BLOG PENDIDIKAN - MOHD SUHAIMIN ISNEN - KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI - SEJAK 2 JANUARI 2017

Friday, December 15, 2017

8 Langkah Menghasilkan Gambar atau Grafik Menggunakan Microsoft Powerpoint



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, saya berkongsi berkaitan cara atau langkah-langkah menghasilkan gambar/grafik hanya MENGGUNAKAN MICROSOFT POWERPOINT SAHAJA. Siapa kata nak buat grafik yang cantik-cantik kena guna Adobe Photoshop atau aplikasi yang lain? Hhahha. Microsoft Powerpoint bukan sahaja aplikasi yang mudah untuk dikendali, malah, ia juga "ringan" dan tak seberat "Adobe Photoshop". Hehe

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan 8 LANGKAH MENGHASILKAN GAMBAR/GRAFIK MENGGUNAKAN MICROSOFT POWERPOINT :

LANGKAH 1 : BUKA ATAU "RUN" MICROSOFT POWERPOINT terlebih dahulu. Versi Microsoft Office (Microsoft Powerpoint) yang saya gunakan ialah Microsoft Powerpoint 2013.



LANGKAH 2 :  BUAT MACAM BIASA - maksud saya, buat macam anda buat slaid, tapi mengikut keinginan anda sendiri sama ada anda ingin menulis teks terlebih dahulu atau memasukkan gambar. Dalam kes ini, saya memasukkan teks terlebih dahulu.


Pilih dan gunakan jenis tulisan (FONT) yang sesuai mengikut keinginan anda.



LANGKAH 3 : MASUKKAN GAMBAR ke dalam powerpoint anda. Saya syorkan, anda menggunakan gambar yang tak ada latar belakang (transparent background) - selalunya dia berformatkan PNG, macam gambar Upin di bawah.



LANGKAH 4 : Sekiranya, anda berpuas hati dengan grafik yang anda hasilkan, anda boleh terus pergi ke LANGKAH 6. Tapi, saya tak berpuas hati lagi dengan grafik yang saya hasilkan sebab nampak masih "kosong" dan tak "ceria" macam saya. Hehe, so, saya pergi cari gambar yang lain untuk menjadi background picture bagi slaid ini. Cari sahaja kat Google A.K.A Mr. Google.. Hehe


Dalam kes ini, saya memilih gambar di bawah untuk dijadikan sebagai background picture. Download dan simpan gambar tersebut di tempat yang anda mudah capai - macam letak kat Desktop jak. Hehe.


LANGKAH 5 : Tekan kekunci kanan (right-click) dan pilih option "FORMAT BACKGROUND" seperti gambar di bawah :


Tekan "PICTURE OR TEXTURE FILL". Kemudian, tekan "FILE" seperti gambar di bawah " dan masukkan gambar yang anda inginkan.


Ni la background tadi. Tada !!!


LANGKAH 6 : LANGKAH TERAKHIR, iaitu untuk menyimpan slaid powepoint ini dalam bentuk GAMBAR (.JPEG/.PNG/.BMP dsb). Tekan "FILE" seperti gambar di bawah :


LANGKAH 7 : Tekan option "SAVE AS" kemudian pilih lokasi yang anda inginkan untuk menyimpan gambar ini. Kat desktop jak la - senang jumpa nanti. Hehe.


LANGKAH 8 : Tekan option format gambar yang anda inginkan. Dalam kes ini, saya memilih format gambar .JPEG dan tekan "SAVE" seperti gambar di bawah :


"Pop-out" seperti gambar di bawah akan terpapar dan tekan/klik antara ALL SLIDES atau JUST THIS ONE.

Option "ALL SLIDES" akan menyimpan semua slaid yang terdapat dalam powerpoint dalam bentuk FOLDER yang mempunyai gambar manakala option "JUST THIS ONE" hanya menyimpan satu gambar sahaja iaitu slaid semasa (current slide).

Dalam kes ini, saya memilih option "JUST THIS ONE" sebab saya hanya  hasilkan SATU (1) gambar / grafik sahaja. DAH SIAP.. ALHAMDULILLAH.


Sekarang, pergi ke lokasi gambar yang anda simpan dan TADAAA !! Cantik kan? Hhahhahaha.


Harap dalam membantu. Sebarang pertanyaan, anda boleh kemukakan dalam ruangan komen di bawah. Terima kasih.

JOM JOIN TELEGRAM CHANNEL DAN GROUP SAYA DI URL BERIKUT 👇

CHANNEL SISTEM GURU ONLINE 👇
 t.me/sistemguruonline
GROUP CIKGU SUHAIMIN 👇
 t.me/cgusuhaimin

KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI
- CIKGU SUHAIMIN -
Share:
Location: Lahad Datu, Sabah, Malaysia

6 comments:

  1. tq atas perkongsiaan ini. nak tanya kalau guna ppt 2016 samakah? sebab nak edit gambar saya tak jumpa remove background dia lah

    ReplyDelete
  2. T KASIH.. BLOG INI BANYAK MEMBANTU GURU-GURU

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, terima kasih d ats perkongsian. Smga usaha murni cg diberkati.

    ReplyDelete
  4. sharing is caring..terimakasih atas perkongsian cikgu..

    ReplyDelete

JUMLAH KUNJUNGAN SEJAK 02 JANUARI 2017

"LIKE" FACEBOOK PAGE SAYA

CIKGU SUHAIMIN

"SUBSCRIBE" SALURAN "YOUTUBE" SAYA

PEMBERITAHUAN DARIPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUM BALAS TERKINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...