Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, saya akan berkongsi berkaitan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi atau lebih dikenali sebagai KBAT (akronimnya).
Umum sedia maklum, KBAT adalah satu elemen yang mesti diterapkan dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) agar murid yang belajar dapat membina tahap pemikiran yang baik. Dengan proses ini. murid dapat membina kemahiran untuk keperluan kerjaya abad ke-21. Sehubungan dengan itu, berikut merupakan keperluan kerjaya abad ke-21 (kemahiran yang diperlukan pada masa ini dalam bidang kerjaya :
Keperluan kerjaya abad ke-21 :
- Komunikasi
- Teknologi maklumat dan komunikasi
- Kerja sepasukan
- Keusahawanan
- Kepimpinan
- Belajar sepanjang hayat
- Fleksibel
- Kebolehan menyesuaikan diri
- Berinisiatif dan ke arah kendiri
Sehubungan dengan itu juga, berikut merupakan 6 kemahiran berfikir yang perlu dikuasai oleh murid dalam sesuatu aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) :
- Kreatif
- Kritis
- Menaakul
- Berinovasi
- Menyelesaikan Masalah
- Membuat Keputusan
KEMAHIRAN BERFIKIR (TERKINI)
Kemahiran berfikir yang ditekankan adalah berdasarkan SEMAKAN Hierarki Taksonomi Bloom oleh Lori Anderson (1900) iaitu :
- Mengingat
- Memahami
- Mengaplikasi
- Menganalisis
- Menilai
- Mencipta
JENIS KEMAHIRAN BERFIKIR
1. Kemahiran Berfikir Kritis
kebolehan untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
kebolehan untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
2. Kemahiran Berfikir Kreatif
kemampuan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir tidak mengikut kelaziman.
3. Kemahiran Menaakul
membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional.
4. Strategi Berfikir
cara berfikir yang berstruktur dan berfokus dengan menggunakan alat berfikir dan teknik penyoalan yang berkesan (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2014).
DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2014).
Thanks ^_^
BalasPadamSaya yang berterima kasih kepada cikgu sangat.. very2 like your content all about PAK-21.. 😃😃😃
Padamterimakasih cikgu.very useful info pak 21
BalasPadamCatat Ulasan