SPdPR: Sistem Pelaporan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah

SPdPR: Sistem Pelaporan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah ini merupakan sistem yang dibangunkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing menggantikan sistem pelaporan sedia ada iaitu sebelum ini, sistem pelaporan PdPR yang digunakan hanyalah menggunakan pautan (link) Google Form Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing.

Sistem ini dibangunkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. 

SPdPR ini merupakan satu aplikasi pengurusan pelaporan PdPR secara dalam talian yang dibangunkan bagi mengumpul maklumat pelaksanaan PdPR, pemantauan, pelaporan dan pelaksanaan tindak susul di peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM.

Bagi negeri Sabah, SPdPR ini akan mula digunakan mulai 12 Julai 2021 (Isnin). Ini bermaksud, pautan Google Form PdPR daripada JPN Sabah tidak lagi digunakan untuk tujuan pelaporan PdPR.






Pautan SPdPR bagi negeri Sabah ialah KLIK DI SINI.


Berikut dikongsikan cara melog masuk (log in) ke dalam sistem SPdPR ini yang telah disediakan oleh JPN Sabah.

Log Masuk Kali Pertama ke SPdPR









Cara Guru Mengisi Pelaporan PdPR Harian di SPdPR

Berikut pula dikongsikan cara guru mengisi pelaporan PdPR harian melalui sistem SPdPR ini:










Info Penting berkaitan SPdPR










KEMAS KINI 13 JULAI 2021 (SELASA)

Untuk perhatian admin SPdPR sekolah: Menu "Import Murid (Data APDM)" telah ditambah dalam dashboard Admin SPdPR bagi sekolah-sekolah di bawah JPN Sabah.

Untuk perhatian guru: Menu "KEHADIRAN PDPR" oleh murid tersedia sekiranya admin SPdPR sekolah telah import (upload) data murid dari APDM ke SPdPR. Ini bermakna, guru boleh merekod kehadiran murid yang mengikuti PdPR.

Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut berkaitan SPdPR ini, bolehlah merujuk kepada admin SPdPR sekolah masing-masing.

Sebarang informasi terkini berkaitan SPdPR ini khususnya bagi negeri Sabah akan saya kemas kini dari semasa ke semasa sekiranya berlaku sebarang perubahan atau penambahbaikan.

Sekian, terima kasih.

4 Ulasan

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA