Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, saya berkongsi berkaitan salah satu komponen ilmu tatabahasa dalam aspek morfologi Bahasa Melayu iaitu Kata Ganti Nama Diri.
1. Maksud
Kata yang digunakan untuk
menggantikan nama orang.
2. Jenis:
Terbahagi kepada 3 jenis:
a.
Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur).
b.
Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar)
c.
Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya)
3. Bilangan penutur / pendengar:
a.
Tunggal (seorang)
b.
Jamak (lebih daripada seorang)
4. Golongan pengguna:
a.
Masyarakat Moden
b.
Masyarakat Melayu Lama (klasik)
c.
Masyarakat Istana / Bangsawan
5. Contoh Kata Ganti Nama Diri
a.
Kata Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri orang yang
bertutur.
Kata Ganti Diri Pertama
|
Penggunaannya
|
aku (tunggal)
|
Digunakan
apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan (keakraban)
|
saya (tunggal)
|
Digunakan
apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana
rasmi.
|
hamba
(tunggal)
|
Digunakan
untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu.
|
patik
(tunggal)
|
Digunakan oleh
rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
|
beta (tunggal)
|
Digunakan oleh
raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
|
kami (tunggal)
|
Digunakan pada
diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
|
kita (tunggal)
|
Digunakan pada
diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua.
|
b.
Kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang yang diajak
bertutur.
Kata Ganti Diri Kedua
|
Penggunaannya
|
anda (tunggal
dan jamak))
|
Digunakan untuk diri orang kedua apabila berhadapan
dengan kita.
|
awak (tunggal)
|
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat
hubungannya dengan kita.
|
engkau
(tunggal)
|
Digunakan
untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan
juga (Engkau)
|
Tuan hamba
(tunggal)
|
Digunakan
untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama
digunakan ‘hamba’ mesti diikuti ‘tuan hamba’ sebagai kata ganti diri kedua)
|
tuanku
(tunggal)
|
Digunakan
apabila bercakap dengan raja atau sultan.
|
kalian
(tunggal)
|
Digunakan
untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
|
kamu (tunggal
dan jamak))
|
Digunakan
untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
|
c.
Kata Ganti Nama Diri Ketiga – menggantikan nama diri orang yang
diceritakan halnya (orang yang diceritakan halnya tidak hadir)
Kata Ganti Diri Ketiga
|
Penggunaannya
|
baginda (tunggal)
|
Digunakan
untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.
|
beliau
(tunggal)
|
Digunakan
untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan pemimpin.
|
Dia dan ia
(tunggal)
|
Digunakan
untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
|
mereka (tunggal)
|
Digunakan
untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.
|
6. Bentuk kesilapan:
SALAH
|
BETUL
|
“Kami
tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Murthi kepada Azrul.
|
“Kita
tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Muthi kepada Azrul.
|
Kereta itu
sungguh mahal kerana ianya diimport dari Jepun.
|
Kereta itu
sungguh mahal kerana diimport dari Jepun.
|
Beliau
diberkas kerana terlibat
dalam kes penipuan.
|
Dia diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.
|
“Hamba
mohon maaf atas kesalahan hamba,” kata Paduka Ali kepada
Sultan Mansor Syah.
|
“Patik
mohon maaf atas kesalahan patik,” kata Paduka Ali kepada
Sultan Mansor Syah.
|
Kakitangan
syarikat ini sedia menolong engkau.
|
Kakitangan
syarikat ini sedia menolong anda.
|
Saya ingin
berjumpa dengan ia.
|
Saya ingin
berjumpa dengannya.
|
Mereka-mereka sedang bermain bola di padang.
|
Mereka sedang
bermain bola di padang.
|
7. Ringkasan:
Kata Ganti
Nama Diri
|
Tunggal
|
Bilangan
Banyak / Jamak
|
Diri Pertama
(penutur)
|
aku
saya
patik
hamba
|
kami
kita
|
Diri Kedua
(pendengar)
|
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
tuan hamba
|
awak semua
kamu semua
saudara
sekalian
saudari
sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
|
Diri Ketiga
(orang yang diceritakan halnya)
|
Dia
Ia
Beliau
Baginda
|
mereka
|
Terma kasih, cikgu,Perkongsoan yg sungguh bermakna dan berfaefah bg semua
BalasPadamsama2 Cikgu ...Terima kasih kembali
Padamsumbangan cikgu byk membantu dan memudahkan kerja saya. terima kasih cikgu. semoga Allah membalas budi baik cikgu
BalasPadamtq cikgu..izinkan sy share
BalasPadamterima kasih cikgu. izinkan saya guna dalam pdp sy
BalasPadamCatat Ulasan