Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bil. 3/2019 di Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia ini merupakan maklumat terkini daripada portal rasmi Penempatan Guru Baharu KPM, iaitu e-Graduan.



Sukacita dimaklumkan bahawa urusan semakan penempatan NEGERI dan WILAYAH PERSEKUTUAN kini boleh dilakukan mulai hari ini, 14 Oktober 2019 (Isnin).


Urusan ini khusus untuk graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2015 yang telah lulus temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) pada Julai lalu.


Dijangka seramai 2, 253 graduan (termasuk saya, hahhahaha) akan ditempatkan di sekolah rendah KPM pada tahun ini. Selamat berkhidmat. Semoga urusan kita dipermudahkan. Aamiin.



TARIKH PENEMPATAN ADALAH PADA 4 NOVEMBER 2019

😊 JANGAN LUPA 😊

Sediakan dokumen yang diminta baik yang asal dan salinan yang telah disahkan oleh pegawai dari kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Tahniah diucapkan rakan-rakan graduan PISMP Ambilan Jun 2015. Insya-Allah, nanti kita jumpa di JPN Sabah (bagi yang berkhidmat di negeri Sabah la 🤣🤣🤣)


2 Ulasan

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA