MATA PELAJARAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) 
SEMAKAN 2017


Kepada guru-guru khususnya guru-guru sekolah rendah, berikut merupakan mata pelajaran bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) SEMAKAN 2017 :



TAHAP I 
(TAHUN 1, TAHUN 2 DAN TAHUN 3)

MATA PELAJARAN TERAS

1.      Bahasa Melayu
2.      Bahasa Inggeris
3.      Matematik
4.      Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
5.      Sains
6.      Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
7.      Pendidikan Kesenian
8.      Bahasa Cina (untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina)
9.      Bahasa Tamil (untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil)

MATA PELAJARAN TAMBAHAN

1.      Bahasa Arab
2.      Bahasa Cina (untuk Sekolah Kebangsaan)
3.      Bahasa Tamil (untuk Sekolah Kebangsaan)
4.      Bahasa Iban
5.      Bahasa Kadazandusun
6.      Bahasa Semai


PERUBAHAN YANG BERLAKU DALAM MATA PELAJARAN KSSR SEMAKAN 2017 BAGI MURID TAHAP I (TAHUN 1, TAHUN 2 DAN TAHUN 3) :

  1. Mata pelajaran Sains MENGGANTIKAN mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi
  2. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan DIGABUNGKAN menjadi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. 
  3. Mata pelajaran Dunia Seni Visual dan mata pelajaran Dunia Muzik DIGABUNGKAN menjadi mata pelajaran Pendidikan Kesenian.
TAHAP II
(TAHUN 4, TAHUN 5 DAN TAHUN 6)

MATA PELAJARAN TERAS
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  6. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan 
  7. Sejarah
  8. Pendidikan Kesenian
  9. Reka Bentuk dan Teknologi
  10. Bahasa Cina (untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina)
  11. Bahasa Tamil (untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil)

MATA PELAJARAN TAMBAHAN
  1. Bahasa Arab
  2. Bahasa Cina (untuk Sekolah Kebangsaan)
  3. Bahasa Tamil (untuk Sekolah Kebangsaan)
  4. Bahasa Iban
  5. Bahasa Kadazandusun
  6. Bahasa Semai

PERUBAHAN YANG BERLAKU DALAM MATA PELAJARAN KSSR SEMAKAN 2017 BAGI MURID TAHAP II (TAHUN 4, TAHUN 5 DAN TAHUN 6) :
  1. Pelaksanaan Tahap II KSSR (Semakan 2017) BERMULA TAHUN 2020.
  2. Mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah          DISTRUKTUR SEMULA dalam Elemen Merentas Kurikulum (EMK) seperti    berikut :
                  a.       Modul Kemahiran Asas
                  b.       Modul Aplikasi


SUMBER : 

Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun 2016 - Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) secara Berperingkat-peringkat Mulai Tahun 2017
(02 November 2016)

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA