Pengalaman menyertai Program Transformasi Minda

Perkongsian artikel Pengalaman menyertai Program Transformasi Minda (PTM) ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri menyertai PTM Siri 3 iaitu pada 24 sehingga 28 Ogos 2020 bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah.


Sebagai guru baharu yang baru menjawat jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) lantikan tetap, sangat penting untuk menyertai program ini yang mana merupakan salah satu syarat untuk kita disahkan dalam perkhidmatan (Sumber: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2012 - PROGRAM TRANSFORMASI MINDA)

Syarat utama untuk layak menyertai Program Transformasi Minda (PTM) ini ialah telah mendapat Surat Pengesahan Pelantikan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). 

Surat Pengesahan Pelantikan daripada SPP
Borang Permohonan Mengikuti PTM

Pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan menghubungi sekolah dan memaklumkan berkaitan PTM ini melalui e-mel rasmi sekolah masing-masing.

Alhamdulillah, kriteria itulah yang melayakkan saya menyertai PTM Siri 3 ini. Kenapa Siri 3? Ini kerana PTM di IPG Kampus Tawau telah berlangsung yang mana dibahagikan kepada tiga siri pelaksanaan, iaitu Siri 1, Siri 2 dan Siri 3 (yang saya sertai).



Baiklah, pengenalan berkaitan PTM sudah saya jelaskan secara ringkas. Mau cerita pengalaman menyertai PTM ni pulak

Jadual PTM Siri 3/2020 IPG Kampus Tawau

Saya mengikuti PTM ini juga di tempat pengajianku sendiri, iaitu IPG Kampus Tawau yang berlangsung selama 5 hari 4 malam bermula pada 24 September dan berakhir pada 28 September 2020.




Program Transformasi Minda ini dibahagikan kepada tiga segmen utama ialah seperti berikut:

  1. Segmen I : Negara dan Perkhidmatan Awam
  2. Segmen II : Tanggungjawab Dan Peranan Pegawai
  3. Segmen III : Budaya Kerja Kelas Pertama

Segmen pertama iaitu Negara dan Perkhidmatan Awam dibahagikan kepada empat slot iaitu:

  1. Overview Perkhidmatan Awam
  2. Sistem Pentadbiran Negara
  3. Hala Tuju Negara
  4. Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia

Manakala segmen kedua iaitu Tanggungjawab dan Peranan Pegawai yang dibahagikan kepada slot berikut:

  1. Peranan dan Kemudahan Pegawai Awam
  2. Pengurusan Integriti dan Keselamatan
  3. Tatakelakuan dan Tatatertib Perkhidmatan Awam
  4. Laluan Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam

Bagi segmen ketiga, iaitu segmen yang terakhir dalam PTM ini dibahagikan kepada slot berikut:

  1. Pengenalan Kepada Kompetensi Generik iaitu merangkumi perkara berikut:
    1. Ketrampilan Diri
    2. Mengutamakan Masyarakat
    3. Pengurusan Pelanggan
    4. Pemikiran Kritis dan Inovatif
Seronok mengikuti PTM ni. Bukan sahaja dapat berjumpa dengan pensyarah-pensyarah yang pernah mendidik diri ini dan mendapat ilmu (nantilah saya cerita isi kandungan setiap slot, banyak tu 🤣), dapat jugak jumpa kawan-kawan baharu. Ini antara geng baharu saya iaitu ahli daripada kumpulan 7 :
  1. Mohd Fikri bin Osin
  2. Mohd Suhaimin bin Isnen (saya)
  3. Shahfina binti Kamisama
  4. Nur Izatul Shakillah binti Abdul Latif
  5. Sharifah Edora binti Jakaria
  6. Prescilla Petrus
  7. Paisah binti Pabinteng
  8. Masmerah binti Iben
  9. Royle bin Edwin
  10. Siti Aisyah binti Abdul Rahman
  11. Azrul Nizam Yucque bin Azral

Persembahan Kumpulan 7



Seronok bekerjasama dengan dorang. Santai jak (rasanya la 🤣). Ba, nanti saya sambung cerita pengalaman ini. Tengoklah gambar-gambar kami sepanjang PTM ni berlangsung 🤣. Saya simpan dalam blog ni untuk tatapan (kenangan) pada masa akan datang (Insya-Allah).





dapat menetap di bilik saya yang dulu 🤣

Kolej Kediaman Wisma Semarak


Pemandangan senja - balik daripada kursus PTM, cantik kan?




















Bersama pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP), insan-insan yang banyak membimbingku

Bersama Encik Abdullah Musa





Bersama Kak Mar, PA Pengarah IPG Kampus Tawau, orang yang banyak membantuku dalam urusan surat-menyurat dan protokol majlis rasmi


Bersama Dr. Ismail Hussin, Pn. Noraini Zakaria dan Dr. Asri Ispal








Majlis Penutupan PTM Siri 3

Bacaan doa - Majlis Penutupan PTM Siri 3

Majlis Penutupan PTM Siri 3

Bersama Pn. Hajah Patimah binti Hj. Dullah, pensyarah dan mentorku)




Sekarang, masih dalam status menunggu Surat Pengesahan dalam Perkhidmatan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Doakan semoga urusan kami ini dipermudah dan dipercepatkan. Aamiin. Nanti, apabila sudah dapat surat pengesahan pelantikan ni, baru saya kongsikan kandungan kursus PTM ni ya. Insya-Allah.

Sekian. 🤣 Assalamualaikum.

1 Ulasan

  1. Tahniah tuan, terima kasih diatas perkongsian ilmu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA