Dalam Bahasa Melayu, hanya terdapat 15 kata majmuk yang sudah dianggap mantap dan utuh dan dieja dalam satu perkataan walaupun pada dasarnya kata majmuk tersebut terdiri daripada dua perkataan.

Sehubungan dengan itu, saya telah mendapat perkongsian berkaitan salah satu rumus tatabahasa bagi mengingat 15 kata majmuk mantap ini dengan mudah daripada seorang SISC+ Bahasa Melayu yang dikenali sebagai SISC Azura iaitu dengan menggunakan ayat seperti di bawah :

Apek bawa bakul jalan kanan kiri macam orang perempuan suka senyum senyum tak tentu waktu

15 kata majmuk mantap adalah tulisan yang diwarnakan KUNING :

01. A - Apek - antarabangsa 

02. B - bawa - beritahu 

03. B - bakul - bumiputera 

04. J - jalan - jawatankuasa 

05. K - kiri - kakitangan 

06. K - kanan - kerjasama 

07. M - macam - matahari 

08. O - orang - olahraga 

09. P - perempuan - pesuruhjaya 

10. S - suka - sukarela 

11. S - senyum - setiausaha 

12. S - senyum - suruhanjaya 

13. T - tak - tandatangan 

14. T - tentu - tanggungjawab 

15. W - waktu – warganegara

"KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI"

- CIKGU SUHAIMIN -

SUMBER :
Tatabahasa Dewan
SISC+ Azura

3 Ulasan

  1. Salam Cikgu, kenapa perkataan 'tatabahasa' yang cikgu tulis itu rapat sedangkan ia bukanlah tergolong dalam 15 kata majmuk mantap yang cikgu war-warkan sebelumnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam, oo, sebab tatabahasa tu bukan tergolong dalam kata majmuk, tatabahasa merupakan perkara yang menerima imbuhan awalan 'tata' yang membawa maksud peraturan, susunan atau sistem.

      Padam
  2. Assalamu'alaikum,

    Tuan, maklumat yang terkandung dalam tulisan ini sangat bagus. Namun warna kuning yang digunakan menjadikan perkataan yang ditulis sukar dibaca. Jika ditukarkan kepada warna yang lebih jelas, pasti sangat membantu.

    Terima kasih.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA