penerima Vaksin Covid-19 di Zon Pemberian Vaksin m/s 3

Stesen 4 : Suntikan vaksin COVID-19


Stesen yang paling penting iaitu penerimaan suntikan vaksin Covid-19. Alhamdulillah, selesai menerima suntikan vaksin tanpa sebarang masalah.

Stesen 5: Pemerhatian

Setelah menerima suntikan vaksin, saya berada di ruang pemerhatian oleh pegawai yang bertugas dalam tempoh 15 minit kemudian diberikan Kad Vaksinasi Covid-19 diberikan yang mana menyatakan tarikh janji temu penerimaan dos vaksin yang kedua seperti berikut:




Alhamdulillah, penerimaan suntikan vaksin Covid-19 telah selesai.

Gambar semasa menerima suntikan vaksin Covid-19 - Dos Pertama

Status penerimaan vaksin juga akan boleh disemak terus selepas menerima suntikan vaskin melalui aplikasi MySejahtera.

DOS PERTAMA



DOS KEDUA


Sijil Digital Penerimaan Vaksin Covid-19 (Lengkap 2 Dos)

Gambar semasa menerima suntikan vaksin Covid-19 - Dos Kedua

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran dan penjelasan berkaitan prosedur penerimaan vaksin khususnya kepada rakan-rakan yang belum menerima vaksin Covid-19 dan bermanfaat buat semua.

Sekian.

Assalamualaikum W.B.T

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA