Perkongsian bertajuk PdPR - Penyediaan Sijil Digital (Janaan secara Automatik) kepada Murid ini merupakan catatanku sepanjang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sejak penguatkuasaan PKPDB (sekarang PKPB) iaitu sejak 29 September yang lalu.

Antara sijil digital berformatkan PDF yang kuberikan kepada murid-muridku sebaik sahaja mereka berjaya mengikuti PdPR dan menjawab latihan yang diberikan.










Sijil ini akan dijana secara automatik menggunakan Add-On Google Forms iaitu Certify'em. Inilah salah satu faktor aku lebih suka menggunakan platform Google Forms dalam pelaksanaan PdPRku selain dapat merekodkan terus nama murid yang berjaya mengikuti PdPRku (link dengan Google Sheets). Senang mau buat rekod dan bagi sijil istimewa nanti🤣.

ANDA BOLEH MEMUAT TURUN/DOWNLOAD SOCTCOPY SIJIL INI PADA PAUTAN INI

Murid-muridpun seronok sebab dapat sijil yang ditandatangani oleh Guru Besar. Adala jugak sebagai penghargaan (atas usaha mereka), motivasi dan kenangan mereka untuk mereka simpan (ingat) 🤣🤣🤣.

Insya-Allah, mereka bukan sahaja mendapat sijil ini secara digital, tetapi akan mendapat sijil yang sebenar.

Aku settingkan syarat untuk mendapat sijil-sijil ini adalah dengan mendapat markah sekurang-kurangnya 40%. 🤣

Terima kasih kepada insan-insan yang kongsikan gambar-gambar yang sesuai untuk dijadikan templat sijil ini🌹

Jom sama-sama ‘explore’ kemudahan yang Google sediakan 🤣🤣🤣

Insya-Allah, sekiranya aku ada kelapangan, akan kukongsikan tutorial (cara) membuat sijil digital seperti ini kepada semua. 

Sekian. Assalamualaikum dan selamat bekerja dari rumah (BDR).

3 Ulasan

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA