Malaysia Website Awards 2019: Memenangi Laman Web Terbaik (Site of The Month - October) bagi Kategori Persendirian. Alhamdulillah. Tak sangka langsung website Cikgu Suhaimin (dot) com dapat menang. Hari tu just isi dan submit permohonan jak. Rezeki. 😊

Okay. First of all, mesti tertanya-tanya Malaysia Website Awards (MWA) ni apa kan

Aku terangkan di sini. Malaysia Website Awards (dalam bahasa Melayunya, Anugerah Laman Web Malaysia) merupakan anugerah yang diberikan kepada penulis-penulis dan pengusaha laman web di Malaysia yang mana dikelolakan oleh Exabytes Sdn. Bhd. 

Dalam kata lain, MWA ni bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan atas prestasi, bakat dan usaha yang luar biasa dari pembangun web terbaik, pereka web dan agensi web dan pada masa yang sama mendorong kreativiti, perkongsian dan peningkatan kualiti reka bentuk laman web secara keseluruhan di negara ini.

MWA ni diwujudkan atas tiga objektif (tujuan) utama iaitu:

  1. Discover - Untuk mencari, mengenal dan mempromosikan bakat di negara ini.
  2. Reward - Untuk menghargai bakat dalam pelbagai kategori - reka bentuk, SEO, kreativiti, kandungan, keramahan pengguna, pengekodan, dll.
  3. Gather - Untuk mengumpulkan pereka web, pemaju, pakar SEO dan sejenisnya untuk mewujudkan kemahiran dan bakat lebih lanjut.


Siapa penganjur MWA ni?

Pihak atau organisasi yang mengelolakan MWA ini ialah Exabytes Group iaitu salah satu institusi IT teratas di Asia Tenggara.

Dari operasi satu orang di Malaysia pada tahun 2001, organisasi ini telah mengembangkan perniagaannya ke seluruh dunia dan kini melayani lebih dari 70,000 pelanggan dengan lebih dari 100,000 laman web, dan lebih dari 1 juta akaun e-mel di seluruh dunia dari 121 negara. Exabytes kini mempunyai lebih dari 100 anggota kakitangan yang bekerja di banyak cawangannya di Malaysia dan Singapura.

Terdapat tiga anugerah yang dipertandingkan yang mana untuk memenangi ketiga-ketiga jenis award ini dinilai berdasarkan lima kriteria utama iaitu reka bentuk (design), Search Engine Optimization (SEO), kebolehcapaian (accessibility), persembahan (performance) dan kandungan (content). Tiga anugerah yang dimaksudkan ialah:

  1. Site of The Month
  2. Site of The Year
  3. Favourite Website

Pengalaman

Okay, sudah terangkan pengenalan tentang Malaysia Website Awards ni. Sekarang mau cerita pengalaman menjadi salah seorang penerima anugerah MWA ini untuk tahun 2019.

Mau cerita dari awal la kan?. Best sedikit sebab nanti boleh jadi kenangan untuk tatapan masa pada akan datang. Insya-Allah.

Aku tak terfikir pun untuk memenangi anugerah ni sebab aku tengok calon-calon yang bertanding untuk anugerah ini sangat hebat dan bukan calang-calang orangnya. 

29 September 2019

Aku mengisi terlebih dahulu permohonan untuk memenangi anugerah ni iaitu Anugerah Laman Web Terbaik di bawah kategori persendirian (personal) untuk bulan Oktober 2019. 



7 November 2019 

Then, tunggu e-mel pengesahan daripada Exabytes sama ada permohonan aku iaitu website aku layak dipertandingkan untuk kategori tu dan alhamdulillah, aku layak iaitu websiteku telah disenaraikan oleh MWA 2019.


5 Februari 2020

Dihubungi oleh urus setia MWA 2019 untuk menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah MWA 2019 yang turut menyatakan websiteku (cikgusuhaimin.com) telah memenangi Anugerah Laman Web Terbaik (Site of The Monthbagi bulan Oktober 2019 (kategori persendirian). Terkejut!



Exabytes turut memberikan surat kepadaku (sebab aku mintak) 😂🤣 untuk aku tujukan kepada Guru Besarku untuk membenarkan aku menghadiri event ni sebab event ni berlangsung pada hari PdPc iaitu dilaksanakan pada 13 Februari 2020 bertempat di Colony Coworking Space & Event Spaces, Star Boulevard KLCC, Kuala Lumpur.


Prosedur tetap prosedur. Aku mengemukakan permohonanku untuk menghadiri event ni kepada Guru Besar dengan memohon Cuti Rehat Khas (CRK) - aku isi CRK secara manual sebab aku guru baru dilantik, jadi akaun HRMIS masa tu belum ada untuk aku. Alhamdulillah, Guru Besar bagi keizinan, siap ucap tahniah lagi. (Alhamdulillah, aku dikurniakan pemimpin yang supportive dan prihatin.)



12 Februari 2020

Sehari sebelum event tu berlangsung, aku bertolak from Tawau ke Kuala Lumpur.


Penginapan

Aku stay di D'mayang Condominium yang beralamat di 24 Jalan Mayang 15-01 D'mayang condominium, 50450 Kuala Lumpur.

Kenapa stay di sini? sebab tak sampai 10 minit berjalan kaki dapat sampai ke tempat event MWA 2019 tu berlangsung. Dekat jak (aku tau sebab aku berjalan kaki - apps Grab block aku sebab aku banyak kali cancel pemandu Grab, so aku tak boleh guna apps Grabs selama 24 Jam (1 hari - padan muka, malas mau cari teksi time tu 😂🤣).







Terima award

Gambar aku tak banyak sepanjang award ni sebab segan (malu-malu kucing) dan rasa diri ini 'kecil' sangat. Ya la, berjumpa dengan orang-orang baharu dan hebat, jumpa judges yang super awesome like Founder Exabytes sendiri dan ramai lagi la.

Judges yang menentukan pemenang dan penerima-penerima award MWA 2019 bagi Site of The Month ialah:
  1. CHAN AIK HOONG - Digital Development Manager, Inspiren Network Sdn Bhd
  2. JACOB ARLINGTON - CEO, Jacarlin Sdn Bhd
  3. KEVIN TEH - Co-founder, Appleseeds
  4. LOK KERK HWANG - Founder, Design Director, Dezain Studio
  5. KELVIN LAI - Founder, AdorableGeeks
  6. FAISAL HOURANI - Founder, WebMedic
  7. JONATH LEE ENG SING - Web and UI Designer, JL Design
  8. KARSIN NG - Program Manager, Malaysia Global Innovation and Creativity Centre

Tentatif MWA 2019

















Ini antara gambarku sepanjang menerima
award ni.

















Balik - 14 September 2020

Rasa sedih jugak sebab balik suda. Rasa excited ada jugak sebab tak sabar mau share pengalaman ni dengan anak-anak didikku (sebab aku sudah janji dengan dorang)





Pengalaman yang tidak ternilai

Pengalaman ini antara pengalaman yang paling indah dalam hidupku (so far) sebab aku travel sendiri di negeri orang, berdikari ('konoknya' kata orang Sabah). Memang aku tak dapat ungkapkan dengan kata-kata sebab pengalaman merantau tu yang seronok, kisah lucu pun ada 😂🤣sepanjang berada di sana dan macam-macam lagi la.

Untuk itu, THANK YOU Exabytes sebab anugerahkan award ni kepadaku. Sebab award ni jugak, banyak pengalaman aku dapat. Insya-Allah pengalamanku ini akan kusimpan dalam memoriku sampai bila-bila. 

Aku tak harap pun dapat award ni sebab aim aku bina website cikgusuhaimin.com ini ialah untuk aku dapat BERKONGSI PENGALAMAN, INFORMASI DAN BAHAN-BAHAN BERKAITAN DUNIA PENDIDIKAN yang terkini dan terbaik kepada rakan-rakan guru yang lain. Apabila dapat award sebegini, alhamduillah, syukur kuucapkan kepada Yang Maha Kuasa. Semoga apa yang aku kongsikan dalam websiteku ini dapat menjadi amal jariahku.

Sekian.

Kongsi itu mesti, berkat itu pasti.

Insan yang cuba memperbaiki diri.
MOHD SUHAIMIN BIN ISNEN
5 Oktober 2020

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA