Menerima Anugerah Guru Inovatif Tahun 2021 Kategori Individu Sekolah Rendah Daerah Lahad Datu

Menerima Anugerah Guru Inovatif Tahun 2021 Kategori Individu Sekolah Rendah Daerah Lahad Datu. Alhamdulillah. Saya tidak sangka diberikan rezeki pada tahun ini sebagai penerima Anugerah Guru Inovatif Tahun 2021 Kategori Individu Sekolah Rendah bagi Daerah Lahad Datu yang mana anugerah ini diberikan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu, Sabah.

Anugerah ini disampaikan sempena Majlis Sambutan Hari Guru dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Daerah Lahad Datu Tahun 2021 yang berlangsung secara dalam talian (live streaming) di saluran YouTube PPD Lahad Datu pada 7 Ogos 2021 (Sabtu) bermula 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari. 

Majlis ini dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Dr. Mistirine Binti Radin, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.



Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana diberikan peluang menerima anugerah seperti ini. Terima kasih dan tahniah kepada PPD Lahad Datu kerana telah berjaya melaksanakan majlis ini secara dalam talian (Live YouTube) walaupun dalam era pandemik Covid-19. Tahniah juga kepada semua penerima anugerah pada tahun ini. 





Semoga kita semua sentiasa sihat, diberikan kekuatan dan terus cemerlang dalam dunia pendidikan ini. Aamiin.

SELAMAT HARI GURU
"BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU"

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA