Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ini, saya akan berkongsi ilmu berkaitan asas penulisan RPH pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) yang dicadangkan oleh salah seorang ikon PAK-21, iaitu daripada Cikgu Azura (Sisc Azura). Saya amat berterima kasih kepada beliau kerana memberikan kebenaran kepada saya untuk menerbitkan semula "post" di dalam blog ini daripada laman Facebook beliau.
Berikut merupakan Asas Penulisan(Cadangan) Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pembelajaran Abad 21 :
1. SET INDUKSI
Boleh dilaksanakan melalui:
i. Tayangan video
ii. Main peranan
iii. Gambar
iv. Lagu
v. Permainan, dsbnya
Mesti BERKAITAN dengan TAJUK dan berjaya MENARIK MINAT murid kerana ada elemen ingin tahu dan hiburan atau DIDIK HIBUR.
2. SESI SOAL JAWAB
Aktiviti sumbangsaran.
3. AKTIVITI MURID*
Sama ada secara individu, berpasangan atau kumpulan. Lebih kepada PENEROKAAN ILMU atau membuat JANGKAAN dan SESI PERKONGSIAN.
4. AKTIVITI PENERANGAN*
Dilakukan oleh guru.
CONTOH AYAT: Murid mendengar penerangan tentang...
5. AKTIVITI KUMPULAN*
Untuk menyelesaikan masalah atau berbincang berserta SESI PERKONGSIAN dan SOAL JAWAB.
6. RUMUSAN & PENEGUHAN
Untuk RUMUSAN, kaitkan dengan:
i. Pelajaran akan datang
ii. Nilai dalam kehidupan
iii. Ilmu yang dipelajari berguna untuk kehidupan
PENEGUHAN boleh dilaksanakan dengan mengadakan aktiviti.
NOTA:
======
1. Aktiviti bertanda * BOLEH BERUBAH KEDUDUKAN mengikut KESESUAIAN topik yang diajar.
2. Aktiviti penerangan oleh guru boleh juga TIDAK BERLAKU DI DALAM KELAS, jika guru melaksanakan FLIPPED CLASSROOM.
3. PENTAKSIRAN dan PENILAIAN boleh berlaku pada MANA-MANA AKTIVITI dalam pengajaran.
TERIMA KASIH TO CIKGU AZURA
Sumber : Cikgu Azura
"KONGSI itu MESTI, BERKAT itu PASTI"
Catat Ulasan