Perkongsian hantaran (posting) Tawaran Pelantikan, Pengesahan Pelantikan dan Pengesahan Perkhidmatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai salah seorang penjawat awam yang berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Baiklah. Sebagai seorang graduan Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau yang berjaya menamatkan pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan lulus temu duga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan dilantik sebagai pendidik yang menjawat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan lantikan tetap dengan gred permulaan iaitu DG41.


Selepas mendapat surat tawaran pelantikan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan surat penempatan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing, jangan ingat sudah dilantik dan tetap menjadi penjawat awam ya. Sebab, banyak lagi proses yang kena dilalui untuk kita BETUL-BETUL dilantik sebagai penjawat awam iaitu kena melalui dua lagi proses yang sangat penting dalam perkhidmatan kita iaitu Pengesahan Pelantikan dan Pengesahan dalam Perkhidmatan.

  1. Pelantikan (proses pertama)
  2. Pengesahan Pelantikan (proses kedua)
  3. Pengesahan dalam Perkhidmatan (Pengesahan Jawatan) - (proses ketiga)

Tawaran Pelantikan

Untuk dilantik sebagai PPP, kena melalui dan LULUS temu duga yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Setelah lulus, barulah Surat Pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) akan diberikan melalui semakan masing-masing di portal yang disediakan oleh SPP. 

Semakan Keputusan Temu dugaku

Surat Tawaran Pelantikan



Setelah mendapat surat tawaran pelantikan pula, akan mendapat Surat Penempatan. Surat Penempatan ini dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang mana menyatakan tempat kita berkhidmat (sekolah).

Surat Penempatan daripada JPN Sabah


Surat Panggilan Taklimat Penempatan oleh JPN




Pengesahan Pelantikan

Setelah mendapat Surat Tawaran Pelantikan daripada SPP dan Surat Penempatan daripada JPN, kita perlu melapor diri di tempat yang telah ditetapkan dalam Surat Penempatan kita untuk melalui proses yang seterusnya iaitu pengesahan pelantikan.

Urusan ini bermula setelah pegawai melapor diri dan telah mengemukakan dokumen penting kepada Ketua Jabatan (Guru Besar/Pengetua) masing-masing seperti berikut:

  1. Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan
  2. Surat Akuan Sumpah
  3. Surat Akuan Doktor

Setelah Ketua Jabatan menerima borang-borang ini, dokumen-dokumen ini akan dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah rendah manakala bagi sekolah menengah pula, urusan ini dilakukan sendiri di sekolah tersebut untuk urusan Pengesahan Pelantikan kita.

Macam saya yang merupakan seorang guru sekolah rendah, pegawai yang bertanggungjawab mengemukakan dokumen-dokumen saya kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) ialah Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Then, tunggulah dalam sebulan dua. Insya-Allah sudah boleh membuat semakan status sama ada pelantikan kita sudah disahkan di portal rasmi SPP. Setelah semak, PASTIKAN muat turun dan cetak surat pengesahan pelantikan tersebut.

Surat Pengesahan Pelantikan


Pengesahan dalam Perkhidmatan

Proses yang terakhir sekali dalam urusan pelantikan iaitu pengesahan dalam perkhidmatan. Kita perlu disahkan dalam perkhidmatan kita sebagai PPP dalam tempoh percubaan iaitu satu sehingga tiga tahun dari tarikh kita mula dilantik (rujuk tarikh Pengesahan Pelantikan, bukannya tarikh Pelantikan) yang mana dalam tempoh ini, kita WAJIB mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) - Sumber: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2012 - PROGRAM TRANSFORMASI MINDA .

Program Transformasi Minda ini telah menjadi syarat utama untuk kita disahkan dalam perkhidmatan yang mana kita perlu ikutinya selama lima hari.

Pegawai yang disyaratkan mengikuti PTM ini adalah seperti berikut:

  1. Pegawai lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam
  2. Pegawai dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi - Modul Umum.
Untuk mengikuti kursus Program Transformasi Minda (PTM) ini ialah MESTI telah mendapat surat pengesahan pelantikan. Urusan pemilihan nama pegawai untuk menyertai Program Transformasi Minda (PTM) ini dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing sebaik sahaja pengumuman daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dikeluarkan berkaitan pelaksanaan program PTM ini.

Catatan pengalaman saya sepanjang menyertai Program Transformasi Minda ini boleh dibaca melalui pautan (link) DI SINI.






Sekian perkongsian daripada saya. Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

"KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI"

4 Ulasan

  1. Saya cuma ada surat tawaran perlantikan dan seterusnya pemberitahuan perlantikan serta pengesahan jawatan. Tiada pula pengesahan perlantikan pada tahun 1999.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pemberitahuan perlantikan sama ja dengan pengesahan perlantikan

      Padam
    2. Sama dengan saya

      Padam
  2. mcm mana nk dpt surat penempatan dari jpn? lepas dpt surat pelantikan kene tunggu hingga berapa hari baru dpt surat penempatan dari jpn?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA