Infografik Tokoh-tokoh dalam Sejarah Islam ini dikongsi untuk pengetahuan kita bersama. Kita sedia maklum, terdapat ramai tokoh dalam sejarah Islam. Antaranya ialah yang terdapat dalam infografik ini.

Cukup menarik. Sesuai dijadikan sebagai BBM dan BBB dalam PdPc tak kiralah dalam mata pelajaran mana sekalipun, kan merentas kurikulum. Eloklah bagi pendedahan kepada murid-murid kita.

Takpun, boleh tampal pada sudut bacaan di sekolah/kelas, bolehlah jugak guru-guru dan murid-murid membacanya.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Kamal Azmi Abd. Rahman selaku penyelenggara dan penerbit infografik ini kerana telah memberikan keizinan kepada saya untuk berkongsi berkaitan perkara ini dalam blog saya.

Terima kasih juga kepada mahasiswa Usuluddin Multimedia (FETIH) kerana telah bertungkus lumus dalam menyediakan infografik yang terbaik ini.










Infografik ini merangkumi tokoh seperti berikut:

Khulafa Al-Rashidin
  1. Abu Bakar al-Siddiq
  2. Umar al-Khattab
  3. Uthman bin Affan
  4. Ali bin Abi Talib

Tokoh Imam Mujtahid

  1. Imam Abu Hanifah
  2. Imam Malik
  3. Imam Syafi'e
  4. Imam Ahmad bin Hanbal

Tokoh Ahli Tafsir

  1. Imam Thabari
  2. Abu Abdullah al-Qurthubi
  3. Fakhruddin al-Razi
  4. Imam Ibnu Khathir

Tokoh Ilmu Hadis

  1. Imam Bukhari
  2. Imam Muslim
  3. Imam Tirmidzi
  4. Imam Abu Daud

Tokoh Teologi dan Ilmu Kalam

  1. Imam al Haramain al-Juwaini
  2. Imam Abu Hassan al-Ash'ari
  3. Imam al-Ghazali
  4. Imam Ibnu Taimiyyah

Tokoh Ilmu Tasawwuf

  1. Hassan al-Basri
  2. Ibnu Arabi
  3. Abdul Qadir al-Jilani
  4. Jalaluddin al-Rumi
  5. Khawajah Naqsyabandi
  6. Abu Hassan al-Syadzili

Tokoh Pemikir dan Saintis

  1. Al-Kindi
  2. Al-Razi
  3. Ibnu Sina
  4. Ibnu Rushd
  5. Al-Farabi
  6. Al-Biruni
  7. Khawarizmi
  8. Ibnu Hazm
  9. Ibnu Khaldun

Tokoh Islah dan Gerakan Islam

  1. Sayyid Jamal al-Din al-Afghani
  2. Muhammad 'Abduh
  3. Rashid Rida
  4. Hasan al-Banna
  5. Abu al-A'la al-Mawdudi
  6. Sayyid Qutb
  7. Badi' al-Zaman Sayyid Nursi
  8. Mumhamad Iqbal

Tokoh Pemikir Alam Melayu dan Nusantara

  1. Sheikh Daud al-Fatani
  2. Tok Kenali
  3. Muhammad Idris al-Marbawi
  4. Burhanuddin al-Helmi
  5. HAMKA
  6. Zaaba
  7. Ahmad Ibrahim

Tokoh Pemikir Kontemporari

  1. Isma'il Faruqi
  2. Ahmad Deedat
  3. Qaradhawi
  4. Al-Attas
  5. Abdullah bin Bayyah
  6. Tuan Guru Haji Hadi Awang

Manakala, butiran setiap tokoh diterangkan dari aspek berikut:
  1. Tarikh Lahir
  2. Tarikh Wafat
  3. Biografi
  4. Keilmuan dan Pemikiran
  5. Sumbangan
  6. Rujukan
Sehubungan dengan itu, seramai 56 orang tokoh yang terdapat dalam infografik ini. Selamat membaca.



































































MUAT TURUN INFOGRAFIK INI DI SINI

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post

BACA JUGA