👇PENGENALAN👇
👉Program ini dikhususkan untuk melatih guru dalam pelbagai bidang bagi memenuhi keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berijazah.
👉Program pengajian yang ditawarkan adalah bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan meyediakan pengalaman bagi membolehkan bakal guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan.
👉Program ini ditawarkan di kampus-kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.
👇MATLAMAT PROGRAM👇
👉Matlamat Program ini adalah untuk melahirkan guru siswazah sekolah rendah yang terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam melaksanakan tugas-tugas mereka sebagai pendidik dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun dalam tahun permohonan dibuat.
- Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Mendapat gred CEMERLANG dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Mendapat sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
- Lulus Bahasa Inggeris.
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan.
👇SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS👇
👉Calon mestilah LULUS Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) yang dijalankan selama dua belas (12) bulan/ dua (2) semester dan akan diberikan Sijil Tamat PPISMP serta DITAWARKAN mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama empat (4) tahun/ lapan (8) semester di IPG.
👉Program PPISMP dan PISMP dijalankan menggunakan Mod Sepenuh Masa.
👇BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN*👇
Sekolah Kebangsaan/ Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/ Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
💓Bahasa Melayu
💓Pendidikan Jasmani
💓Bahasa Inggeris
💓Pendidikan Islam
💓Bahasa Arab
💓Pendidikan Seni Visual
💓Bahasa Cina
💓Pendidikan Muzik
💓Bahasa Tamil
💓Pendidikan Muzik
💓Bahasa Iban
💓Pendidikan Khas
💓Bahasa Kadazandusun
💓Pendidikan Awal Kanak-kanak
💓Sains
💓Reka Bentuk Teknologi
💓Matematik
💓Bimbingan dan Kaunseling
💓Sejarah
* Tertakluk kepada pindaan
👇CARA MEMOHON👇
👉Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari Portal Kementerian Pendidikan Malaysia di http://www.moe.gov.my selepas keputusan SPM diumumkan.
👉Permohonan calon akan ditapis berdasarkan kelayakan dan kriteria yang ditetapkan.
👉Calon terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temuduga.
👉Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini bila-bila masa.
👉Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
👇CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON👇
👉Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM.
👉Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
👉Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.
👉Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
👇PROSEDUR KEMASUKAN👇
👇PENGANUGERAHAN IJAZAH👇
👉Seseorang pelajar akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian setelah berjaya menyempurnakan pengajian selama 8 semester dengan jumlah kredit 133 kredit dan memenuhi semua syarat lain yang ditetapkan oleh Senat IPG.
SUMBER : INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM)
now i am studying at form 6 first year,i want b e tamil teacher,so wht kursus should i take and wht are the kelaykan ,which university should i go
BalasPadamCatat Ulasan