Assalamualaikum dan selamat sejahtera serta salam Kongsi itu Mesti, Berkat itu Pasti. Pada kali ini, saya berkongsi berkaitan 3 objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) berserta grafik yang menarik. Umum sedia maklum, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan hasil penglibatan masyarakat dan penyelidikan meluas yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan (“Kementerian”). Pelan ini dibangunkan dengan tiga objektif khusus iaitu seperti yang berikut :




1. OBJEKTIF PERTAMA


Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem.

2. OBJEKTIF KEDUA


Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang.

3. OBJEKTIF KETIGA



Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.


maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA