PdPR - Perekodan dan Pendokumentasian Pelibatan Murid

Perkongsian bertajuk PdPR - Perekodan dan Pendokumentasian Pelibatan Murid ini merupakan catatanku sepanjang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sejak penguatkuasaan PKPDB (sekarang PKPB) iaitu sejak 29 September yang lalu.

Rekod dan Analisis Pelibatan Murid hanya dengan menggunakan perisian Microsoft Excel sahaja🤩🤩🤩


Inilah rutin setiap hari Isnin sehingga Jumaat sejak penguatkuasaan PKPDB hari tu 🤣

Semua dijana secara AUTOMATIK iaitu;

  1. jumlah murid mengikuti PdPR
  2. jumlah murid tidak mengikuti PdPR
  3. peratus pelibatan murid
  4. peratus markah murid
  5. gred
  6. hari
  7. analisis murid mengikut pencapaian (gred)
  8. graf bar
  9. tarikh terakhir rekod tersebut dikemas kini
  10. masa terakhir rekod tersebut dikemas kini

Perkara yang paling kusuka ialah sebaik sahaja kita taip murid tersebut telah HANTAR, cell dalam sheet (column) murid tersebut akan automatik menjadi hijau dan sebaliknya, akan menjadi merah. Memudahkan untuk analisis data dengan lebih cepat. Senang nanti buat refleksi dan penambahbaikan.😅

Yang dilakukan secara manual hanyalah mengisi;

  1. mata pelajaran
  2. tarikh PdPR berlangsung
  3. markah penuh
  4. markah setiap murid yang berjaya mengikuti PdPR

Baru belajar explore formula-formula (Insert Function) Excel 🤣

Dulu ndak berminat dengan Excel ni, sekarang, tiap hari hadap Excel😂😂😂 Suka dengan aktiviti merekod dan menganalisis data ni😅

CATATAN;

Itulah antara jumlah murid yang dapat mengikuti PdPR secara online. Faham jugak disebabkan pelbagai faktor. 🤧 Inilah salah satu kekangan yang kuhadapi dalam melaksanakan PdPR secara online

Kalau PdPR secara offline, lain lagi jumlahnya, lain lagi ceritanya, hihi🤣.

Murid yang mendapat markah kurang daripada 40% atau objektif PdPR yang telah ditetapkan akan diberikan bimbingan lanjut.

Insya-Allah, melaksanakan inisiatif lain supaya murid-murid yang lain dapat mengikuti PdPR . 💪🏼

Insya-Allah, sekiranya aku ada kelapangan, akan kukongsikan tutorial (cara) membuat analisis seperti ini kepada semua. 

Sekian,

Daripada budak (masih lagi status budak ya!) yang baru belajar menggunakan Excel 🤣🤣😂

2 Ulasan

  1. Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik cikgu, terima kasih

    BalasPadam
  2. Cikgu..menarik sekali idea cikgu.. Bila boleh kongsikan di sini?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA