Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Baru-baru ini, saya berkongsi berkaitan 8 Langkah Menghasilkan Gambar atau Grafik menggunakan Microsoft Powerpoint. Pada kali ini, saya berkongsi berkaitan 7 Langkah Membuang/Memadam dan Mengubah Latar Belakang Gambar (Picture's Background) hanya menggunakan Microsoft Powerpoint sahaja. 


Berikut merupakan 7 Langkah Membuang/Memadam dan Mengubah Gambar Latar belakang (Background Picture)  menggunakan Microsoft Powerpoint :
(KLIK PADA GAMBAR UNTUK MENDAPATKAN PAPARAN LEBIH JELAS)


LANGKAH 1
Buka atau 'run' Microsoft Powerpoint anda terlebih dahulu. Microsoft Powerpoint yang saya gunakan ialah versi 2013.


LANGKAH 2
Klik INSERT (1) dan PICTURE (2) untuk memasukkan gambar. Kemudian, cari dan pilih gambar pilihan anda (3) dan klik INSERT (4) untuk memasukkan gambar ke dalam slaid powerpoint anda.




LANGKAH 3
Klik FORMAT (1) kemudian klik REMOVE BACKGROUND (2).






LANGKAH 4
Gambar anda akan kelihatan seperti di bawah. Powerpoint akan cuba menentukan subjek dalam gambar anda dan menganggap bahagian lain sebagai background dan diwarnakan dengan warna UNGU secara automatik. Kadangkala, anda akan dapati beberapa bahagian gambar anda yang tidak diwarnakan ungu. Anda boleh tandakan bahagian mana yang anda ingin kekalkan ataupun buang dengan option Mark Areas To Keep dan Mark Areas to Remove pada menu. Gunakan pencil tool untuk menandakan bahagian yang anda ingin kekalkan ataupun buang.



Setelah berpuas hati, sila klik pada option Keep Changes. Sebelum itu, anda boleh perhatikan preview gambar anda tanpa background pada bahagian Thumbnails di sebelah kiri.



LANGKAH 5
Untuk menambah gambar latar belakang yang baharu (background picture), tekan RIGHT CLICK dan klik FORMAT BACKGROUND.



LANGKAH 6
Klik PICTURE OR TEXTURE FILE (1). Kemudian, klik FILE (2).


Cari dan pilih gambar latar belakang pilihan anda (1) dan klik OPEN (2) atau DOUBLE CLICK pada gambar (1).



Paparan seperti gambar di bawah akan terpapar. ADJUST background picture anda menggunakan option OFFSET LEFT/RIGHT/TOP/BOTTOM pada kotak warna merah untuk mendapatkan gambar terbaik.


* Anda boleh mengubah kedudukan gambar atau ZOOMING gambar anda mengikut kehendak anda.



LANGKAH 7
Langkah menyimpan slaid dalam bentuk gambar. Klik FILE. Kemudian klik SAVE AS (1) > COMPUTER (2) > BROWSE (3) untuk memilih lokasi penyimpanan gambar anda. (Selalunya letak kat desktop, senang nanti cari, Hehehe).


Kemudian, klik option SAVE AS TYPE dan pilih format gambar pilihan anda. Saya memilih format JPEG (1) dan klik SAVE (2).



Dialog box seperti gambar di bawah akan terpapar dan tekan/klik antara ALL SLIDES atau JUST THIS ONE.

Option "ALL SLIDES" akan menyimpan semua slaid yang terdapat dalam powerpoint dalam bentuk FOLDER yang mempunyai gambar manakala option "JUST THIS ONE" hanya menyimpan satu gambar sahaja iaitu slaid semasa (current slide).

Dalam kes ini, saya memilih option "JUST THIS ONE" sebab saya hanya  hasilkan SATU (1) gambar / grafik sahaja.


Alhamdulillah, DAH BERJAYA SIMPAN. Sekarang, pergi ke lokasi penyimpanan anda tadi untuk melihat gambar yang telah anda hasilkan. 

Tadaaaa.. Lawa kan? colourful gitu. Hahaha..


SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA.

SEKIAN, TERIMA KASIH

JOM SERTAI "TELEGRAM CHANNEL" DAN "GROUP" SAYA DI URL BERIKUT 👇

CHANNEL CIKGU SUHAIMIN 👇
 t.me/cikgusuhaimindotcom
GROUP CIKGU SUHAIMIN 👇
 t.me/cgusuhaimin

KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI

- CIKGU SUHAIMIN -

4 Ulasan

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA