Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 adalah dipelawa memohon kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi sesi pengajian 2018/ 2019 mulai 1 Julai 2017.


Tarikh tutup permohonan ialah pada
30 November 2017.


LATAR BELAKANG
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan Bahagian Matrikulasi pada 1 September 1998 untuk penyeragaman semua Program Matrikulasi/Asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Pada sesi 1999/2000, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan Program Matrikulasi bagi lulusan SPM 1998.

Mulai sesi 2000/2001, semua Program Matrikulasi kecuali UIAM dan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

KONSEP
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar Bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang Sains, Teknologi dan Sastera Ikhtisas di universiti awam dan swasta.

Tempoh pengajian prauniversiti ini mengambil masa dua (2) semester. Kurikulum program ini memberi penekanan terhadap aspek akademik dan tidak mengabaikan aspek kokurikulum.

Di samping menyediakan pelajar yang berilmu dan berketrampilan, pelajar juga perlu mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji dan daya kepimpinan yang tinggi.

Semua pelajar program ini mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi.

TEMPAT PENGAJIAN
Mulai sesi 2003/2004, Program Matrikulasi dijalankan di Kolej-Kolej Matrikulasi dan Kolej MARA sahaja. Senarai Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia boleh diperoleh dalam Direktori Institut.

BIDANG PENGKHUSUSAN
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan tiga(3) jurusan pengajian:


  1. Sains (Kod M001)
  2. Perakaunan (Kod M003)
  3. Teknikal (Kod M007)


RANCANGAN PROGRAM
Jangka Masa Program
Program Satu Tahun (2 Semester)
Program Dua Tahun (4 Semester)

Mata Pelajaran Teras
Jurusan Sains

  1. Modul I : Matematik, Kimia, Fizik, Biologi
  2. Modul II : Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer
  3. Modul III : Matematik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer

Jurusan Perakaunan

  1. Matematik, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi
  2. Aliran Teknikal
  3. Matematik, Kimia Kejuruteraan, Fizik Kejuruteraan, dan Pengajian Kejuruteraan


Di samping mata pelajaran bidang pengkhususan, mata pelajaran berikut wajib diambil oleh semua pelajar:-

  1. Bahasa Inggeris
  2. Kemahiran Dinamika
  3. Pendidikan Islam/Moral

Semua pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia diwajibkan mengambil satu daripada mata pelajaran kokurikulum berikut:-


  1. Sukan/Permainan atau
  2. Persatuan/Kelab atau
  3. Kawad Kaki


PENILAIAN
Berdasarkan Penilaian Berterusan (PB), Ujian Pertengahan Semester (UPS) dan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM).

PEMBIAYAAN
Pelajar Program Matrikulasi dibiayai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

PELUANG MELANJUTKAN PENGAJIAN
Pelajar yang memperolehi PNGK 2.00 (gred C) dan ke atas boleh dipertimbangkan untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Jurusan Sains

  1. Perubatan
  2. Pergigian
  3. Bio Perubatan
  4. Bio Fizik
  5. Farmasi
  6. Sains Aktuari
  7. Sains Tulen
  8. Sains Gunaan
  9. Sains Komputer / Teknologi Maklumat
  10. Sains Pendidikan
  11. Kejuruteraan
  12. Seni Bina dan bidang lain yang berkaitan


Jurusan Perakaunan

  1. Perakaunan
  2. Ekonomi
  3. Pengurusan Perniagaan
  4. Undang-Undang
  5. Teknologi Maklumat
  6. Pentadbiran Perniagaan / Pentadbiran Awam
  7. Pengurusan Sumber Manusia dan bidang lain yang berkaitan

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA