9 Perubahan dalam Institut Pendidikan Guru (IPG) ini dikongsikan berdasarkan beberapa perubahan yang saya dapat kenal pasti telah berlaku dalam Institut Pendidikan Guru.

Maklumat dalam post ini juga telah disahkan kesahihannya oleh pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sendiri selaku institusi induk bagi IPG seluruh malaysia setelah saya mengajukan soalan berkaitan perkara ini melalui email yang mana telah dijawab oleh Puan Nur Krismarina bt. Abd. Karim, Ketua Penolong Pengarah, Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk itu, jutaan terima kasih kepada pihak IPGM kerana sudi memberikan maklumat yang tepat ini.

Baiklah, berikut merupakan 9 perubahan dalam IPG setakat ini (sehingga hari ini, 10 November 2019). 

Sekadar makluman, saya akan sentiasa mengemas kini post ini dari semasa ke semasa sekiranya berlaku sebarang penambahan atau perubahan dalam IPG.

1. Logo IPG yang terkini. 



Masih banyak pihak yang salah menggunakan logo IPG ini yang mana mereka menggunakan logo IPG yang terdahulu. Rujuk gambar di bawah berkaitan logo IPG yang terkini.






2. Istilah Siswa Guru. 



Dahulu, istilah yang digunakan untuk merujuk kepada individu yang sedang menjalani latihan perguruan di IPG dipanggil Guru Pelatih, Siswa Pendidik. Kini, istilah yang digunakan ialah Siswa Guru.

NAMUN, penggunaan istilah ini TIDAK WAJIB DIGUNA PAKAI yang mana telah dinyatakan sendiri iaitu Mengikut Akta 174, tiada istilah siswa pendidik atau guru pelatih bagi pelajar yang mengikuti program/kursus pra perkhidmatan di IPG. Istilah yang digunakan adalah “Pelajar”. (Rujuk Tafsiran per: 2) Akta 174. Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 ( Sebagai mana pada 1 Jun 2019)

3. Syarat Kelayakan Kemasukan ke PISMP. 

Semasa saya memohon IPG dahulu (2014), syarat kelayakan adalah hanya DUA mata pelajaran yang perlu mendapat gred kepujian, iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah di samping minimum mendapat 5A dalam SPM.


Kini, salah satu syarat kemasukan ke IPG ialah calon mestilah sekurang-kurangnya mendapat gred kepujian (C) dalam SPM iaitu bagi TIGA mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris.

4. Bilangan IPG. 



Tidak ada berlaku pengurangan IPG yang mana 27 IPG masih menjalankan fungsinya sebagai pusat latihan untuk bakal guru dan guru menjalani latihan perguruan.

5. 1 Tahun, 3 Semester pengajian.

Perkara ini adalah berdasarkan surat edaran daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia kepada semua pengarah IPG seluruh Malaysia bertarikh 11 Oktober 2019.

Dahulu, 1 tahun hanyalah 2 semester sahaja iaitu merangkumi Semester 1 (Januari hingga Mei) dan Semester 2 (Jun hingga November). 




Mulai tahun depan (2020), pengajian di IPG dipecahkan kepada TIGA SEMESTER dalam setahun iaitu Semester 1 bermula pada bulan Januari hingga Mei, Semester 2 bermula pada bulan Jun hingga Oktober dan Semester 3 bermula pada bulan November hingga Disember).

  1. Januari - Mei
  2. Jun - Oktober
  3. November - Disember

Pembaharuan ini dilaksanakan disebabkan Dasar Cuti Rehat Tahunan Pensyarah yang juga akan dilaksanakan bermula pada Januari 2020.

Ini bermakna, keseluruhan semester pengajian adalah sebanyak 15 semester bagi 1 tahun (PPISMP) dan 4 tahun (PISMP) bagi pelajar mulai PISMP Ambilan Jun 2021. Tempoh pengajian adalah tertakluk kepada kredit bergaduat yg ditetapkan.

  1. Bagi Ambilan PISMP Jun 2020: 2 semester (PPISMP ) 12 semester (PISMP)
  2. Bagi Ambilan PPISMP Jun 2021: 3 semester (PPISMP) 12 semester (PISMP)


6. Program Transformasi Minda (PTM). 


Kini, siswa guru IPG dapat menyertai PTM ini semasa dalam pengajian di IPG.


Ini bermaksud, untuk urusan pengesahan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41, mereka tidak perlu memohon/menyertai PTM setelah dilantik menjadi guru.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memberikan kebenaran melaksanakan Program Transformasi Minda (PTM) kepada guru pelatih IPG dan akan dilaksanakan mulai November 2019.

Ini bermakna, guru pelatih yang telah menghadiri PTM TIDAK PERLU LAGI menghadiri program yang sama selepas dilantik dengan merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012.

7. Elaun. 



Elaun Sara Hidup bagi siswa guru IPG MASIH DIKEKALKAN sehingga kini iaitu pelajar PPISMP dan PISMP menerima jumlah yang sama sebanyak RM430 sebulan.

8. Bulan pengambilan calon guru Tajaan KPM. 



Ini susulan daripada pelaksanaan 1 tahun 3 semester mulai tahun depan. Bulan pengambilan calon guru MASIH DIKEKALKAN, iaitu pada bulan Jun setiap tahun.

9. Permohonan kemasukan ke IPG Melalui UPUOnline. 



Ini adalah berdasarkan Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 18 Oktober 2019.

Mulai Oktober 2019 ini, permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru tidak lagi dilakukan di portalnya yang terdahulu (pismp.moe.gov.my/) sebaliknya calon perlu memohon di portal UPUOnline, seperti permohonan untuk memasuki ke IPTA yang lain. Ini termasuklah kemasukan ke Kolej Matrikulasi.

Sekian, semoga perkongsian ini memberikan informasi terkini kepada anda semua berkaitan Institut Pendidikan Guru di Malaysia ini.

Sebarang pertanyaan lebih lanjut boleh kemukakan pada ruangan maklum balas/komen di bawah. Terima kasih.

20 Ulasan

  1. Cikgu nk tanya kalau mcm tu 1tahun 3semester pelajar yg sedia ada skrg sem3 dpt graduate awal tak?

    BalasPadam
  2. Banyak juga perubahan pada IPG yang tidak diketahui, TQ atas perkongsian

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum cg....bleh saya minta tlg cg...subjek mata pelajaran apekah yg memerlukan intake yg tinggi pada thun hadapan???
    Dan sekiranya cg tidak thu...dimanakah bleh saya dapatkan jawapan itu??

    BalasPadam
  4. Boleh saya tahu sumber mana Cg ambil mengenai sistem semsester baharu ini iaitu 15 Sem?

    BalasPadam
  5. Betul ke kalau tak dapat 5A tak dapat masuk ipg?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, betul. Calon perlulah sekurang-kurangnya mendapat 5A dalam SPM.

      Padam
  6. Berkaitan PTM, adakah guru yg mengikuti Program Diploma Pascasiswa Pendidikan akan di buat ketika di IPG juga? Mohon respon..

    BalasPadam
  7. Salam cikgu, saya lepasan spm 2017 kini sedang mengikuti tahun pertama ijazah kejuruteraan di uitm shah alam. Saya masih boleh mendaftar ipg lagi ke walaupun umur saya masih tidak mencecah 20 tahun pada tarikh mendaftar?

    BalasPadam
  8. Saya mendapat 6A(bm,bi,math,pi,sej,fizik)tapi addmath saya b+, bolehkah saya pohon untuk menjadi cikgu math di sek rendah?

    BalasPadam
  9. Assalammualaikum cikgu... Saya nak Tanya... Betulke.pemohon kena dpt sekurang kurangnya 75% keatas markah merit untk kemasukan tahun 202o.. Kalau betul, bagaimana pula dengan pemohon Yang melepasi syarat yg mendapt 5A tetapi mendapt markah merit 60% lebih.. Mohon pencerahan ye cikgu..

    BalasPadam
  10. Sy dah dpt twrn thun ni and dah lalui ujian dan buat video, klw x dtrima msuk thun ni, bleh x thun dpn cuba lgi?

    BalasPadam
  11. Ckg bank yg digunakan di setiap ipg utk masukkan elaun tu lain2 ke ?

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum.Cikgu betul ke klau dh dpat ipg tkkn dpt U dh?

    BalasPadam
  13. cikgu...boleh tolong terangkan procedure rayuan pertukaran kampus tak?perlu berhubung dengan bahagian mana..

    BalasPadam
  14. Dapat 8A masih tak dapat masuk ipg, boleh tahu kenapa tak?

    BalasPadam
  15. cikgu.... mohon bertanya. perlu bayar ke jika tinggal di kolej kediaman IPG ?

    BalasPadam
  16. Mohon bertanya .... perlu bayar ke jika tinggal di kolej kediaman IPG?

    BalasPadam
  17. Hi..boleh sya thu apakah sumber rujukan utama yang Tuan telah rujuk untuk perubahan2 tersebut? Boleh bagi link?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA