9 Perubahan dalam Institut Pendidikan Guru (IPG) ini dikongsikan berdasarkan beberapa perubahan yang saya dapat kenal pasti telah berlaku dalam Institut Pendidikan Guru.

Maklumat dalam post ini juga telah disahkan kesahihannya oleh pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sendiri selaku institusi induk bagi IPG seluruh malaysia setelah saya mengajukan soalan berkaitan perkara ini melalui email yang mana telah dijawab oleh Puan Nur Krismarina bt. Abd. Karim, Ketua Penolong Pengarah, Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk itu, jutaan terima kasih kepada pihak IPGM kerana sudi memberikan maklumat yang tepat ini.

Baiklah, berikut merupakan 9 perubahan dalam IPG setakat ini (sehingga hari ini, 10 November 2019). 

Sekadar makluman, saya akan sentiasa mengemas kini post ini dari semasa ke semasa sekiranya berlaku sebarang penambahan atau perubahan dalam IPG.

1. Logo IPG yang terkini. 



Masih banyak pihak yang salah menggunakan logo IPG ini yang mana mereka menggunakan logo IPG yang terdahulu. Rujuk gambar di bawah berkaitan logo IPG yang terkini.






2. Istilah Siswa Guru. 



Dahulu, istilah yang digunakan untuk merujuk kepada individu yang sedang menjalani latihan perguruan di IPG dipanggil Guru Pelatih, Siswa Pendidik. Kini, istilah yang digunakan ialah Siswa Guru.

NAMUN, penggunaan istilah ini TIDAK WAJIB DIGUNA PAKAI yang mana telah dinyatakan sendiri iaitu Mengikut Akta 174, tiada istilah siswa pendidik atau guru pelatih bagi pelajar yang mengikuti program/kursus pra perkhidmatan di IPG. Istilah yang digunakan adalah “Pelajar”. (Rujuk Tafsiran per: 2) Akta 174. Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 ( Sebagai mana pada 1 Jun 2019)

3. Syarat Kelayakan Kemasukan ke PISMP. 

Semasa saya memohon IPG dahulu (2014), syarat kelayakan adalah hanya DUA mata pelajaran yang perlu mendapat gred kepujian, iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah di samping minimum mendapat 5A dalam SPM.


Kini, salah satu syarat kemasukan ke IPG ialah calon mestilah sekurang-kurangnya mendapat gred kepujian (C) dalam SPM iaitu bagi TIGA mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris.

4. Bilangan IPG. 



Tidak ada berlaku pengurangan IPG yang mana 27 IPG masih menjalankan fungsinya sebagai pusat latihan untuk bakal guru dan guru menjalani latihan perguruan.

5. 1 Tahun, 3 Semester pengajian.

Perkara ini adalah berdasarkan surat edaran daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia kepada semua pengarah IPG seluruh Malaysia bertarikh 11 Oktober 2019.

Dahulu, 1 tahun hanyalah 2 semester sahaja iaitu merangkumi Semester 1 (Januari hingga Mei) dan Semester 2 (Jun hingga November). 




Mulai tahun depan (2020), pengajian di IPG dipecahkan kepada TIGA SEMESTER dalam setahun iaitu Semester 1 bermula pada bulan Januari hingga Mei, Semester 2 bermula pada bulan Jun hingga Oktober dan Semester 3 bermula pada bulan November hingga Disember).

  1. Januari - Mei
  2. Jun - Oktober
  3. November - Disember

Pembaharuan ini dilaksanakan disebabkan Dasar Cuti Rehat Tahunan Pensyarah yang juga akan dilaksanakan bermula pada Januari 2020.

Ini bermakna, keseluruhan semester pengajian adalah sebanyak 15 semester bagi 1 tahun (PPISMP) dan 4 tahun (PISMP) bagi pelajar mulai PISMP Ambilan Jun 2021. Tempoh pengajian adalah tertakluk kepada kredit bergaduat yg ditetapkan.

  1. Bagi Ambilan PISMP Jun 2020: 2 semester (PPISMP ) 12 semester (PISMP)
  2. Bagi Ambilan PPISMP Jun 2021: 3 semester (PPISMP) 12 semester (PISMP)


6. Program Transformasi Minda (PTM). 


Kini, siswa guru IPG dapat menyertai PTM ini semasa dalam pengajian di IPG.


Ini bermaksud, untuk urusan pengesahan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41, mereka tidak perlu memohon/menyertai PTM setelah dilantik menjadi guru.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memberikan kebenaran melaksanakan Program Transformasi Minda (PTM) kepada guru pelatih IPG dan akan dilaksanakan mulai November 2019.

Ini bermakna, guru pelatih yang telah menghadiri PTM TIDAK PERLU LAGI menghadiri program yang sama selepas dilantik dengan merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012.

7. Elaun. 



Elaun Sara Hidup bagi siswa guru IPG MASIH DIKEKALKAN sehingga kini iaitu pelajar PPISMP dan PISMP menerima jumlah yang sama sebanyak RM430 sebulan.

8. Bulan pengambilan calon guru Tajaan KPM. 



Ini susulan daripada pelaksanaan 1 tahun 3 semester mulai tahun depan. Bulan pengambilan calon guru MASIH DIKEKALKAN, iaitu pada bulan Jun setiap tahun.

9. Permohonan kemasukan ke IPG Melalui UPUOnline. 



Ini adalah berdasarkan Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 18 Oktober 2019.

Mulai Oktober 2019 ini, permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru tidak lagi dilakukan di portalnya yang terdahulu (pismp.moe.gov.my/) sebaliknya calon perlu memohon di portal UPUOnline, seperti permohonan untuk memasuki ke IPTA yang lain. Ini termasuklah kemasukan ke Kolej Matrikulasi.

Sekian, semoga perkongsian ini memberikan informasi terkini kepada anda semua berkaitan Institut Pendidikan Guru di Malaysia ini.

Sebarang pertanyaan lebih lanjut boleh kemukakan pada ruangan maklum balas/komen di bawah. Terima kasih.

18 Comments

  1. Cikgu nk tanya kalau mcm tu 1tahun 3semester pelajar yg sedia ada skrg sem3 dpt graduate awal tak?

    ReplyDelete
  2. Banyak juga perubahan pada IPG yang tidak diketahui, TQ atas perkongsian

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum cg....bleh saya minta tlg cg...subjek mata pelajaran apekah yg memerlukan intake yg tinggi pada thun hadapan???
    Dan sekiranya cg tidak thu...dimanakah bleh saya dapatkan jawapan itu??

    ReplyDelete
  4. Boleh saya tahu sumber mana Cg ambil mengenai sistem semsester baharu ini iaitu 15 Sem?

    ReplyDelete
  5. Betul ke kalau tak dapat 5A tak dapat masuk ipg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul. Calon perlulah sekurang-kurangnya mendapat 5A dalam SPM.

      Delete
  6. Berkaitan PTM, adakah guru yg mengikuti Program Diploma Pascasiswa Pendidikan akan di buat ketika di IPG juga? Mohon respon..

    ReplyDelete
  7. Salam cikgu, saya lepasan spm 2017 kini sedang mengikuti tahun pertama ijazah kejuruteraan di uitm shah alam. Saya masih boleh mendaftar ipg lagi ke walaupun umur saya masih tidak mencecah 20 tahun pada tarikh mendaftar?

    ReplyDelete
  8. Saya mendapat 6A(bm,bi,math,pi,sej,fizik)tapi addmath saya b+, bolehkah saya pohon untuk menjadi cikgu math di sek rendah?

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum cikgu... Saya nak Tanya... Betulke.pemohon kena dpt sekurang kurangnya 75% keatas markah merit untk kemasukan tahun 202o.. Kalau betul, bagaimana pula dengan pemohon Yang melepasi syarat yg mendapt 5A tetapi mendapt markah merit 60% lebih.. Mohon pencerahan ye cikgu..

    ReplyDelete
  10. Sy dah dpt twrn thun ni and dah lalui ujian dan buat video, klw x dtrima msuk thun ni, bleh x thun dpn cuba lgi?

    ReplyDelete
  11. Ckg bank yg digunakan di setiap ipg utk masukkan elaun tu lain2 ke ?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.Cikgu betul ke klau dh dpat ipg tkkn dpt U dh?

    ReplyDelete
  13. cikgu...boleh tolong terangkan procedure rayuan pertukaran kampus tak?perlu berhubung dengan bahagian mana..

    ReplyDelete
  14. Hai semua

    Nama saya FRADESY RIRITIA, saya berasal dari indonesia, saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu anda semua kebenaran, setiap orang yang anda lihat pada catatan mereka di blog dan laman web ini adalah pencuri (SCAMMERS), saya telah menjadi mangsa cerita mereka dan mereka telah merosakkan hidup saya.
    Saya tidak di sini untuk memberitahu anda kisah bagaimana saya ditipu dan bagaimana saya kehilangan banyak wang kepada mereka.

    Saya di sini untuk memberitahu anda SYARIKAT PINJAMAN sebenar dan sahajalah yang ALLAH hantar untuk mengubah hidup saya, mereka adalah SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL, mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen yang diiktiraf dan dibiayai oleh WORLD BANK.

    Mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen, mereka mempunyai terma dan syarat pinjaman yang cukup besar, untuk menutup semua pinjaman mereka mampu dimiliki dan cepat dilunaskan tidak seperti syarikat palsu lain yang anda lihat di sini dalam talian yang akan mengambil wang anda tanpa mengeluarkan pinjaman anda,
    Tolong jangan tertipu oleh saksi yang mempunyai nombor dan whatsapp indonesia, semuanya penipu, bagaimana syarikat individu boleh memberi pinjaman ?, itu harus menjadi pertanyaan pertama anda.

    Rakan-rakan saya di Asia, saya mohon anda mendengarkan saya ketika saya bersumpah kepada anda dengan nama Allah, bahawa saya mengatakan kepada anda semua kebenaran, Syarikat ALL GLOBAL GRANT LOAN, satu-satunya syarikat yang boleh dipercayai dan mereka akan memastikan anda menerima pinjaman anda setelah anda menyelesaikan proses pinjaman seperti yang diperlukan.
    Mengapa anda tidak menjadi antara berita baik ini dengan menghubungi mereka segera sekiranya anda SANGAT MENARIK untuk meninggalkan perjuangan kewangan anda dan meningkatkan tahap kehidupan anda, berikut adalah EMAIL allglobalgrantloan@gmail.com mereka.

    Anda bebas menghubungi saya di EMAIL fradesyriritia12@gmail.com saya untuk maklumat lebih lanjut, saya dengan senang hati akan mendengar anda berkongsi kisah kebahagiaan anda sendiri.
    Terima kasih semua, dan semoga ALLAH memberkati SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL kerana memberi saya kegembiraan baru ini.

    NAMA Syarikat: SEMUA PINJAMAN GRANT GLOBAL
    syarikat: allglobalgrantloan@gmail.com
    Whatsapp Syarikat: +1 (304) 997-4034
    E-mel saya: fradesyriritia12@gmail.com

    ReplyDelete
  15. SAYA MENYAMBUT ANDA SEMUA DI PAGE INI
    INI IALAH CERITA SAYA

    Saya MURNI SANTI, seorang wanita, ibu, kakak dan rakan dari (Bekasi), Indonesia, saya seorang PENGURUS ESTATE SEBENAR dan saya mengalami banyak tekanan kewangan baru-baru ini, tidak ada yang mahu meminjam wang kepada kami untuk menyelesaikan projek komersial kami yang telah dibina dalam beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa syarikat pinjaman palsu yang menuntut sejumlah besar wang daripada saya tanpa kami menerima pinjaman.

    Saya kecewa, suami saya berusaha sebaik mungkin dan menolong, saya akan membunuh diri kerana kesakitan, terlalu berat untuk ditanggung dan saya kehilangan harapan, sehingga saya diperkenalkan kepada SEMUA PINJAMAN GRANT GLOBAL sebuah syarikat pinjaman yang ditaja oleh bank dunia itu sendiri.

    Saya memutuskan untuk memohon pinjaman dan menghubungi syarikat itu, pegawai pinjaman mereka yang benar-benar memberi saya harapan dan memberitahu saya jangan bimbang syarikat itu akan meminjamkan wang kepada saya, walaupun jumlah yang saya perlukan sangat besar, dan semua yang saya dapat berikan kepada mereka keperluan yang merupakan beberapa maklumat peribadi, yang saya lakukan.

    Saya melalui semua proses, mereka berjanji akan meminjamkan wang yang saya minta setelah mengesahkan saya layak untuk mendapat pinjaman, saya diminta untuk menunggu, yang paling mengejutkan adalah pinjaman yang dimasukkan ke dalam akaun saya dan saya mengesahkannya .. Kami syarikat kembali dari segi kewangan dan keluarga saya berjaya dengan baik ini menjadikan hidup saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan semua PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL
    GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com

    UNTUK MENGHUBUNGI SAYA
    NAMA Syarikat: SEMUA PINJAMAN GRANT GLOBAL
    EMAIL Syarikat: allglobalgrantloan@gmail.com.
    Whatsapp Syarikat: +1(304)997-4034
    Nama Saya: MURNI SANTI
    E-mel Saya: murnisanti55@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

BACA JUGA