9 Langkah Memuat turun Pelekat (Stickers) Telegram Tiada Imej Latar Belakang (PNG) ini saya kongsikan sebab saya pun baru tahu. Hahahaha. Ya la, daripada serabut mencari gambar kat Internet, kan lebih baik download jak di Telegram. Sticker kat Telegram lagi comel-comel.

Telegram

Kini, ramai dalam kalangan warga pendidik khususnya cikgu-cikgu sekolah rendah dan menengah masing-masing mempunyai aplikasi Telegram ini kerana kelebihannya yang lebih banyak berbanding aplikasi Whatsapp.

Salah satunya ialah aplikasi ini mempunyai stickers yang comel-comel. Saya pun suka tengok menyebabkan (cehhhh) saya mencari inisiatif untuk memuat turun stickers yang comel-comel ni dalam format imej PNG dan alhamdulillah, dah dapat jumpa caranya, iaitu hanya dengan menggunakan Sticker Downloader.

Untuk pengetahuan bersama, Sticker Downloader ini adalah salah satu Telegram Bot yang berfungsi memuat turun semua sticker yang ada pada Telegram.

PNG

Cikgu-cikgu yang minat grafik mesti selalu download gambar-gambar berformatkan PNG ni kan? PNG ni lebih terkenal berbanding format imej yang lain seperti JPEG dan GIF kerana ia khusus kepada imej yang tidak mempunyai gambar latar belakang (background picture). 

Portable Network Graphics atau akronimnya, PNG ini memang selalu digunakan dalam penghasilan Imej yang lebih menarik termasuk saya sendiri.

Baiklah, berikut dikongsikan 9 langkah untuk download sticker dalam aplikasi Telegram yang tiada imej latar belakang:

1. Buka Telegram.



2. Pergi ke ruangan pencarian (search).



3. Taip @Stickerdownloadbot


4. Pilih keputusan yang pertama dijumpai.


5. Tekan start.



6. Tekan menu.


7. Tekan settings.


8. Tekan PNG.



9. Pilih sticker yang anda inginkan untuk download.



Tadaaaaa!!! Ni sticker yang saya inginkan. Comel kan? Hahahaha. Gambar di bawah ni adalah gambar yang tidak mempunyai background picture. So, sesuai nak tampal kat mana-mana picture.


Gambar di bawah ni juga antara sticker yang saya download dari Telegram.



















Beribu lagi sticker yang ada dalam aplikasi Telegram ni untuk dimuat turun. Semoga bermanfaat dan SELAMAT MENCUBA.


maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA