Kursus Orientasi KSSR Semakan Bahasa Melayu Tahun 5 (SK)

Kursus Orientasi Penyebaran KSSR Semakan 2017 Bahasa Melayu Tahun 5 (SK) ini dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui platform DELIMa.

Kursus ini dilaksanakan untuk mendedahkan dan memberikan kefahaman kepada guru-guru berkaitan KSSR Semakan 2017 Bahasa Melayu (SK) Tahun 5 kerana pada tahun hadapan (2021), KSSR Semakan 2017 ini mula dilaksanakan menggantikan KSSR untuk sekolah rendah Tahun 5.


Kemas kini: 20 Oktober 2020 (Selasa)

Pemakluman Terkini daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

  1. Sekiranya ada masalah dalam mengakses kandungan kursus KSSR, sila gunakan Internet hotspot sendiri berbanding Internet sekolah. Beberapa isu, diajukan oleh guru misalnya tak dapat masuk ke laman web adalah disebabkan penggunaan internet sekolah.
  2. Tiada had guru yang boleh mengakses bahan Kursus KSSM kerana kapasiti adalah melebihi ratus ribu untuk semua subjek.
  3. Sijil-sijil yang dikeluarkan kepada guru-guru yang tamat adalah merupakan penghargaan dari unit BPK masing-masing. Oleh itu, memang ada mata pelajaran yang tiada menyediakan sijil.

Pengenalan Umum

Pelaksanaan kursus ini juga merujuk kepada Surat Edaran Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia, No. Rujukan: KPM.600-3/1/4 JLD 4(35) yang bertarikh 18 September 2020 bertajuk Pelaksanaan Kursus Orientasi Penyebaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 Tahun 5 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi Mata pelajaran Tertentu secara dalam Talian yang bermula pada 17 September yang lalu sehingga 31 Oktober 2020 (berdasarkan tarikh yang direkodkan dalam SPLKPM).

Pelaksanaan kursus ini adalah secara pembelajaran kendiri dan diwajibkan kepada semua guru berikut:

  1. Guru Tahun 5 bagi tahun 2021
  2. Guru Pendidikan Khas Tahun 5 bagi tahun 2021
  3. Guru Bahasa Cina Komunikasi Tingkatan 4 bagi tahun 2021
  4. Guru Pendidikan Khas Tingkatan 5 bagi Tahun 2021

Pengenalan Khusus

Hantaran (post) ini khusus untuk guru-guru yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 pada tahun hadapan (2021).

Memandangkan saya merupakan Ketua Panitia yang juga guru yang akan mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 pada tahun hadapan, 2021, kursus ini wajib saya ikuti dan alhamdulillah, saya telah ikutinya dan mendapat informasi yang cukup bermanfaat. 

Langkah-langkah Mengikuti Kursus Orientasi Penyebaran KSSR Semakan 2017
Bahasa Melayu Tahun 5 (SK)

1. Log Masuk laman sesawang DELIMa di SINI






2. Klik Guru




3. Klik Sumber Rujukan PdP



4. Klik BPK



5. Klik Kursus Orientasi 2020



6. Klik Sekolah Rendah



7. Klik Mata pelajaran Bahasa Melayu


8. Ikuti semua slot yang disediakan.

Slot yang disediakan menggunakan platform Padlet

Saya telah memuat turun video kursus orientasi ini dan berikut merupakan butirannya yang mana saya nyatakan durasi (tempoh) setiap slot dan saiz fail setiap video tersebut. Harap rakan-rakan guru dapat menyediakan data yang secukupnya untuk mengikuti slot-slot ini. Pada pendapat saya, lebih baik muat  turun dahulu video-video ini. 😊 Nanti boleh sama-sama berkongsi dengan ahli panita yang lain di sekolah masing-masing.

Terdapat sembilan (9) slot dalam Kursus Orientasi Penyebaran KSSR Semakan 2017 Bahasa Melayu Tahun 5 (SK) ini iaitu seperti berikut:

  1. Slot 1️⃣: Penerangan Umum Kurikulum Bahasa Melayu Tahun 5 (SK)
    ⏰ 19 minit 32 saat - 📱241MB


  2. Slot 2️⃣: Kemahiran Mendengar dan Bertutur
    ⏰8 minit 2 saat - 📱153MB




  3. Slot 3️⃣: Kemahiran Membaca
    ⏰ 6 minit 51 saat- 📱66.1MB


  4. Slot 4️⃣: Kemahiran Menulis
    ⏰ 10 minit 4 saat - 📱162MB



  5. Slot 5️⃣: Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa
    ⏰ 9 minit 52 saat - 📱102MB



  6. Slot 6️⃣: Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) - Pengenalan
    ⏰ 3 minit 22 saat - 📱49.3MB


  7. Slot 7️⃣: PBD - Tahap Penguasaan
    ⏰ 4 minit 15 saat - 📱83MB


  8. Slot 8️⃣: PBD - Pertimbangan Profesional
    ⏰ 8 minit 2 saat - 📱148MB


  9. Slot 9️⃣ Soalan Lazim (Frequently Asked Questions - FAQ) berkaitan Kurikulum Bahasa Melayu
    ⏰ 3 minit 56 saat - 📱500MB


9. Jawab soalan Uji Minda pada pautan Google Form yang disediakan.

10. Klik SPLKPM dan isikan nombor kad pengenalan


Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum kerana memberikan pendedahan dan penjelasan kepada saya dalam memahami kurikulum Bahasa Melayu Tahun 5 yang akan mula dilaksanakan pada tahun hadapan (2021) iaitu KSSR (Semakan 2017).

Sekian.

14 Ulasan

  1. Terbaik cikgu... Terima kasih byk. Info yang memudahkan untuk rujukan.

    BalasPadam
  2. Apakah alamat e-mel yang perlu diisi dalam borang penilaian kendiri semasa mengikuti kursus semakan kssr bahasa Melayu Tahun 5. E-mel sendiri atau delima.moe?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam cikgu. Untuk kepastian, saya telah mengemukakan pertanyaan ini kepada pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Insya-Allah, sekiranya pihak BPK telah memberikan maklum balas berkaitan perkara ini, akan saya maklumkan semula kepada semua melalui saluran (channel) Telegram saya.

      Terima kasih.

      Padam
  3. Assalamualaikum cikgu... ada sijil tak? saya dah siapkan semua tapi tak pasti dapat sijil tak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam cikgu. Saya telah mengemukakan pertanyaan ini kepada pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Insya-Allah, sekiranya pihak BPK telah memberikan maklum balas berkaitan perkara ini, akan saya maklumkan semula kepada semua melalui saluran (channel) Telegram saya.

      Terima kasih.

      Padam
  4. Assalammualaikum.Saya telah selesai berkursus..cuma sijil tiada..Untuk Bahasa Melayu menang belum disediakan sijil?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam. Soalan ini telah saya kemukakan kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Insya-Allah, sekiranya BPK telah memberikan maklum balas berkaitan perkara ini, akan saya maklumkan dari semasa ke semasa kepada semua melalui saluran (channel) Telegram saya.

      Padam
  5. assalamualaikum. saya juga menunggu makluman daripada pihak tuan berkenaan penjanaan sijil kit kursus pendidikan khas teras tingkatan 5. terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam cikgu, saya bukan daripada pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum cikgu, saya guru biasa sahaja yang juga sedang menunggu maklum balas daripada BPK berkaitan perkara ini.

      Padam
  6. salam mesra tuan..maaf mengganggu...saya Ketua Panitia PJK. saya telah selesai ikuti kursus. tetapi menu splkpm tidak wujud dalam kursus PJK. I dah semak menu matapelajaran lain termasuk kadazan iban semua. Semua m/Pelajaran tersebut ada link utk splkpm. hanya untuk m/p PJK tiada. tolong bagi pencerahan sedikit ...terima kasih

    BalasPadam
  7. Terima kasih byk byk atas perkongsian ilamu. Mohon izin copy. Moga Allah merahmati cikgu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA