SKPMg2 yang dikeluarkan pada 13 September 2016 oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ini merupakan piawai yang digunakan bagi menentukan tahap pencapaian kualiti pendidikan mencakupi beberapa bidang seperti kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan dan kemenjadian murid
Ketahui segalanya berkaitan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) Asasnya, terdapat 5 STANDARD dalam SKPMg2 ini iaitu : STANDARD 1 - KEPIMPINAN STANDARD 2 - PENGURAN ORGANISASI STANDARD 3 - PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN HAL EHWAL MURID (HEM) STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID
Berikut merupakan slaid berkaitan pengenalan kepada Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 atau akronimnya SKPMg2 dan 5 standard yang digariskan dalam SKPMg2 dalam bentuk slaid 'powerpoint' .pptx :




STANDARD 1 - KEPIMPINAN (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2) - (SKPMg2) from Mohd Suhaimin Isnen

Standard 1 : Kepimpinan


Pengetua / Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi yang berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti PdP.


  1. PGB sebagai Peneraju
  2. PGB sebagai Pembimbing
  3. PGB sebagai Pendorong

STANDARD 2 - Pengurusan Organisasi (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2) - (SKPMg2) from Mohd Suhaimin Isnen

Standard 2 : Pengurusan Organisasi


Organisasi sekolah diurus secara cekap dengan mengambil kira potensi dan keperluan warga sekolah, kemudahan sumber dalaman dan luaran untuk meningkatkan keberkesanan pengoperasian sekolah.


  1. Pengurusan Sumber Manusia
  2. Pengurusan Aset
  3. Pengurusan Kewangan
  4. Pengurusan Sumber Pendidikan
  5. Iklim
  6. Pengurusan Perpaduan
  7. Permuafakatan Strategik

Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid

Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan halatuju sekolah. 

STANDARD 3.1 - PENGURUSAN KURIKULUM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2) - (SKPMg2) from Mohd Suhaimin Isnen

Kurikulum
  1. Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum
  2. Pengurusan Mata Pelajaran
  3. Pengurusan Masa Instruksional
  4. Pengurusan Penilaian Murid




STANDARD 3.2 - PENGURUSAN KOKURIKULUM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2) - (SKPMg2) from Mohd Suhaimin Isnen

Kokurikulum
  1. Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum
  2. Pengurusan Kelab / Persatuan
  3. Pengurusan Badan Beruniform
  4. Pengurusan Sukan / Permainan
  5. Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum
  6. Pengurusan Sukan Untuk Semua
  7. Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum

STANDARD 3.3 - PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2) - (SKPMg2) from Mohd Suhaimin Isnen

Hal Ehwal Murid


  1. Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid
  2. Pengurusan Disiplin Murid
  3. Pengurusan Keselamatan Murid
  4. Pengurusan Kesihatan Murid
  5. Pengurusan Bantuan Pelajaran Murid
  6. Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2) - (SKPMg2) from Mohd Suhaimin Isnen


Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan

Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.


  1. Guru Sebagai Perancang
  2. Guru Sebagai Pengawal
  3. Guru Sebagai Pembimbing
  4. Guru Sebagai Pendorong
  5. Guru sebagai Penilai
  6. Murid sebagai Pembelajar Aktif

STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2) - (SKPMg2) from Mohd Suhaimin Isnen


Standard 5 : Kemenjadian Murid

Murid yang dididik secara holistik dalam pengurusan sekolah yang cekap berupaya mencapai potensi diri yang sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan, dan kemahiran,  berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

  1. Kemenjadian Murid Dalam Akademik
  2. Kemenjadian Murid Dalam Kokurikulum
  3. Kemenjadian Sahsiah Murid 


SUMBER :
Kementerian Pendidikan Malaysia

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA