CO-EXIST: Majlis Penyerahan Aset IPG Kampus Tawau kepada Politeknik Tawau Sabah.

TAWAU: Majlis menandatangani KEW. PA-17 bagi penyerahan aset milik IPG Kampus Tawau kepada Politeknik Tawau Sabah (PTS) telah berlangsung pada 10 Oktober 2019 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat, Politeknik Tawau Sabah.


Majlis ini dihadiri oleh Dr. Hajah Rosmawati binti Hamzah, Pengarah IPG Kampus Tawau, Dr. Najamuddin Hj. Bachora, Timbalan Pengarah IPGK Tawau, Puan Fazura Othman, Puan Tietin Marlina Aidil Adha dan pegawai Politeknik.


Majlis ini diadakan selaras dengan konsep pewujudan bersama ('co-exist') antara IPGK Tawau dan PTS bagi menjamin kelicinan tadbir urus antara dua institusi terlibat.


Ianya melibatkan penyerahan kategori peralatan seperti berikut:
  1.     Alat penghawa dingin
  2.     Alat pemadam api
  3.     Peralatan ICT
  4.     Perabot
di 7 buah blok yang diserahkan kepada PTS, iaitu:
  1.     Blok RBT
  2.     Blok Akademik
  3.     Dewan Kuliah Al-Jabar
  4.     2 Blok Kuaters Jambongan dan Libaran
  5.     2 Blok Asrama Pelajar Teratai dan Akasia

Sumber: Facebook Page Insititut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA