Perkara yang Perlu Dilakukan selepas Menyertai Program Transformasi Minda

Perkara yang Perlu Dilaksanakan selepas Menyertai Program Transformasi Minda ini adalah berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan saya. Insya-Allah, kepada rakan-rakan guru novis yang lain boleh ambil maklum perkara ini sebab penting ni guys, untuk urusan pengesahan dalam perkhidmatan kita sebagai penjawat awam (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41).

1. Menghantar Borang Penilaian Keberkesanan Latihan

Pihak penganjur (Institut Pendidikan Guru) akan memberikan borang ini pada hari terakhir PTM berlangsung yang mana perlu diberikan kepada Ketua Jabatan masing-masing (Guru Besar/Pengetua) untuk mereka isi.

Kemudian, kita perlu menghantar borang ini semula kepada pihak penganjur.





2. Memuat turun dan mencetak Sijil Penyertaan mengikuti Program Transformasi Minda (PTM)

Anda boleh mendapatkan sijil ini di portal Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM) di SINI.




3. Menyemak dan Mencetak Sijil Keputusan Program Tranformasi Minda (PTM)





4. Mengisi Borang Permohonan Pengesahan dalam Perkhidmatan

Dapatkan daripada kerani sekolah masing-masing atau pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).











5. Menyediakan salinan dokumen yang diperlukan dalam Borang Permohonan Pengesahan dalam Perkhidmatan

  1. Salinan Surat Tawaran Pelantikan
  2. Salinan Surat Penempatan
  3. Salinan Surat Pengesahan Pelantikan
  4. Salinan Sijil Program Transformasi Minda (PTM)
    1. Sijil Penyertaan (muat turun di portal SPLKPM masing-masing)
    2. Sijil Keputusan PTM (semak muat turun di SINI)
  5. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  6. Salinan Kad Pengenalan
Semua dokumen yang telah dinyatakan di atas perlu disahkan oleh Ketua Jabatan kita iaitu Guru Besar/Pengetua sekolah (tempat berkhidmat) masing-masing.

6. Menyerahkan borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang telah disahkan oleh Guru Besar/Pengetua kepada kerani sekolah masing-masing.

7. Menyemak, memuat turun dan mencetak Surat Pengesahan dalam Perkhidmatan di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) di SINI.









TAMAT



Sekian, terima kasih dan semoga bermanfaat.
Assalamualaikum, selamat sejahtera dan jaga diri semua.
#KekalTenang #KitaJagaKita

1 Ulasan

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA