PENGENALAN

Menurut Bird, J., & Caldwell, H. (2014), pembelajaran ialah sesuatu proses yang dilakukan oleh individu untuk memperoleh suatu perubahan perilaku yang baru secara keseluruhan sebagai hasil dari pengalaman individu itu sendiri dalam interaksi dengan lingkungannya. Ia juga merangkumi proses pembelajaran yang merujuk kepada proses individu mengubah perilaku dalam upaya memenuhi keperluannya. Hasil pembelajaran pula ialah perubahan perilaku individu. Individu akan memperoleh perilaku yang baharu, berfungsi, positif, disedari dan sebagainya.

    Perubahan perilaku ini sebagai hasil pembelajaran iaitu perilaku secara keseluruhan yang merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Sehubungan dengan itu, terdapat empat teori Pengajaran dan Pembelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang diwujudkan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran TMK iaitu : (rujuk Rajah 1)





Rajah 1 : Teori Pengajaran dan Pembelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi


1. TEORI INSTRUKSTIVISME


Menurut Ben Zion Barta, Mosle Telem & Yaffa Ger ( 1995), Instruksional berasal dari kata instruction yang bererti pengajaran, pelajaran atau arahan instruksi. Proses dalam pengelolaan belajar dan mengajar yang di dalamnya terdapat komponen dan aspek lainnya seperti manusia dan pesanan yang saling berhubung antara satu sama lain dan membentuk hubungan yang bersifat sistematik (Bird, J., & Caldwell, H., 2014).


     Teori Instruktivisme atau lebih dikenali sebagai Teori Instruksional. Teori ini memberi pengetahuan, maklumat khusus dengan maksud melatih berbagai bidang khusus memberikan  pengetahuan dalam berbagai atau kepakaran tertentu instruksional bermaksud memberi pengetahuan atau informasi khusus dengan maksud melatih berbagai bidang khusus memberikan keahlian / pengetahuan dalam berbagai bidang seni atau pengkhususan tertentu. 

1.1 PRINSIP-PRINSIP DALAM TEORI INSTRTIVISME

Dalam erti kata yang mudah, menurut Gary G Bitter and Melissa E.Pierson (1999), teori ini menekankan konsep guru memberikan arahan kepada para pelajar di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Teori ini adalah lebih memfokuskan kepada guru kerana di dalam teori ini guru memainkan peranan paling penting dalam membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan dengan baik.



Rajah 2 : Prinsip-prinsip Teori Instruktivisme

1.2 PENGAPLIKASIAN TEORI INSTRUKTIVISME DI DALAM BILIK DARJAH MENGGUNAKAN PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)

Terdapat banyak pengaplikasian prinsip-prinsip Teori Instruktivisme di dalam bilik darjah semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. Antaranya ialah guru menggunakan Strategi  pengajaran Berpusatkan Guru (Ee Ah Meng ,2002).. Pernyataan ini merujuk kepada guru memainkan peranan 80 peratus dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran sesuatu mata pelajaran khususnya mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Gloria Antifaiff, 2000). Ini menunjukkan bahawa di dalam bilik darjah, guru mengaplikasikan prinsip-prinsip Teori Instruktivisme semasa mengajar. Sebagai contoh, guru melaksanakan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dengan memberikan sepenuhnya slaid yang berkaitan dengan topik Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Slaid tersebut disampaikan terus oleh guru berkenaan.

  Bukti pengaplikasian Teori Instruktivisme di dalam bilik darjah yang kedua ialah guru memberikan arahan kepada murid. Pernyataan ini merujuk kepada situasi di mana guru memberikan tugasan kepada murid, iaitu guru memberikan arahan secara langsung kepada murid-murid untuk melaksanakan dan menyiapkan sesuatu tugasan. Sebagai contoh, guru mengarahkan murid untuk mengakses maklumat berkaitan perkakasan komputer. Arahan tersebut adalah elemen yang terdapat di dalam Teori Instruktivisme.

  Seterusnya, menurut Carolyn Staudt (2005), guru sebagai perancang sepenuhnya semasa proses Pengajaran dan Pembelajarannya berlangsung di dalam bilik darjah. Pernyataan ini merujuk kepada guru yang merancang dan mengatur aktiviti serta peraturan di dalam bilik darjah tersebut. Sebagai contoh, guru menetapkan peraturan di dalam bilik darjah tersebut iaitu sebelum kelasnya bermula, murid-murid hendaklah meletakkan buku teks atau buku rujukan yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di atas meja mereka masing-masing. Ini juga merupakan elemen yang terdapat di dalam Teori Instruktivisme iaitu guru menetapkan dan merancang aktiviti serta peraturan semasa proses Pengajaran dan Pembelajarannya berlangsung di dalam bilik darjah. 


