Sesi Perkongsian Pertamaku secara dalam Talian (Live Streaming) berkaitan Aktiviti PAK-21. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan peluang dan kesempatan untuk berkongsi berkaitan aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) dengan rakan-rakan guru di seluruh Malaysia secara dalam talian (live streaming).



Ini merupakan perkongsian pertamaku secara dalam talian (online) menerusi platform Streamyard dan YouTube Live yang mana aku dijemput sebagai penceramah untuk sesi perkongsian dalam Bengkel Pemantapan Pedagogi Melalui Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) Siri 3.0.


Bengkel ini diurus tadbir di bawah kelolaan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sengayan, Kanowit, Sarawak iaitu Encik Muhammad Faizal bin Ismail dengan kerjasama Encik Jackson Anak Anthony, Peserta Program Perantisan 2 NPQEL Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sarawak 2021 dan Pejabat Pendidikan Daerah Kanowit.

Perkongsian ini dilaksanakan secara siaran langsung (live) pada 1 Oktober 2021 (Jumaat) bermula pada pukul 02:30 petang sehingga 04:30 petang (dua jam) di pautan (link) YouTube ini.

Antara aktiviti PAK-21 yang aku kongsikan:


Alhamdulillah, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penonton yang mengikuti sepanjang sesi perkongsian saya berlangsung. Kepada penonton yang menginginkan bahan slaid pembentangan saya dalam bengkel ini, bolehlah memuat turun di pautan (link) ini.


Sekali lagi, ucapan terima kasih ditujukan kepada:

  1. Encik Mohammad Faizal bin IsmailGuru Besar Sekolah Kebangsaan Sengayan, Kanowit, Sarawak
  2. Encik Jackson Anak Anthony Peserta Program Perantisan 2 NPQEL Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sarawak 2021
  3. Pejabat Pendidikan Daerah Kanowit, Sarawak
  4. Barisan Urus setia Bengkel Pemantapan Pedagogi Melalui Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) Siri 3.0

Perkongsian kali pertamaku secara langsung ini banyak memberikan aku pengalaman yang baharu dan Insya-Allah, segala kekurangan sepanjang perkongsian ini akanku perbaiki dari semasa ke semasa.

Semoga sesi perkongsianku ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada semua. 

Segala kelebihan dalam sesi perkongsian ini adalah datangnya daripada Allah SWT, sebaliknya, segala kekurangan adalah datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.

"KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA