PDPA Bahasa Melayu Tahun 5 SK Sri Pantai, Lahad Datu, Sabah.

Saya kongsikan perkara ini di dalam blog saya untuk rujukan saya sebagai catatan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Alternatif (PDPA) saya bersama murid-murid di tempat saya berkhidmat sebagai seorang pendidik iaitu di Sekolah Kebangsaan Sri Pantai, Lahad Datu, Sabah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP) yang sedang berkuat kuasa ketika ini.

7 APRIL 2020 (SELASA)

Tatabahasa: Kata Penguat

Platform pembelajaran yang saya gunakan untuk melaksanakan PDPA ini ialah aplikasi Whatsapp (Whatsapp Group) dan Google Form.

Untuk Tahun 5, kata penguat belum diajarkan lagi (berdasarkan DSKP KSSR Bahasa Malaysia Tahun 5) tetapi ini dijadikan sebagai pengenalan latihan kepada mereka dalam aspek tatabahasa Bahasa Melayu).

Saya memberikan dua bentuk tugasan kepada mereka iaitu seperti berikut:

1. Menulis nota - saya menghantar nota ringkas bagi tajuk penguat dalam bentuk gambar dan mereka salin di buku nota Bahasa Melayu. Setelah siap, mereka menghantar nota yang telah disiapkan dalam bentuk gambar kepada saya melalui Whatsapp.

2. Menjawab soalan latih tubi - Murid-murid menjawab soalan latih tubi bagi kata penguat menggunakan Google Form yang saya berikan. Semakan secara automatik kerana saya menyediakan soalan, mereka jawab dan mereka terus akan dapat menyemak jawapan mereka (anak-anak didik dan ibu bapa dapat melihat markah dan pembetulan pada setiap soalan yang telah dijawab) dan markah bagi murid yang telah menjawab soalan ini akan terus direkod pada bahagian responses Google Form saya. Itulah salah satu sebab saya suka sangat menggunakan Google Form ini.

Hasilnya, alhamdulillah, ibu bapa dan anak-anak didik memberikan kerjasama yang sangat baik kepada kami, guru-guru SK Sri Pantai.

Setakat ini, bilangan murid Tahun 5 SK Sri Pantai yang telah memberikan respons dan menjawab soalan yang diberikan ialah seramai 15 orang.

Sangat terharu dengan kesungguhan ibu bapa memberikan maklum balas dan kerjasama dengan hanya satu tujuan iaitu anak-anak di rumah dapat BELAJAR. Alhamdulillah. Semoga anak-anak ini dapat berbakti kepada ibu bapa dan orang lain. Aamiin.












Terdapat kesilapan ejaan di sini iaitu "darat", sepatutnya "dapat", 😅

Catatan: hari ini rajin post di blog. 🤣🤣🤣



maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA