BLOG PENDIDIKAN - MOHD SUHAIMIN ISNEN - KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI - SEJAK 2 JANUARI 2017

Sunday, November 19, 2017

Cara Mengingat 15 Kata Majmuk Mantap dengan Mudah



Dalam Bahasa Melayu, hanya terdapat 15 kata majmuk yang sudah dianggap mantap dan utuh dan dieja dalam satu perkataan walaupun pada dasarnya kata majmuk tersebut terdiri daripada dua perkataan.

Sehubungan dengan itu, saya telah mendapat perkongsian berkaitan salah satu rumus tatabahasa bagi mengingat 15 kata majmuk mantap ini dengan mudah daripada seorang SISC+ Bahasa Melayu yang dikenali sebagai SISC Azura iaitu dengan menggunakan ayat seperti di bawah :

Apek bawa bakul jalan kanan kiri macam orang perempuan suka senyum senyum tak tentu waktu

15 kata majmuk mantap adalah tulisan yang diwarnakan KUNING :

01. A - Apek - antarabangsa 

02. B - bawa - beritahu 

03. B - bakul - bumiputera 

04. J - jalan - jawatankuasa 

05. K - kiri - kakitangan 

06. K - kanan - kerjasama 

07. M - macam - matahari 

08. O - orang - olahraga 

09. P - perempuan - pesuruhjaya 

10. S - suka - sukarela 

11. S - senyum - setiausaha 

12. S - senyum - suruhanjaya 

13. T - tak - tandatangan 

14. T - tentu - tanggungjawab 

15. W - waktu – warganegara

"KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI"

- CIKGU SUHAIMIN -

SUMBER :
Tatabahasa Dewan
SISC+ Azura
Share:
Location: Lahad Datu, Sabah, Malaysia

0 maklum balas:

Post a Comment

JUMLAH KUNJUNGAN SEJAK 02 JANUARI 2017

AKTIVITI TERKINI


29 MEI 2019: Tamat Pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SK) di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Tawau, Sabah
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

04 JULAI 2019: Temu duga SPP bagi Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

20 OGOS 2019: Konvokesyen Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia kali ke-10 di Universiti Putra Malaysia, Selangor
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

04 SEPTEMBER 2019: Lulus Temu duga bagi Pelantikan Tetap ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

SEPTEMBER 2019: Majlis Taklimat dan Penyampaian Surat Penempatan Guru Baharu Sekolah Rendah di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

"LIKE" FACEBOOK PAGE SAYA

"SUBSCRIBE" SALURAN "YOUTUBE" CIKGU SUHAIMIN

MAKLUM BALAS TERKINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...