  Kesimpulannya, prinsip atau elemen Teori Instruktivisme adalah diaplikasikan di dalam bilik darjah semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran bagi sesuatu mata pelajaran khususnya mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

2.0 TEORI KONSTRUKTIVISME

Pengetahuan tidak dapat dipindahkan begitu saja dari pemikiran guru ke pemikiran murid atau pelajar (David Thorbun, 2000). Ini bermakna murid atau pelajar harus aktif secara mental membangun struktur pengetahuannya berdasarkan kematangan kognitif yang dimilikinya.

     Guru pula perlu kreatif dalam pengajaran dengan melibatkan murid/pelajar dalam kajian luar. Konstruktivisme ini merujuk kepada idea bahawa pelajar membina pengetahuan untuk diri mereka sendiri. Setiap pelajar secara individu (dan sosial) membina makna contoh seperti dia belajar membina makna bagi sesuatu pembelajaran.

     Konstruktivisme juga berasaskan pandangan bahawa proses pembelajaran adalah aktif dan dinamik. Menurut Herring, M. (2014), ia berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat seorang individu. Dalam erti kata lain, apa yang dilalui dalam kehidupan seorang individu merupakan himpunan kesemua pengalaman yang dialami oleh manusia. Seseorang individu akan membina atau konstruk ilmu pengetahuan dengan usaha sendiri dan bukan menguasainya daripada orang lain semasa proses ini.

     Di dalam teori ini menurut Ben Zion Barta, Mosle Telem & Yaffa Ger (1995),  penekanan banyak diberikan kepada pembangunan diri sendiri melalui diri sendiri. Ia merujuk kepada setiap apa yang ingin dipelajari oleh murid haruslah bergantung kepada usaha mereka untuk mencapai ilmu. Di dalam teori ini, guru-guru tidak bertindak sebagai pendidik sebaliknya hanya memainkan peranan sebagai fasilitator dalam menyelia dan memantau aktiviti yang dijalankan oleh pelajar. Sebagai contoh di dalam kelas Teknologi Maklumat dan Komunikasi di mana pelajar-pelajar sedang mempelajari cara menggunakan Microsoft Word. 

     Guru boleh membiarkan murid-murid untuk cuba meneroka setiap fungsi yang ada di dalam software tersebut dan membimbing mereka dengan memberikan bantuan jika dirasakan perlu dan sebagainya.

2.1 PRINSIP-PRINSIP TEORI KONSTRUKTIVISME


Rajah 4 : Prinsip-prinsip Teori Konstruktivisme


2.2 PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DI DALAM BILIK DARJAH MENGGUNAKAN PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)



Terdapat beberapa bukti pengaplikasian teori konstruktivisme di dalam bilik darjah semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran. Menurut Brenda Mergel (1998), prinsip yang paling penting adalah guru-guru tidak memberikan pengetahuan kepada murid-murid. Sebaliknya, murid-murid  membangunkan ilmu pengetahuan secara sendiri dalam struktur mental mereka. Ini bermakna, murid-murid berusaha sendiri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru. Pembinaan ilmu pengetahuan kendiri, iaitu membina makna daripada pengalaman dan interaksi sosial serta persekitaran. Secara aktif, murid-murid membina maklumat berasaskan pengalaman yang sedia ada dan apa yang telah dipelajari oleh mereka sebelum proses ini adalah penting. Pembinaan maklumat dibuat secara membanding maklumat lama dan baru. Ia melibatkan pengubahsuaian kefahaman konsep-konsep lama dan baru berasaskan kepercayaan individu. Sebagai contoh, guru memberikan tugasan kepada murid di mana murid perlu mengakses atau mencari maklumat daripada pelbagai sumber berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

     Seterusnya, pengaplikasian Teori Konstruktivisme yang kedua di dalam bilik darjah ialah Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunakan oleh guru-guru  menunjukkan perkaitan dengan pengalaman sedia ada murid-murid. Persembahan pengajaran menarik dan pelbagai untuk menarik minat murid-murid. Sebagai contoh, guru menggunakan BBM yang maujud, iaitu benda yang konkrit semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran. Ini juga bertujuan supaya mereka cepat menguasai ilmu baru. Murid-murid mengambil kesempatan untuk menerapkan idea-idea baru berasaskan pemahaman kendiri daripada Bahan Bantu Mengajar tersebut. Ini menunjukkan Teori Konstruktivisme adalah dilaksanakan di dalam bilik darjah.

    Selain itu, guru melaksanakan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dengan yang menggalakkan murid-murid untuk menggunakan minda mereka secara aktif untuk membandingkan maklumat-maklumat baru dengan pengalaman sedia ada mereka dan untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru ini. Sebagai contoh, guru meminta murid membezakan kereta dengan kapal terbang. 
     Akhir sekali, penaakulan dan penggunaan logik diaplikasikan secara aktif. Oleh murid semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran. Apabila seorang murid  menyedari bahawa ilmu atau maklumat yang ada padanya tidak konsisten atau serasi dengan penerangan baru, ia akan bermotivasi untuk membetulkan ketidakseimbangan pada dirinya. Murid tersebut akan berusaha menerima informasi baru dan menganalisisnya sebelum menerima atau menolaknya. Sebagai contoh, guru memberikan tugasan kepada murid di mana murid perlu membuat penaakulan secara logik berkaitan dengan isu semasa keselamatan semasa menggunakan kemudahan Internet.

    Kesimpulannya, elemen atau prinsip Teori Konstruktivisme adalah dilaksanakan dan diaplikasikan di dalam bilik darjah oleh guru dan secara tidak langsung diaplikasikan oleh murid khususnya semasa mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu, guru perlulah kreatif dan kritis dalam merancang dan melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah.

3.0 TEORI KOGNITIF

Tingkah laku seseorang lebih bergantung kepada pemahaman terhadap hubungan- hubungan yang ada di dalam suatu situasi. Mereka memberi penekanan kepada organisasi pengalaman atas rangsangan di dalam lingkungan serta pada faktor yang mempengaruhi pengamatan tersebut.

     Teori Kognitif merupakan teori yang sering kali digunakan di dalam kelas abad ke - 21. Menurut Jean Piaget (1987), teori belajar kognitif lebih menekankan pada belajar merupakan suatu proses yang terjadi dalam akal fikiran manusia. Pada dasarnya belajar adalah suatu proses usaha yang melibatkan aktiviti mental yang terjadi dalam diri manusia sebagai akibat dari proses interaksi aktif dengan persekitarannya untuk memperoleh suatu perubahan dalam bentuk pengetahuan, pemahaman, tingkah laku, keterampilan dan nilai sikap yang bersifat relatif.

     Dalam teori ini ada dua bidang kajian yang lebih mementingkan proses belajar daripada hasil belajar, iaitu belajar tidak sekadar melibatkan stimulus dan respon tetapi juga melibatkan proses berfikir yang sangat kompleks (Budiningsih, 2005). 

    Ilmu pengetahuan dibangunkan dalam diri seseorang melalui proses interaksi yang berkesinambungan dengan lingkungan. Menurut psikologi kognitivistik, belajar dipandang sebagai suatu usaha untuk mengerti sesuatu dengan jalan mengaitkan pengetahuan baru ke dalam struktur berfikir yang sudah ada. Usaha itu dilakukan secara aktif oleh siswa. Keaktifan itu dapat berupa mencari pengalaman, mencari informasi, memecahkan masalah, mencermati persekitaran, mempraktikkan sesuatu untuk mencapai suatu tujuan tertentu. Sehingga, pengetahuan yang dimiliki sebelumnya sangat menentukan keberhasilan mempelajari informasi pengetahuan yang baru.

     Teori kognitif berpendapat bahawa reinforcement dalam sangat penting. Namun apa yang membezakan antara kedua - dua teori ini adalah reinforcement dalam teori behavioristik berfungsi memperkuat respon atau tingkah laku, sementara dalam teori kognitif berfungsi sebagai sumber umpan balik. Umpan balik ini memberi tahu tentang apa yang mungkin terjadi kalau tingkah laku diulang-ulang. Dalam teori ini reinforcement juga berfungsi untuk mengurangi ketidakpastian yang mengarah ke pemahaman dan penguasaan


     Dengan adanya ilmu mengenai perkembangan kognitif kanak-kanak , guru dapat merancang rancangan pengajaran dengan lebih berkesan. Hal ini kerana guru dapat mengenal pasti aras pemikiran bagi kanak-kanak dan membuat perancangan yang teliti mengenai subjek yang ingin diajarkan kepada murid. Ini membolehkan proses pembelajaran berlaku pada tahap yang betul dan proses pembelajaran optimum dapat dicapai. 

3.1 PRINSIP-PRINSIP TEORI KOGNITIF

Rajah 4 : Prinsip-prinsip Teori Kogn itif

3.2 PENGAPLIKASIAN TEORI KOGNITIF DI DALAM BILIK DARJAH MENGGUNAKAN PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)

Umum sedia maklum, Teori Kognitif lebih menekankan pada belajar merupakan suatu proses yang terjadi dalam akal fikiran manusia. Pada dasarnya belajar adalah suatu proses usaha yang melibatkan aktiviti mental yang terjadi dalam diri manusia sebagai akibat dari proses interaksi aktif dengan persekitarannya untuk memperoleh suatu perubahan dalam bentuk pengetahuan, pemahaman, tingkah laku, keterampilan dan nilai sikap yang bersifat relatif. Sehubungan dengan itu, banyak pengaplikasian elemen Teori Kognitif yang dapat dikenal pasti di dalam bilik darjah semasa sesuatu proses Pengajaran dan Pembelajaran.

  Antaranya ialah guru lebih menekankan proses pembelajaran murid daripada hasil pembelajaran semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah (Ee Ah Meng, 2002). Pernyataan ini merujuk kepada guru yang merancang aktiviti PdP yang bersifat memberikan sesuatu nilai atau ilmu kepada murid-murid. Sebagai contoh, semasa guru mengajar mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, guru lebih mementingkan pemahaman murid itu sendiri dalam melaksanakan sesuatu aktiviti berbanding dengan hasil bantuan orang lain. Ini menunjukkan guru tersebut mengaplikasikan prinsip Teori Kognitif.

     Pengaplikasian Teori Kognitif di dalam bilik darjah yang kedua ialah guru mementingkan aktiviti yang menggalakkan pemikiran murid secara kreatif dan kritis. Ini bermaksud guru memberikan tugasan kepada murid yang bersifat KBAT, iaitu mencungkil Kemahiran Berfikir Aras Tinggi murid. Sebagai contoh, guru memberikan tugasan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di mana murid perlu membina suatu pangkalan data. Ini membuktikan guru melaksanakan elemen Teori Kognitif di dalam bilik darjah semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran.

     Selain itu, pengaplikasian Teori Kognitif semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah adalah dari aspek strategi pengajaran. Guru menggunakan strategi pengajaran Berpusatkan Bahan, Tugasan atau Masalah. Ini merujuk kepada guru yang mengasah kepakaran dan kemahiran murid dalam penggunaan sumber dan penyelesaian masalah. Contohnya, guru memberikan tugasan berbentuk data mentah. Data mentah tersebut perlu dipindahkan kepada maklumat yang telah diproses dengan menggunakan perisian yang diberikan oleh guru.

     Akhir sekali, pengaplikasian Teori Kognitif di dalam bilik darjah ialah guru mengenal pasti aras pemikiran bagi murid-murid. Dengan adanya ilmu mengenai perkembangan kognitif kanak-kanak , guru dapat merancang rancangan pengajaran dengan lebih berkesan. Ini adalah kerana guru dapat mengenal pasti aras pemikiran bagi kanak-kanak dan membuat perancangan yang teliti mengenai subjek yang ingin diajarkan kepada murid. Ini membolehkan proses pembelajaran berlaku pada tahap yang betul dan proses pembelajaran optimum dapat dicapai.

     Kesimpulannya, elemen Teori Kognitif adalah diaplikasikan di dalam bilik darjah. Sehubungan dengan itu, guru perlulah membuat pelan perancangan yang sistematik dan efektif dalam aktiviti PdP.

4.0 TEORI INTERAKSI MANUSIA-KOMPUTER

Ilmu yang mempelajari bagaimana manusia berinteraksi dengan komputer dan pengaruh dari interaksi antara manusia dan komputer.

     Fokus dari interaksi manusia dan komputer adalah perancangan dan penilaian antara muka pengguna (user interface) (Shneiderman, 1998). Interaksi Manusia dan Komputer (IMK) atau Human Computer Interaction (HCI) adalah disiplin ilmu yang berhubungan dengan perancangan, evaluasi, dan implementasi sistem komputer interaktif untuk digunakan oleh manusia, serta pembelajaran fenomena-fenomena besar yang berhubungan dengannya.

4.1 PRINSIP-PRINSIP TEORI MANUSIA-KOMPUTER


Rajah 4 : Prinsip-prinsip Teori Interaksi Manusia-Komputer


4.2 PENGAPLIKASIAN TEORI INTERAKSI MANUSIA-KOMPUTER DI DALAM BILIK DARJAH MENGGUNAKAN PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)

Banyak bukti pengaplikasian Teori Interaksi Manusia-Komputer di dalam bilik darjah. Antaranya ialah ia digunakan oleh para guru untuk membuat perancangan pengajaran di dalam mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Hal ini demikian teori ini memfokuskan kepada penggunaan komputer atau medium interaktif dalam membolehkan sesuatu dicapai. Dalam erti kata yang lain, dengan membina perhubungan di antara pengguna dan komputer, pembelajaran boleh berlaku pada tahap yang optimum dan mampu mengurangkan beban guru dalam menyediakan alatan untuk mengajar di dalam kelas.

    Sebagai contoh menggunakan permainan interaktif di dalam pengajaran dengan menggunakan konsep interaksi antara manusia dan komputer (Ee Ah Meng, 2002). Suasana pembelajaran yang dibina akan menjadi lebih menarik dan membolehkan proses pembelajaran berlaku pada tahap yang maksimum. Ini membuktikan bahawa penggunaan komputer sebagai medium interaktif di dalam melaksanakan P&P adalah pilihan yang tepat dan boleh digunakan di dalam membina rancangan pengajaran bagi mata pelajaran TMK.
Selain itu, guru menggunakan teknologi komputer di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (Gloria Antifaif, 2000). Ini merujuk kepada guru menggunakan kemudahan ICT dalam penyampaian ilmu. Sebagai contoh, guru menerangkan jenis-jenis rangkaian menggunakan perisian Microsoft Powerpoint. Ini jelas menunjukkan pengaplikasian Teori Interaksi Manusia-Komputer.

     Seterusnya, guru menggalakkan murid untuk meneroka dan menggunakan komputer (Gary G Bitter and Melissa E.Pierson, 1999). Ini juga merupakan bukti pengaplikasian Teori Interaksi Manusia-Komputer di dalam bilik darjah. Ini adalah kerana guru menggalakkan murid-murid untuk mengetahui dan meneroka sendiri komputer dan fungsi-fungsinya.  Akhir sekali, pembinaan dan pembentangan hasil tugasan adalah berbantukan komputer di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, guru menggunakan bilik makmal ICT dalam melihat hasil tugasan murid-murid.

     Kesimpulannya, banyak bukti pengaplikasian Teori Interaksi Manusia-Komputer ini di dalam bilik darjah. Sehubungan dengan itu, guru adalah digalakkan dalam melaksanakan aktiviti PdP yang menggunakan teknologi agar proses Pengajaran dan Pembelajaran adalah efektif dan sistematik serta menarik.


SUMBER RUJUKAN


Ben Zion Barta, Mosle Telem dan Yaffa Ger ( 1995). Information Technology in
       Educational Management
. London, UK: Chapman & Hall.

Bird, J., & Caldwell, H. (2014). Lessons in teaching computing in primary schools.
       Singapore: Sage.

Brenda Mergel (1998, May). Educational Communications and Technology.
       Instructional Design and Learning Theory.
Laman web diakses pada 02 September
       2016;
       http://www.usask.ca/education/coursework/802 paper/mergel/mergel.pdf

Budiningsih (2005). Cognitive in School. India. Refone Publisher

Carolyn Staudt (2005). Changing How We Teach And Learn With Handled Computers.
        Thousand Oaks, California: Corwin Press a Sage publication Company.

David Thorbun (2000, Februari). Technology Integration and Educational change. Is it
        Possible?
. Laman web diakses pada 05 September 2016;
        http://www. usask.ca/education/coursework/802papers/index.htm

Ee Ah Meng (2002). Pedagogi III Edisi Kedua (Semester III). Shah Alam, Selangor: Fajar
         Bakti Sdn Bhd
Gary G Bitter and Melissa E.Pierson (1999). Using Technology in the Classroom (4
         th edition). Needham Heights: A Viacom Company.

Gloria Antifaiff (2000, April). Integrating Technology into Curriculum. Laman web
          diakses pada 10 September 2016;
          http://www. usask.ca/education/coursework/802paper/index.html

Herring, M. (2014). Handbook of Technological Pedagogical Content Knowledge   
       (TPCK) for Educators. Hoboken: Taylor and Francis.

Jan Piaget (1987). Kognitive in Education Theory. Switzerland. CCopysand

Kamus Dewan (2010). Kamus Dewan Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
           dan Pustaka

Pitler, H., Hubbell, E., & Kuhn, M. (2012). Using technology with classroom instruction
          that works
(2nd ed.). Alexandria, VA: ASCD.

Rusmini Ku Ahmad (2002). Integrasi ICT dalam P&P. Kementerian Pendidikan
         Malaysia: Tesis Doktor Falsafah
Shneiderman (1998). Human Computer Interaction (HCI). New Jersey. Coppy Utd


maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA