Pengalaman Pertama Menjadi Hakim - Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu Kategori SJKC Peringkat Daerah

Pengalaman Pertama Menjadi Hakim - Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu Kategori SJKC Peringkat Daerah Lahad Datu dan Kunak bagi tahun ini (2021) ini dikongsikan untuk tatapan kenangan diri ini pada masa akan datang.

Diri ini tidak sangka diberikan kepercayaan untuk menjadi salah seorang hakim bagi Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu kategori Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Peringkat Daerah Lahad Datu dan Kunak bagi tahun ini (2021). Ini merupakan pengalaman PERTAMA bagi diri ini yang juga antara salah satu amanah yang agak berat (ya lah, menilai orang lain kan🤣🤣🤣)

Pada mulanya, diri ini menolak (dengan baik🤣🤣🤣) pelantikan ini kerana diri ini berasa diri ini tidak layak untuk menjadi hakim mana-mana acara/pertandingan. Tetapi, pegawai yang bertanggungjawab melantik hakim pertandingan ini memberikan nasihat kepada diri ini bahawa ini merupakan peluang yang baik untuk diri ini menimba pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kehakiman seperti ini. Maka, dipendekkkan cerita, diri inipun menerima lantikan sebagai salah seorang hakim daripada tujuh (7) hakim yang lain yang jauh lebih berpengalaman dan mahir.

Ringkasnya, pertandingan ini dilaksanakan secara dalam talian (online) berbentuk rakaman video yang mana seramai 11 orang murid mewakili sekolah SJKC masing-masing menjadi peserta pertandingan ini.

Pertandingan ini berlangsung pada 31 Julai 2021 (Sabtu) dan para hakim (kami) berkumpul di Bilik Mesyuarat OPTIMA, PPD Cawangan (Lahad Datu) bermula pada 07:30 pagi sehingga 12:00 tengah hari dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan pandemik Covid-19.

Tujuan kami (para hakim) berkumpul untuk berbincang segala perkara yang berkaitan dengan pertandingan ini untuk memberikan penilaian yang utuh dan baik yang mana diketuai oleh Puan Suriayanah binti Abd Latief yang bertindak sebagai Ketua Hakim.

ATUR CARA MAJLIS

Galeri sepanjang majlis berlangsung;



Selfie sekejap selepas tugas sebagai hakim selesai. 

Alhamdulillah. Saya ucapkan jutaan terima kasih khususnya kepada Puan Subaeda binti Muharam, Pegawai SISC+ Bahasa Melayu Sekolah Rendah, PPD Lahad Datu kerana memberikan peluang kepada diri ini untuk menuntut ilmu dan mendapat pengalaman dalam bidang ini. 

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu:

  1. Tn. Abdul Aziz bin Abdul Rashid (Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu)
  2. Tn. Hj. Suharpi bin Lasuddang (Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu)
  3. En. Rizwan bin Dahlan

Seterusnya, jutaan terima kasih kepada barisan hakim yang lain kerana banyak memberikan perkongsian ilmu dan pengalaman serta bimbingan dan tunjuk ajar kepada diri ini sebagai hakim khususnya dalam pertandingan syarahan seperti ini. Seronok bekerja bersama mereka 😄😄😄.

  1. Pn. Suriyanah binti Abd Latief (Ketua Hakim/ Pegawai Teknikal Pidato Daerah Lahad Datu/ SMK Agaseh)
  2. Tn. Hj. Suhaimi bin Kasuari (Penolong Kanan 1 SK Payang)
  3. Pn. Nik Suhana binti Megat (Penolong Kanan 1 SK Lahad Datu III)
  4. Pn. Peyona binti Mokhtar (Ketua Panitia Bahasa Melayu/ Jurulatih Utama Bahasa Melayu Sekolah Rendah/ SK Binuang)
  5. Pn. Enseng binti Tika (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/ Jurulatih Utama Bahasa Melayu Sekolah Menengah/ Sekolah Menengah Sains Lahad Datu)
  6. Pn. Marhani binti Ali (Ketua Bidang Bahasa/ SMK Terusan)
  7. Cik Nuratikah binti Thalib (Ketua Panitia Bahasa Melayu/ Jurulatih Utama Bahasa Melayu Sekolah Menengah/ Sekolah Menengah Sains Lahad Datu)

Ucapan penghargaan saya juga tujukan kepada Tuan Lee Ket Fah, Guru Besar SJKC Chee Vun Lahad Datu sebagai penyelaras pertandingan ini dan barisan urus setia yang memastikan pertandingan ini dapat dilaksanakan dengan lancar.

Insya-Allah, segala perkongsian pengalaman dan ilmu yang diri ini dapat daripada anda semua akan dikongsikan kepada orang lain agar sama-sama mendapat manfaat dan keberkatan bersama. 

Sekian, terima kasih.

"KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI"

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA