Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa murid-murid tahun 6 yang sedang menanti keputusan UPSR 2017 untuk memohon secara online kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2018.


Permohonan dibuka mulai 16 Oktober hingga 19 November 2017. Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila layari https://sst1.moe.gov.my atau klik gambar di bawah : 

LATAR BELAKANG SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN

APA ITU SEKOLAH BERASRAMA PENUH ?

Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) merupakan sekolah yang 100% di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia . Berbeza dengan MRSM yang merupakan bawah kelolaan MARA yang bukan 100% kerajaan namun ianya di bawah kawalan KPM juga .

SYARAT PEMILIHAN BAGI KEMASUKAN TINGKATAN SATU (1) SBP 2018/ 2019


  1. Murid mestilah Warganegara Malaysia
  2. Dari Sekolah Tahun 6 Kebangsaan
  3. Memperolehi 6A Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
  4. Aktif dalam kokurikulum

Kriteria berikut juga mungkin boleh dipertimbangkan untuk masuk SBP iaitu:-


  1. Murid mencapai sekurang-kurangnya 3A 3B serta aktif sukan atau permainan sekurang-kurangnya mewakili negeri ke peringkat kebangsaan
  2. Murid dari keluarga miskin berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (Kumpulan Miskin Tegar) mendapat sekurang-kurangnya 3A 3B dalam UPSR dan aktif dalam kokurikulum

Pindaan Syarat Pemilihan Kemasukan SBP Tingkatan 1 – 2018/ 2019

SYARAT-SYARAT TAWARAN

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
  2. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat  tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, lelah (asthma) atau penyakit berjangkit;
  3. Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan;
  4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.


Sejarah Penubuhan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK)

       BPSBPSK mula beroperasi sepenuhnya mulai 1 Jun 2008 dengan kelulusan waran perjawatan S49/2008, S178/2008 dan S262/2008. Pada asalnya, pentadbiran Sekolah Berasrama Penuh (SBP) diuruskan oleh Unit Sekolah Berasrama Penuh di bawah pengurusan Bahagian Sekolah. Selaras dengan penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia, mulai 1 Mac 2008 dan kelulusan waran perjawatan S45/2008 telah dengan rasminya mewujudkan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster bagi mentadbir urus Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Kluster (SK).

     Penekanan kerajaan terhadap Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) telah mewujudkan dua lagi sektor baru yang menyelaraskan pengurusan dan operasi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada tahun 2010. Penubuhan sektor tersebut membawa kepada pindaan nama baharu iaitu Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK).

 VISI
Peneraju Pendidikan Bertaraf Dunia

MISI
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu

OBJEKTIF
  1. Mewujudkan peluang untuk murid yang berpotensi terutama dari kawasan luar bandar bagi mendapat pendidikan yang kondusif;
  2. Meningkatkan bilangan murid bumiputera yang layak melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi;
  3. Menjayakan agenda negara bagi melaksanakan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi meningkatkan golongan profesional yang diperlukan;
  4. Memantapkan sahsiah murid yang bercirikan karakter generasi-Y;
  5. Meningkatkan amalan budaya penyayang bagi membentuk masyarakat harmoni;
  6. Meningkatkan pengurusan diri murid dalam memastikan kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah;
  7. Membangunkan potensi murid yang mampu memimpin kemajuan negara ke peringkat antarabangsa;
  8. Mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan murid bagi membina jati diri yang berorentasikan acuan Malaysia;
  9. Melahirkan modal insan yang mengamalkan nilai masyarakat yang progresif dan dinamik. 


FUNGSI

Fungsi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan :
  1. Memastikan semua dasar, program dan aktiviti yang dipertanggungjawabkan dilaksanakan bertepatan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan;
  2. Merancang, mengawal dan memastikan pengurusan pendidikan dan perkhidmatan profesional berkualiti dan bertaraf dunia;
  3. Merancang, memantau dan memastikan SBP dan SK melestarikan kecemerlangan pendidikan  bertaraf dunia;
  4. Merancang, mengawal dan menilai pelaksanaan program pendidikan di SBP dan SK bagi memenuhi aspirasi negara.


SUMBER : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA