Frog VLE dan Pelan Data Guru Akan Tetap Diteruskan selepas 30 Jun 2019. Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Artikel ini dikongsikan berikutan daripada artikel daripada admin yang sebelumnya bertajuk Sekolah akan Menggunakan Google Classroom Menggantikan Frog VLE



Umum sedia maklum, Fasa 2 Projek 1BestariNet akan tamat pada 30 Jun 2019. Pihak FrogAsia telah mendapat banyak persoalan tentang akses Frog VLE selepas 30 Jun 2019. Pihak FrogAsia difahamkan berkemungkinan akan terdapat tempoh sehingga 6 bulan bagi pihak KPM membuka tender baharu untuk fasa seterusnya.


Sehubungan dengan itu, FrogAsia amat prihatin terhadap keadaan di mana semua sekolah-sekolah akan membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun.  Pihak FrogAsia juga amat menghargai segala usaha sekolah dalam mencipta dan memuat naik kandungan pengajaran dan pembelajaran dalam Frog VLE, serta keaktifan pihak sekolah dalam  menggunakan pelantar ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan membudayakannya di sekolah.


Oleh itu, pihak FrogAsia dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan Frog VLE masih berjalan dan tersedia seperti biasa selepas 30 Jun 2019. Semua pengguna masih boleh menggunakan username dan password masing-masing.


Seperti yang telah dirancangkan, pihak FrogAsia akan menerbitkan Pek Ulang kaji pada 1 Julai ini untuk semua sekolah (SK, SJK(C), SJK(T) dan SMK) yang mengandungi soalan dan kuiz untuk topik-topik yang meliputi pengajaran dan pembelajaran dari Januari sehingga Jun. Di antara subjek-subjek yang terlibat ialah:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains


Pek Ulang kaji adalah sebagai sumber tambahan kepada site yang terdapat dalam Boost yang meliputi semua subjek berdasarkan sukatan pelajaran.


Berhubung dengan Pelan Data Guru ( Telefon Mudah Alih Altitude) pula, pihak FrogAsia memaklumkan bahawa guru-guru masih boleh menyimpan dan menggunakan telefon mudah alih Altitude dengan pelan data guru seperti sedia ada. Oleh itu, guru-guru masih boleh menggunakan perkhidmatan ini di dalam bilik darjah serta di rumah untuk mengakses Frog VLE seperti perkhidmatan sedia ada tanpa sebarang gangguan.

Perkongsian ini adalah bersumberkan daripada portal rasmi FrogAsia. Sekian. Teruskan menyokong admin di t.me/cgusuhaimin dan t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi terkini berkaitan dunia pendidikan.

Kongsi itu mesti, berkat itu pasti.
Cikgu Suhaimin

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA