Taklimat dan PLC Ketua Panitia Bahasa Melayu Sekolah Rendah Daerah Lahad Datu Tahun 2020

Tarikh: 29 Januari 2020
Masa: 08:30 pagi - 04:00 petang
Tempat: Bilik Gerakan OPTIMA, Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu, Sabah

Taklimat dan Professional Learning Community (PLC) atau Komuniti Pembelajaran Profesional ini dianjurkan di bawah Unit Bahasa dan di bawah tanggungjawab Puan Ho Fui Lu yang merupakan Timbalan Sektor Pembelajaran PPD LD.

Taklimat ini telah dipengerusikan oleh Puan Subaeda binti Muharam, Pegawai SISC+ Unit Bahasa (Bahasa Melayu), PPD Lahad Datu.

Aktiviti ini adalah khusus untuk guru-guru yang menjawat jawatan Ketua Panitia Bahasa Melayu Sekolah Rendah di sekolah bagi tahun 2020 di daerah Lahad Datu dan saya merupakan salah seorang peserta yang terlibat, iaitu Ketua Panitia Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Sri Pantai.



Berikut merupakan agenda sepanjang taklimat dan PLC tersebut berlangsung:



Untuk makluman, sekolah rendah di daerah Lahad Datu dibahagikan kepada enam zon iaitu seperti berikut:
  1. Zon Felda
  2. Zon Tungku
  3. Zon Silabukan
  4. Zon Bandar
  5. Zon Silam
  6. Zon Segama
  1. Zon Felda
    1. SK Cenderawasih
    2. SK Fajar
    3. SK Lok Buani
    4. SK Sahabat 4
    5. SK Sahabat 16
    6. SK Tanjung Labian
    7. SK Tambisan
  2. Zon Tungku
    1. SK Bangigod
    2. SK Sahabat II
    3. SK Sri Darun
    4. SK Sri Pantai
    5. SK Tungku
    6. SK Ulu Tungku
    7. SK Telisai
  3. Zon Silabukan
    1. SK Bakapit
    2. SK Bikang
    3. SK Binuang
    4. SK Permai
    5. SK Sabah Cocoa
    6. SK Silabukan
    7. SK St. Stephen
    8. SJKC Sin Wah
  4. Zon Bandar
    1. SK Lahad Datu II
    2. SK Lahad Datu III
    3. SK Pekan
    4. SK St. Dominic
    5. SK Tanjung Paras
    6. SJKC Chee Vun
    7. SJKC Siew Ching
  5. Zon Silam
    1. SK Kennedy Bay
    2. SK Lahad Datu IV
    3. SK Payang
    4. SK Sepagaya
    5. SK Silam
    6. SK Terusan
    7. SK Unico Desa
  6. Zon Segama
    1. SK Amalania
    2. SK Batu 6 1/2 Segama
    3. SK Bukit Balacon
    4. SK Jeroco
    5. SK Tawaiyari
    6. SJKC Kiau Shing
    7. SJKC Yuk Choi
Antara slaid yang dikongsikan:







Gambar pelaksanaan taklimat dan PLC:


Perkongsian inovasi Roda F&N daripada Puan Tiew Sor Wai, guru dari SMK Sepagaya Lahad Datu. Inovasi ini  telah dipertandingkan pada peringkat kebangsaan dan telah mendapat tempat kedua.

Perkongsian beliau adalah berkaitan inovasi yang dapat membantu murid-murid dalam mengenal pasti pola ayat sama ada pola ayat tersebut terdiri daripada pola ayat seperti berikut:
  1. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
  2. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
  3. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
  4. Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FS)



Sesi perkongsian terbaik yang bertajuk Masalah Pembelajaran daripada Puan Hamriah binti Haji Nurdin, Guru Pemulihan Khas PPD Lahad Datu yang juga merupakan guru dari Sekolah Kebangsaan Telisai, Lahad Datu iaitu guru yang sangat berpengalaman berkaitan pemulihan, pengenalpastian kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran dan bergiat aktif dalam program-program pemulihan.


Banyak informasi yang telah kami dapat sepanjang perkongsian ini untuk mengukuhkan lagi bidang kepanitiaan Bahasa Melayu yang dapat meningkatkan kompetensi kami sebagai Ketua Panitia Bahasa Melayu khususnya dalam bidang pengurusan, pendokumentasian dan pelaporan, penganjuran aktiviti dan program-program kebahasaan.

Melalui PLC ini juga, kami dapat berkongsi bahan-bahan yang berkaitan dengan ilmu bahasa Melayu dan juga pemantapan dari beberapa aspek tatabahasa. 

Semoga dengan perkongsian seperti ini dapat meningkatkan lagi kualiti guru khususnya kepada guru novis yang baru berkhidmat dalam profesion ini seperti saya sendiri yang juga menjawat jawatan Ketua Panitia agar kami dapat memastikan kemenjadian murid tercapai terutamanya dari aspek kurikulum dan kokurikulum.



Sekian, terima kasih.

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA